Khamis, 31 Januari 2013

Makkah Animal : Anak Keldai Cute



   Assalamualaikum, bismillah, memang geram dengan binatang sekor ni, (rasa cam nak sembelih-sembelih pasal terlalu geram) selama hidup Rif ni, terutama di Malaysia, manalah terfikir nak sayangkan keldai atau panggilan lainnya himar, kucing tu, sayanglah atau pun orang kuching yang comel-comel dan baik-baik, ini keldai, satu binatang yang x ade di malaysia tapi banyak di negara-negara timur tengah, kita biasa dengar cerita keldai ni dalam Al-Quran, betapa hodohnya suara keldai ini, sehingga Tuhan menyebutnya sebagai binatang yang mempunyai suara paling hodoh dikalangan binatang, tetapi disebalik itu, ada juga keldai yang termasuk 10 binatang yang masuk syurga, itulah dia keldai nabi Allah Uzair, ade kisah yang menarik tentang keldai ini, tetapi buat sementara, Rif nak tunjukkan anak keldai paling comel di makkah, (bagi rif lah x tahulah korang semua mcm mana?) cerita bab keldai di lain tajuk, ade 5 gambar :-


Makkah Rescafe : Matam Al-Wafidi



   Assalamualaikum, bismillah, lepas subuh jangan tidur, waktu ini malaikat Mikail sedang memberi rezeki, jadi bagi siapa yang suka tidur lepas subuh tu, eloklah ubah tabiat tu, di malaysia kita tengok orang cina yang menguasai ekonomi, kebanyakan mereka tidak tidur lepas subuh, orang kafir pun Tuhan beri rezeki melimpah ruah, inikan orang melayu, Islam pulak tu, lebih-lebih lagi kalau bertaqwa.

   Rif, Syeh Inam dan Tam menghantar Syeh Harun (blogger terhangat dipasaran) my sifu secara x langsung  untuk berjumpa dengan jemaah umrahnya, Mutawwif berpengalaman, kami semua belum makan pagi lagi, jadi Syeh Inam mengajak kami ke sebuah restoran yang bernama Matam Al-Wafidi (Selera tempatan) , menunya banyak dari jenis makanan tradisi tempatan (arab saudi) dan yaman, korang semua boleh la datang kesini, bukan sahaja makanannya yang sedap tetapi terkenal dengan hidangannya yang cepat dan cekap, beruntunglah Rif x tidur lepas subuh hari tu, Tuhan memerintahkan Malaikat mikail datang kepada Rif, zup zup, ada 5 gambar :- 



Matam Al-Wafidi, di sebelahnya kanan tempat bagi mereka yang mahu membungkus.

Rabu, 30 Januari 2013

Makkah News : 1000



    Assalamualaikum, bismillah, Alhamdulillah, terima kasih Rif nak ucapkan kepada semua peminat-peminat makkahdihati.blogspot.com, walaupun blog ini bukanlah top seperti blog-blog lain, tetapi bagi Rif sendiri, satu pencapaian yang cukup bagus, makin ramai manusia yang rindukan tanah haram, makkatul mukarromah,
bukan kerana Rif yang tulis. sudah 1000 penyunjung. alhamdulilah...

   Satu kebanggaan melihat perubahan bagi masyarakat hari ini yang inginkan Islam, blog ini turut meriah sama, teruskan dengan kegemaran anda itu, yang ingin melihat Islam dimana-mana, kalau korang semua ada disini Rif nak belanja semua, di restoran , jadi bagi yang ada disini, jom nanti kita susun tarikh untuk kita pergi sama-sama, yehaaaaaa, tapi jangan gembira dulu, sebelum Rif nak belanja, Rif nak tengok kesungguhan peminat-peminat blog ini mengikuti syarat-syarat seperti berikut :-


Selasa, 29 Januari 2013

Makkah News : Letupan Lori Di Riyadh




   Assalamualaikum, bismillah, Rif nak kongsi berita ni dengan peminat blog Makkahdihati, sebahagian peminat mungkin banyak di saudi dan ade juga di luar negara yang lain-lain, terutama Malaysia negara tercinta, kalau di saudi mungkin sebahagian mereka dah tahu cerita ini, tapi mungkin ade yang x tahu, lebih-lebih lagi di malaysia, peristiwa ini berlaku lebih kurang dua bulan lepas, waktu tu Rif belum lagi jadi blogger, masa demi masa, memang nak kongsi sangat apa sahaja cerita-cerita yang ada di saudi ni, x kiralah apa, supaya berita-berita macam ni, sentiasa menjadi ingatan segar kita untuk di jadikan peringatan, kematian pasti akan menjemput kita, x kira kita dimana, buat apa, muda mahupun tua.

   Di Riyadh berlaku satu kegemparan yang amat dasyat, apabila sebuah lori gas NGV yang dipandu oleh seorang rakyat filipina dengan muatan penuh  meletup dan mengorbankan lebih 22 nyawa, asap hitam yang tebal telah menyelubungi disekitar tempat kejadian, banyak harta benda yang berharga turut musnah di tempat kejadian, kemusnahan kawasan lebih kurang seluas 1 kilometer, video untuk anda semua, setelah berlakunya peristiwa tersebut.... saksikan :-



Makkah People : Remaja Saudi Bergambar.




   Assalamualaikum, bismillah, remaja saudi bergambar? emmm, persoalan biasa je, ape yang menarik, entahlah, tapi boleh jadi menarik dan boleh jadi menyampah, atau trash je gambar tu, bila nak masuk blog, x boleh la buang, rugilah, jadi berharga la sangat, simpan data dalam laptop. nak kongsi, kena ada bahan,

ilmu kalau di kongsi bertambah,
laptop kalau di kongsi, susahla nak buat kerja-kerja blog..
(kata diriku, lalu melihat sekeliling ade x orang terasa)

biasalah duduk tempat ramai orang, kadang-kadang member nak pinjam jugak, bagilah jangan sebok dengan blog jeeee.........(oklah, pinjamlah, pinjamlah, nanti x ade orang tulis blog, susah korang nanti, x dapat baca blog ni) tu ayat lama boleh la, skrg syarikat dah kaya, banyak bonus yang dorang dapat, sorang satu laptop, jadi menyampah pun ade, jalan-jalan terpijak laptop, meja senget sikit, sendal dengan laptop, anak-anak buat bising ketika solat, diamkan dengan laptop, kereta parking kat lereng bukit, takut brek x kuat, laptop juga bahan sendalnya, laptop, laptop, laptop...yang bagusnya time baca Al-Quran, laptop jadi rehal... hebat... bila Islam dah kaya, melalut sampai cerita bab laptop ni apa hal pulak, janji, janji manis (dalam keadaan suara garau)

payah_payah ubi, boleh menggigitnye, orang yang payah, kita sekeh saje, mari ramai-ramai!!!!!!!!.................
(nyanyi macam upin&ipin style)

terasa nak nyanyi tadi, korang nak tengok x remaja saudi bergambar, dah sampai sini dah bacanya, x kan x nak tengok kot...ada 6 gambar :-


 Empat sekawan.

Isnin, 28 Januari 2013

Makkah Item : Kedai 3 Rial Only




   Assalamualaikum, bismillah, berdekatan dengan Masjidil Haram, anda sebagai tetamu Allah, sebagai pelancong atau pekerja, anda mesti mahukan barang-barang keperluan harian, keperluan sampingan, ingin memberi hadiah atau barang-barang ibadah, tetapi kewangan anda sangatlah terhad atau anda bajet-bajet. jadi kedai 3 rial only amatlah bersesuaian dengan anda, disekitar masjidil haram ada beberapa buah kedai yang seperti ini, banyak jenis barang dijual, tetapi anda janganlah kecewa, apabila anda singgah disini, banyak keperluan anda tidak diperolehi, nama pun kedai 3 rial only, kebanyakan barang yang berharga kurang dari 3 rial dikumpulkan, tetapi anda jangan terkejut, kerana dalam banyak-banyak kedai, kedai inilah yang banyak sekali pengunjungnya, jenuh Rif nak masuk kedalam kedai ini, anda bolehlah datang disekitar Syare' (jalan) Ajyad, ada 6 gambar yang Rif nak kongsikan :-


 Salah satu kedai tersebut.

Ahad, 27 Januari 2013

Makkah View : Love




   Assalamualaikum, bismillah, Rif cari dan Rif selongkar, ape je yang remaja arab saudi ni buat, masa free,

padang pasir tempatnya luas,
ukir-mengukir si remaja bosan,
bila hati sangatlah buas,
terpahat rasa terukir hiasan.

selalunya aktiviti dorang ni banyak di padang pasir, kalau kita, banyak dikawasan hutan dan bandar-bandar, kalau nak ikut kemajuan, memanglah jauh tertinggal arab saudi ni berbanding malaysia, walaupun banyak orang-orang kaya disini, jadi ternafilah perkataan "ada duit semua jadi", yang mampu mereka buat ialah membesarkan milik sendiri, untuk negara sekiranya dipaksa atau diugut, walaupun kaya, melahirkan manusia yang jumut, cuma tidak selekeh, disebabkan ada orang gaji, orang gaji x ada, emmmm tidak teruruslah kehidupan, anak-anak buat hal sendiri dan banyak menghabiskan duit mak ayah dengan bermacam-macam   benda yang tidak menjadi keperluan, berbeza satu keperluan dengan membazir, salah satu permainan remaja saudi di padang pasir, 2 gambar :-


Jumaat, 25 Januari 2013

Makkah Item: Kayu gaharu termahal




   Assalamualaikum, bismillah, sebelum syeh nizam mengembara ke alam roh, ade Cerita yang sampai sekarang Rif tidak boleh lupakan, boleh dikatakan sebahagian kita memang kenal dengan syeh nizam tetapi ramai juga orang diluar sana yang tidak mengenali beliau, ade beberapa orang yang cukup popular pernah menjadikan syeh nizam sebagai tokoh ikutan, idola dan sumber rujukan. beliau bukan saje mempunyai peribadi mulia, bahkan tokoh ulama yang sangat disegani kawan dan lawan, beliau bukan sahaja ulama yang pandai berkata-kata tetapi cukup dikenali kerana banyaknya kerja-kerja untuk islam yang beliau lakukan semasa hidup beliau, banyak melahirkan ulama-ulama muda dan kreatif, x kurang juga pembangunan lahir untuk islam dibangunkan, hasil berkat guru mursyid yang memberi panduan dan tunjuk ajar secara langsung      mahu pun tidak langsung, hidup beliau benar-benar untuk Allah dan Rasul, Rif bukan nak cerita panjang tentang syeh nizam, tetapi x salah rasanya, cerita serba sedikit tentang seseorang yang mempunyai peribadi mulia hasil didikan guru mursyid.

   Minyak wangi merupakan menjadi satu kewajiban, walaupun ianya sunnat disisi Tuhan, syeh nizam menganggapnya satu perkara yang wajib, bila kita berhadapan dengan buah hati kita pun, kita buat yang terbaik, berwangi-wangian, kemas rapi dan masa yang ditepati, bahkan lebih awal dari sepatutnya, sudah tentu berhadapan dengan Tuhan pencipta kita pasti lebih baik dan lebih sempurna. Kata syeh nizam " kalau kita beli minyak wangi yang murah, malaikat yang ingin datang kepada kita waktu sembahyang, naik kembali, sebab bau minyak wanginya sudah hilang" katanya dalam keadaan nada bergurau, yang Rif faham melalui kata-kata beliau itu ialah berhadapan dengan Tuhan mestilah buat yang terbaik, contohnya minyak wangi, jangan beli yang cekai-cekai cap ayam sahaja untuk bertemu dengan Tuhan tetapi beli yang berkualiti dan tahan lama, rasulullah suka berwangi-wangian, terutama diwaktu beribadah.

   Jadi bagi peminat minyak wangi yang berkualiti, sudah tentu minyak wangi dari kayu gaharu atau oud menjadi pilihan, bukan sahaja baunya yang wangi bahkan tahan lama, dibawah ini ade beberapa gambar yang Rif mahu kongsikan, ade 5 gambar:-


 Sempat bergambar di kedai minyak wangi kayu gaharu, kedainya tidak ade signboard


Makkah Vehicle: Mat Rempit Saudi




   Assalamualaikum, bismillah, salah satu masalah jalan raya di malaysia ialah samseng jalanan atau mat rempit, bukan sahaja mereka ini mengganggu jalan raya dengan aksi wilee, wikang dan lumba haram tetapi banyak kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kemalangan dan yang paling merbahaya ialah "ragut", kejadian ragut ini, bukan sahaja menyebabkan ramai wanita-wanita yang cedera parah, yang paling menyayat hati ialah kematian, gadis-gadis, makcik-makcik dan nenek-nenek, semuanya tidak terkecuali yang penting ada bag ditangan, tidak berhati perutnya mereka ini, sampai sanggup meragut wanita yang sedang hamil, banyak berita-berita yang kita baca, menyebabkan bayi yang didalam kandungan keguguran dan ibunya meninggal ditempat kejadian, manusia apabila tidak dididik dengan menanam cinta dan takutkan Tuhan, akan lahirlah berbagai gejala negatif didalam hidup, makin ramai cerdik pandai memikirkan jalan penyelesaian, makin banyak pula gejala negatif yang bertambah-tambah dan tidak ada jalan keluar dari masalah ini, janganlah kita berfikir main logik akal lagi, kembalilah pada Tuhan, Dialah tempat kita bergantung dan mengadu nasib, Dialah sumber segala penyelesai masalah kita.

    Di saudi sudah mula ada masalah yang sama, mat rempit, setakat ini yang Rif nampak dan diceritakan oleh orang Malaysia yang duduk di saudi, gangguan jalanraya dan ragut sudah mula terjadi, ada gambar dan video  yang Rif nak kongsikan:-


Beraninya mereka wilee didepan polis saudi


Khamis, 24 Januari 2013

Makkah Film: Trademark Blog




 Assalamualaikum, bismillah, bagi peminat-peminat blog Makkahdihati, nak tanya pendapat korang semua, Rif nak buat trademark untuk video, yang akan bakal Rif gunakan untuk semua video yang Rif uploadkan di youtube.com. mungkinlah x berapa cantik, tetapi pendapat korang semua cukup penting untuk masa depan blog ni, bolehlah nanti, kalau ada yang perlu diubah atau dikemas kini setiap video, jadi ulasan anda amatlah penting, jangan sekadar melihat sahaja, ulas jangan x ulas, berdebarnya menunggu ulasan anda semua, dub dub dub bunyi anak jiran belah atas tengah bermain-main, selamat menyaksikan :-


Makkah Vehicle: Angkut Parabola




assalamualaikum, bismillah, kalau di malaysia, banyak masalah yang berlaku, pengguna kenderaan bila kereta kena tarik dengan bank atau jual beli kereta, pengurusan tukar nama hak milik kereta, selalu tidak dititik beratkan, bila beli kereta katanya "nantilah buat urusan JPJ, banyak masa lagi", al hasil sampai dah 3,4 tahun x sempat tukar nama, bagi pemilik lama, tetiba banyak surat yang dihantar ke rumah "banyaknye peminat aku dalam 3,4 tahun ni, nak kata tulis blog, x lah pulak? nak kata buat vlog x juga? nak kata anggota baru mawaddah, mawaddah dah x ambil anggota baru dah, pasal semua dah jadi makwadah" bila belek-belek surat, rupanya surat saman dari kereta lama yang telah dijual, x pasal-pasal, dapat pahala free, pertama tolong bayar saman, ke-2 dapat pahala sabar, malu rasanya Rif, ade kereta di Malaysia, dah lama dah beli, cari-cari, dapat kat mudah.com.my, murah, angkutlah x sampai rm5000, proton iswara, guna waktu kat malaysia, tub tub tetiba dh di haramain, tinggallah kereta tu suruh orang jaga, waktu di malaysia x nak uruskan tukar nama, sekarang dah menyusahkan orang yang jaga tu, tapi dia dapat kemudahan guna kereta, ahem ahem, macam bekap diri sendiri je, tapi dia boleh tolong tukar nama, x masalah lagi, tetapi yang menjadi masalahnya Aaaaaaaa rahsia, terpaksa rahsia, sebab takut orang ambil kesempatan, itu di malaysia, di saudi pulak, masalahnya memang banyak, sama ada menyusahkan diri atau orang sini menyusahkan kita, yang nak cerita tu, soal undang-undang yang perlu diringankan di beratkan, soal benda yang perlu diberatkan diringankan, macam di malaysia yang kita tahu, kereta dari negeri-negeri lain xlah menjadi masalah, sekiranya  kita bawa di KL atau di tempat lain, tetapi di saudi klau kita duduk di Makkah bawa kereta madinah, akan menjadi masalah, sebab polis tidak begitu senang dengan flat nomber madinah, begitulah di tempat lain, klau di malaysia, pengangkutan barang mestilah menggunakan kenderaan yang sesuai, kalau tidak, anda boleh dikenakan saman atau berlaku kejadian yang tidak diingini, di makkah...... anda saksikan sendiri, ade 2 gambar :-

Rabu, 23 Januari 2013

Makkah People: Naik Bas




   Assalamualaikum, bismillah, team Makkahdihati dalam perjalanan ke menara jam, melihat gelagat manusia yang datang ke kaabah, sudah tentu anda akan dapat melihat banyak bangsa dan berbagai warna kulit, kalau rumah allah tidak diatur dengan baik dengan banyak ragam manusia disini, sudah tentu menyebabkan, setiap bangsa akan membawa kaedah sendiri, yang mana, mereka semua menggunakan kaedah di negara masing-masing, cina dengan kaedah cina, india dengan kaedah india, bangla dengan kaedah banglanya dan banyak lagi kaedah-kaedah yang diguna pakai di sekitar masjidil haram. team Makkahdihati sempat mengambil gambar salah satu ragam manusia yang ada disini. ada 2 gambar :-



Makkah Film: Storyboard Iklan susu dan CANM




   Assalamualaikum, minggu ni paling sebuk dalam kehidupan rif utuk tahun 2013 ni, ade kursus remaja, walaupun dah tua bangka masih ikut kursus remaja, tetapi memanglah roh masih remaja, x meningkat2 lagi roh ke dewasa, rasa mcm nak berpantunlah pulak.

sayap boing 747 terbakar,
jatuh di tepi sungai besi,
hati ini bagai berakar,
tanda hati kurang berghizi.

belasah jelah, janji korang semua faham kot, (minum air Mountain dew jap) klau x faham, meh sini jumpa empat mata, atau enam mata bagi yg pakai cermin mata, boleh juga lapan mata, bagi yg suka buat perangai gila2. (tidur, makan dan sembahyang zohor) kursus habis mengejut, kerana ada masalah yg x boleh dielakkan, jangan fikir bukan-bukan, rotan hinggap didahi dan batang hidung secara menegak, banyak assignment yang kena buat, pertama, kena siapkan video apa-apa saje bentuknya, yang ke 2, diakhir kursus kena ada teater yang perlu dipersembahkan mengikut kumpulan, masuk je hari ketiga, aduyai em em zas zas prap pap pap, tambah lagi assignment, yang ke 3, teater gabungan keseluruhan kumpulan, aaaaaaaaaaaaaaa
, tapi alhamdulillah assignment yang pertama dapat disiapkan shootingnya, cuma aditing je belum siap lagi. jadi sebelum shooting tu, adelah storyboard yang rif buat dengan kawan-kawan, saje nak kongsi2 dengan semua.

adelah dalam  8 gambar:-


Babak pertama seorang ayah dengan 2 orang anaknya

Selasa, 22 Januari 2013

Makkah Story: Cerita2 ringan zaman kanak2 dulu



     Assalamualaikum, dah sampai setahun x tulis, dari tahun 2012 hingga 2013, hahaha, inilah kelakar2 yg biasa kita dengar bila masuk tahun baru. Well, banyak sekarang kita dengar orang hantar broadcast cerita2 menarik, ade lucu, sedih, fakta, berita dan banyak lagi, oleh kerana rif memang dah duduk di Negara orang, teringat la cerita2 lama waktu duduk Malaysia dan yg paling x boleh rif lupakan satu cerita yg menarik, tentng org kampung keluar Negara, eh, macam ada kaitan dengan penulis je, rif x la sampai di Negara arab Saudi ni dalam keadaan x pernah datang ke Negara asing, ade la beberapa Negara di asia tenggara yg rif dah pergi, diantaranya paling dekat singapura dan Thailand, kira dekat la sebab x perlu naik kapal terbang pun boleh gi, yg jauh sikit Indonesia dan brunei, seperti sebelum ni yg rif pernah ceritakan, yg paling lama duduk di Indonesia, 2 tahun, Alhamdulillah, dalam miskin2 dah macam orang kaya pulak,kaya dalam miskin, miskin dalam kaya, mudah-mudahan dapat tiru rasulallah, ok, last2 sedar x sedar dah sampai Negara arab Saudi ni, klau dulu dari sudut bahasa yg paling senang duduk Indonesia lah, pasal bahasa lebih kurang sama je, klau singapura, mudah bila jumpa budak2 melayu, klau cina dan india, faham2 je lah semua cakap orang putih, Cuma ade kacukan sikit melayu,” you no lah”, yg “lah” tu la melayu, brunei, bahasa ade la sikit2 lain, tapi masih faham, paling susah Thailand, sape boleh belajar, wow memang respect, susah mcm key nyanyi, sebut pasal menguasai bahasa ni lah, yg rif teringatkan cerita2 ringan zaman kanak2 dulu, jeng jeng jeng.


Makkah Rescafe: Restoran Makkah Pakistan




   Assalamualaikum, jalan-jalan disekitar makkah sudah tentu banyak manfaatnya, kebetulan mengikuti tim matam, musim umrah sudah hampir tiba, tim matam mahu mencari barang2 dapur untuk keperluan restoran di madinah, di makkah banyak keperluan dapur yg boleh dicari, berbanding di madinah, terutama dari sudut barang2 terpakai, boleh la sesiapa nanti klau ke makkah yg mahu membeli barangan terpakai, datanglah ke kawasan yang di beri nama haraj, tidak jauh dari masjid haram, lebih kurang 10 kilometer haram-haraj, klau anda menaiki taksi, bayarannya lebih kurang 15-20 rial, ok, rif akan cerita lagi tentang haraj ni beserta gambar-gambarnya sekali diwaktu yg lain, sekiranya anda ke sini, rugilah anda klau tidak ke matam (restoran) makkah pakistan, disini anda akan menikmati salah satu makanan pakistan yg paling popular iaitu keraihee. Dibawah ade 7 gambar :-


   signboard matam makkah pakistan


Rabu, 9 Januari 2013

Makkah Item: Siapa punya?




   Assalamualaikum, hari ni 10/01/2013, mungkin sebahagian korang mesti tertanya2, kenapa rif bagi tajuk "siapa punya?", bukan cerita, bukan berita dan bukan sketsa, tapi bagi menarik mesti ade jalan cerita sikit, cuma rif harap x meleret, kalau dah kena dengan mood dia, kadang-kadang jadi panjang juga, so, waktu hampir seminggu rif berada di tanah suci madinah, (nanti cerita tentang rif di madinah) tiba-tiba dalam keadaan mengejut, rif mendapat berita kena segera ke makkah, atas nama syarikat global ikhwan, berlaku satu peristiwa,(nak kena rujuk dulu)jadi bergegaslah kami, waktu itu rif dengan encik qudamah GBA menaiki bas, madinah-makkah, kami ditugaskan berjuang dan berkerja di syumaishi, selang beberapa bulan selepas tu, berlaku lagi peristiwa besar di syumaishi di tempat rif bekerja, (sorry, banyak2, ni pun kena rujuk) selepas berlaku peristiwa itu, rif tengah mencari barang2, tiba2 mata rif seperti diganggu oleh sinaran matahari yg di pantulkan oleh satu objet, apakah itu? rif pun cuba memberanikan diri, walaupun sebenarnya keadaan tu x cemas langsung dan x pun menyebabkan rif jadi nervous, tapi yg penting babak pembaca dalam keadaan cemas tu penting, baru thriller sikit, ok sambung, rif mendekat dan terus mendekat, rif lihat, sebahagian barang tersebut ditutupi oleh pasir, mahu disentuh atau tidak, rif cuba meniup, supaya pasir yg mengganggu penglihatan tersebut, dapat di singkirkan dan dinyahkan, sedikit demi sedikit, semakin jelas apakah benda tersebut, langkah terkejutnya rif dan terkeluarlah dari mulut rif yg muncung ini "siapa punya?"
Dibawah ada 2 gambar :-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...