Isnin, 29 Julai 2013

Rif blogger punya :- Alhamdulillah X Blacklist.

Assalamualaikum,

Bismillah....


Selepas balik dari haramain diri ku ini tertanya-tanya, adakah masih terkasima atau impak maksima terhadap apa yang berlaku? rupa-rupanya biasa-biasa je, adakah hanya perasaan yang suam-suam kuku-kuku? atau hati dan perasaan masih macam tu x berubah-berubah? sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, syaitan di tangkap, adakah nafsu masih liar atau nafsu sudah dididik, kita mesti tahu jawapannya, dengan ramadhan sudah memasuki hari 10 terakhir, adakah kita benar-benar serius dengan Ramadhan, malu dengan bulan Ramadhan, orang-orang soleh menangis dengan pemergiannya, sedangkan aku biasa-biasa saje mcm bulan-bulan yang lain, ampun wahai Tuhan, ampun ya Rasulullah, tak seriusnya aku menjaga bulan yang maha besar ini sebagai raja bulan yang sangat digunakan oleh orang bertaqwa dengan sepenuh hati.

   nak cerita bab lain terluah bab lain, sebab memikirkan bulan ramadhan lagi utama, kembali dengan tajuk, blacklist untuk keluar negara? memang ada terfikir, tetapi x lah memberatkan otak yang memang rengan ni, berjalanlh kehidupan seperti biasa mengikut haluan perjuangan yang memang banyak bende nak buat, cuma pandai x nak gunakan sepenuh hati, perasaan, tenaga dan wang ringgit utk Islam, ingatkan x lh keluar negara dalam masa terdekat ni, sebab memikirkan dah blacklist, rupa-rupanya perancangan Tuhan tidak sama dengan perancangan kita, kena berjuang di indonesia, 

   Ke Indonesia mestilah kena ada passport, klau  xde passport macam mana nak ke sana? x kan nak naik kapal tongkang Cik muni, paksa dia bawa Generasi Harapan ke Indonesia, dengan bawa budak-budak KH semua yang campur dengan kami ada lebih kurang 20, kena pulak Cik Muni biasanya gi Thailand tetiba suruh gi Indonesia, mesti sesat, habisla kami terdampar di tengah lautan antartika, dah la bab Cik Muni yang sentiasa garang-garang bucu-bucu comel-comel ceceloreng perlis tu, jadi kenalah buat passport.

   Biasanya di Rawang ni orang nak buat passport kebanyakkan pilih di pejabat imegresen Shah Alam atau Putrajaya, sembang-sembang dengan Abu Hanifah, katanya ada pejabat imegresen di Kuala Kubu bharu, emmm, teringat masa sekolah rendah dan menengah, pernahlah buat IC disini dan pernah juga hantar adik ke sekolah asrama penuh di kuala kubu bharu, pergi tengok-tengok, tempat ni masih macam dulu, tidak banyak perubahan, masih tersusun rapi dan tidak sibuk berbanding kawasan Rawang, dalam hati masih tertanya-tanya, ada ke imegresen di sini? tanya orang sini, Alhamdulillah katanya ada, pergi pejabat imegresen ambil gambar, ambil no giliran, serah passport lama, tunggu x sampai sejam, sambil tunggu tu sempatlah Rif jalan-jalan di sekitar kawasan berhampiran dan ambil gambar, dah siap, dan paling penting x blacklist, alhamdulillah, boleh ke indonesia, bagi sesiapa yang di sekitar rawang dan sewaktu dengannya tu, klau nak buat passport silakan buat di kuala kubu baru, anda tidak akan kecewa dengan perkhidmatan yang ditawarkan. 


Imigresennya kecil sahaja dan paling penting x sebok, waktu ni Rif hanya seorang saje.

Selasa, 23 Julai 2013

Makkah Humor :- Ipad 3 Versi Makkah.

Assalamualaikum,

Bismillah......



Kota Makkah bukan saje terkenal dengan pusat ibadah tetapi turut terkenal sebagai pusat perdagangan, dari zaman dahulu banyak pedagang-pedagang arab dari jauh datang ke Makkah untuk berdagang, sehinggalah sekarang Kota Makkah teruslah menjadi tempat orang ramai membeli-belah, sekarang zaman teknologi sudah tentu syarikat-syarikat besar seperti Apple, Samsung, Blackberry dan banyak lagi, turut sama memeriahkan barangan gajet, Anda mahu membeli ipad 3? berhati-hatilah, model ipad 3 terbaru versi makkah yang dihantar dari china memang terliur, korang nak beli juga ok gak, nak tahu dia pakai progrem ape, jomlah tengok.


Apple? ipad 3? Rif tengok kotak je, dalam x tahu. kalau nak tahu dalam tu ada apa kenalah beli kat Makkah.

Isnin, 22 Julai 2013

Rif Blogger Punya :- Show Di Seremban.

Assalamualaikum,

Bismillah....

heh! dalam sebok nak berhadapan bulan ramadhan yang penuh rahmat dan keampunan, banyak pulak show yang tidak diduga, setelah beberapa siri show sampailah kami di seremban, kawasan yang cukup misteri, show sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan dan pelancaran TVNurMuhammad, memang best, jom tengok gambar, 

 Pentas tengah dipasang.

Rabu, 10 Julai 2013

Rif blogger punye :- Show Di Shah Alam Sempena Perasmian kali ke-2 fried chicken house

Assalamualaikum,

bismillah,

kali ni rif malas nak tulis oleh kerana gambar terlalu banyak, kita layan jelah gambar banyak2 ni, sempena pelancaran fried chicken house di shah alam.

Gambar depan restoran berkenaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...