Khamis, 30 Mei 2013

Makkah Khas : 12 Kegunaan Botol Di Tarhil

Assalamualaikum,

Bismillah....

Selepas hampir semua negeri kami lawati, dari selangor melalui perak, johor dan selepas tu kami menuju utara, sehinggalah semalam kami ke perlis, duduk haramain 1 tahun 4 bulan, Tuhan ubatkan rindu Rif kepada tanah air tercinta iaitu Malaysia dengan dapat menjelajahi hampir seluruh negeri, nikmat yang ada tidak sempat nak bersyukur, Tuhan tambah lagi nikmat, emmm kalau kita tidak malu dengan Tuhan tidak tahulah, bersyukurlah, berselawatlah kepada manusia agung iaitu baginda Rasul untuk membuktikan kita sayang kepada makhluk ciptaan Tuhan yang Tuhan memuji-Nya, mudah-mudahan Tuhan juga sayang pada kita hamba-Nya yang doif ini.

   Rif x lupa sebenarnya cerita-cerita dalam tahanan, masih banyak cerita yang boleh dikongsi, kali ni Rif nak kongsi info menarik yang berlaku didalam tahanan, babnya ialah botol, banyak persoalan berkaitan dengan botol ni, biasanya kalau kita cerita bab botol ni x lah menarik sangat, rakyat malaysia dah maklum sangat tentang botol, dari kegunaan, bagaimana menghasilkannya sehinggalah boleh di kitar semula sekiranya kita membuangnya tapi yang istimewanya terutama botol saiz 1.5 liter di tarhil (tahanan sementara) ialah berbagai  cara yang boleh digunakan untuk menjadikan botol cukup bermanfaat didalam tarhil, ada 12 kegunaan yang berjaya Rif kumpul :-

Selasa, 14 Mei 2013

Makkah TrueStory : Kejadian Yang Menyeramkan Di Jabal Rahmah..

Assalamualaikum,

Bismillah.....


Dah nama makkah true story, sudah tentu kejadian ini bukan saje-saje Rif rekacipta, tapi yang peliknya kali ini kejadian berbentuk pengajaran yang menyeramkan, apahal pulak blogger Rif ni! nak cerita seram-seram kt tempat lainlah! kata korang yang berminat, cuma takut bab cerita seram.

   Cerita ni berlaku lebih kurang sebulan yang lepas, sebelum Rif ditahan didalam depo tahanan jeddah, saudi arabia, waktu diceritakan peristiwa ini, Rif bersama dua orang kawan, biasanya sebelum tidur kami sembang-sembang dahulu, salah seorang kawan Rif namanya sayid umam berasal dari indonesia, isteri orang malaysia, tiba-tiba dia ceritakan kisah keluarganya dari indonesia yang datang mahu menunaikan umrah.

   Katanya minggu lepas, setelah keluarganya selesai menunaikan ibadah umrah, keesokan harinya rombongan dari indonesia itu menuju Jabal Rahmah mengikuti progrem lawatan tempat-tempat bersejarah, setelah bas sampai di kawasan Padang Arafah, jemaah umrah semua turun bas dan mengikuti Mutawwif menuju Jabal Rahmah.

   Jabal Rahmah tidaklah tinggi, hanya beberapa minit sahaja, kita boleh sampai ke puncaknya, korang semua mesti ingat peristiwa bersejarah yang berlaku di Jabal Rahmah, iaitu pertemuan Nabi Adam dan Siti Hawa, kalau tidak ingat, kira Rif tolong ingatkan.


   Jabal Rahmah waktu musim haji. 

Ahad, 12 Mei 2013

Makkah Khas : Gambar-gambar Lain Dalam Tahanan.

Assalamualaikum,

Bismillah...



Korang semua mesti nak tengok gambar-gambar orang malaysia yang kena tahan tu kan? mereka seramai 75 rakyat malaysia turut di tahan bersama blogger Rif, kebanyakan mereka adalah wanita, bahagian wanita diasingkan, jadi x dapatlah Rif nak masukkan sekali, hanya kaum adam sahaja yang Rif ada, insyallah, Rif akan usahakan gambar bahagian muslimah.

   Waktu dalam tahanan tu, ramai kawan-kawan dalam tu tanya tentang kami, ada yang terkejut dan rasa mustahil rakyat malaysia ditahan, ada yang simpati, lebih menyebabkan mereka sangat simpati, kerana wanita dan anak-anak kecil turut ditahan, terkeluarlah di mulut mereka "saudi syaitan", "orang saudi x boleh" pakai", "saudi teruk", dinar ruhum di nuhum ertinya duit mereka adalah agama mereka, no money, no talk, sebab apa? raja saudi akan memberikan ganjaran sebanyak 500 riyal bagi seseorang yang ditangkap, kerana duit, habis rakyat asing dikerjakannya, yang ada iqomah (surat izin duduk saudi), lebih-lebih lagi yang tidak ada iqomah,  lagilah ditahan, oleh kerana undang-undang saudi selalu memihak kepada rakyatnya, betul atau silap tangkapan tu x penting, yang penting mereka dh buat kerja, jadi ganjaran tetap diperolehi, ramailah manusia yang menjadi mangsa, orang tua, orang muda, kanak-kanak, wanita, gadis-gadis, jande-jande, semuanya diangkut, yang paling menggelikan hati Rif, orang gila pun kena tangkap juga, nanti Rif cerita satu bab kt blog ni pasal org gila yg kena tahan. jom usha gambar :-


 Kawan2 kami banyak orang burma dlm tahanan tu, muka syak dh mcm burma dh, kalau lama lagi duduk dalam tu, confirm jadi burma terus, syak belah kiri, burma belah kanan.

Jumaat, 10 Mei 2013

Makkah Khas : Gambar Sebelum Tangkapan Blogger Rif.

Assalamualaikum,

Bismillah.....


Rif nak kongsi pengalaman manis dengan korang semua tentang tangkapan, kenapa pulak pengalaman manis? semua pengalaman sangatlah berharga, lagi-lagilah kalau kita mengimbau sejarah orang-orang soleh zaman dahulu, kebanyakkan mereka pernah ditangkap oleh orang yang berkuasa pada zaman mereka, mereka melawan arus, bagi orang berkuasa, cukup tergugat dengan adanya mereka.

   Rif x lah sehebat orang soleh zaman dahulu, jauh la sangat, tapi apa yang nak Rif kongsikan peristiwa ditahan tersebut sama puncanya, apa dia? wahai pembaca-pembaca sekalian? kebenaran yang kita tegakkan  dipandang negatif  dan serong, inilah hakikat tangkapan tersebut.

   bila iri hati dan hasad dengki menguasai diri, kebaikan tidak nampak lagi, sedangkan apa yang dilakukan oleh pihak syarikat sangatlah menggalakkan ekonomi kerajaan saudi dan hubungan dua hala boleh berjalan dengan baik, bagi kerajaan saudi dan kerajaan malaysia, takkan kerana berlainan fahaman kita dianggap bi'ah, di malaysia kita mengamalkan tahlil, baca doa qunut, selawat kepada rasul, ziarah kubur dan banyak lagi amalan yang diguna pakai oleh ahli sunnah waljamaah, tetapi fahaman ini sangat ditolak oleh mereka yang berfahaman wahabi dan dengan mudah mereka menyebut bi'ah, jom tongok gambar sebelum tangkapan :-


Bergambar dgn adik2 bongsu yang sedang meningkat naik.

Rabu, 8 Mei 2013

Makkah Khas : Gambar Dalam Tahanan.

Assalamualaikum, 

Bismillah......

  
   Waktu terus berjalan, rugi rasanya Rif terus biarkn blog ni tanpa menulis sesuatu, klau nak mengharapkan barang dari makkah tu sampai entah bilalah, bagai mengharapkan gadis bersendawa di majlis besar, (falsafah sendiri, jgn dok ikut) maksudnya susahnya klau nak tunggu, jadi buatlah sesuatu,

  Nak cerita apa ye, fikir punya fikir, termuncul la dikepala rif yg sesungguhnya cerita2 dlm tahanan yg menarik, rif nak kongsi info, klau ada gambar lagi menarik, tapi sabar jelah, bagi je la gambar rif yg lepasan tahanan jeddah, saudi.




betul ke Rif kena tahan di depo tahanan jeddah? siapa ni?
 

Jumaat, 3 Mei 2013

Makkah Blog : Cari Idea.

Assalamualaikum,

Bismillah...


   bertemu kembali setelah sekian lama terhenti menaip, (jari-jemariku kurang aktif) rasa longgar jari-jari ni, bulan lepas bahagian jari belah kanan rasanya hampir terkena penyakit lenguh yang terlalu mengganggu, rupa-rupanya banyak hikmahnya berhenti menaip, kesihatan tuhan pulihkan.

   ramai yang tertanya-tanya kemana perginya blogger rif menghilang selama sebulan, selalunya aktif je mengupdate blog, dlm facebook ada, dalam twitter ada, dlm myspace x ada, aktif je online, hui hui hui, banyak sebenarnya pengalaman yang rif dapat selama sebulan ni, sudah tentu banyak juga maksud tuhan dengan berlakunya peristiwa bersejarah dalam hidup rif, sebahagian pembaca mungkin dah tahu, kerana rif bagi tahu dan berada di sekeliling rif, ada juga yang tahu melalui surat khabar dan internet, banyak juga blog-blog yang menulis tenteng artikel tersebut, bagi yang x tahu tu, ni lah yang rif nak kongsikan serba sedikit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...