Jumaat, 3 Mei 2013

Makkah Blog : Cari Idea.

Assalamualaikum,

Bismillah...


   bertemu kembali setelah sekian lama terhenti menaip, (jari-jemariku kurang aktif) rasa longgar jari-jari ni, bulan lepas bahagian jari belah kanan rasanya hampir terkena penyakit lenguh yang terlalu mengganggu, rupa-rupanya banyak hikmahnya berhenti menaip, kesihatan tuhan pulihkan.

   ramai yang tertanya-tanya kemana perginya blogger rif menghilang selama sebulan, selalunya aktif je mengupdate blog, dlm facebook ada, dalam twitter ada, dlm myspace x ada, aktif je online, hui hui hui, banyak sebenarnya pengalaman yang rif dapat selama sebulan ni, sudah tentu banyak juga maksud tuhan dengan berlakunya peristiwa bersejarah dalam hidup rif, sebahagian pembaca mungkin dah tahu, kerana rif bagi tahu dan berada di sekeliling rif, ada juga yang tahu melalui surat khabar dan internet, banyak juga blog-blog yang menulis tenteng artikel tersebut, bagi yang x tahu tu, ni lah yang rif nak kongsikan serba sedikit.


   Rif dan beberapa rakyat malaysia di tangkap oleh pihak jawazat (imigresen) saudi, hah terkejut, teruskanlah terkejut korang tu sampai pengsan, tpi rif x nak cerita sekarang secara detail, bila korang dah selesai pengsan tu dah keluar update terbaru blog ni, mungkin ada cerita tentang penangkapan atau tidak ada cerita, tapi yang penting korang semua mesti cepat-cepat qodok sembahyang yang korang dh terlepas tu, entah berapa hari entah dah pengsan, sebelum mengadap tuhan tu pi mandi dulu, dah bau apam balik dah, klau bau apam balik dalam pinggan ok gak, tapi klau dah bau apam balik celah ketiak, siapa yang sudi?

   Dah dah melalut dah blogger rif, selepas penangkapan rif di hantar ke malaysia, tu yang boleh tulis balik blog, tu pun kebetulan terjumpa komputer siapa entah, main update je blog, lepas ni lambat jugalah update, sebab gajet semua masih di makkah, saudi.

   korang doakan ye semuga blog ni boleh berjalan terus,  bila rif dah ada di malaysia, banyak bahan yang tertinggal di laptop x boleh nak digunakan, sebab dalam masa yang sama, laptop ada di makkah juga, cerita-cerita terbaru sudah semestinya tidak ada lagi, yang ada cerita-cerita di malaysia, klau ada pun, rif mungkin ambil bahan-bahan dari internet atau bahan-bahan lama, nak minta bahan dari kawan-kawan yang duduk disana, kesian dengan dorang, tugasan dah jadi bertimbun, cuba bayangkan, 95 orang di tangkap, berapa banyak pulak kerja-kerja yang tertinggal dan kena digantikan, fikir-fikirkanlah!!!

   Jadi rif minta kepada semua pembaca memberi pandangan, nak cari idea baru atau gunakan terus blog ini, atau buat blog baru, bagi komen korang kt bawah, komen korang penting untuk mengetahui hala tuju blog ini. seterusnya rif bolehla berblog lagi untuk korang semua..


yang lemah lagi hina.
rif blogger 

6 ulasan:

  1. Saya cadangkan abg rif terus menulis tentang perjalanan abg rif di bumi malaysia pulak,tentu lagi banyak idea dan kisah2 yang lucu,sangat menarik dan meghiburkan.jangan lupa kunjungi blog saya..http://quegrafi.blogspot.com/?m=1

    BalasPadam
  2. saya rasa .. baik blog ini dikekalkan jadi blog cerita2 n perkembangan mekah.. sebab ramai yang nak buat umrah atau naik haji ( atau peminat nya ) pasti akan search cari maklumat ttg mekah sekurg nya.. blog ni dpt membantu sikit sebanyak info ttg mekah.. xkisahla ttg apapun.. yg lucu kelakar ke.. y extreme ke , y menyedihkan ke.. y menggembirakan ke..kan. (supaya blog ni x rojak ) apekate encik ref dah sampai malaysia tu.. buat la blog lagi satu (satu lagi ?) ttg rif dimalaysia pula.. wassalam.

    BalasPadam
  3. Syok la citer pengalaman ni. .adakalanya terharu,lawak ga,gembira

    BalasPadam
  4. We love a.rif!! ;) .."̮ truskn usaha!.."̮ caiyok .."̮

    BalasPadam
  5. Ya...eloklah kekal kan blok ni kerana ianya...dah ade ramai pembaca...truskan a.rif...jngan wt blok lain nnti poning palo den...truskan dan kekalkan blok ni... :-)

    BalasPadam
  6. kekalkan je blog ni.. tambahkan cerita2 di malaysia. sekarang malaysia di mana?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...