Jumaat, 14 Jun 2013

Makkah Animal : Minum Air Kencing Unta.

Assalamualaikum,

Bismillah....


Nak kata tahu dan lengkap ilmu pengetahuan tentang unta tidaklah, adalah sedikit pengalaman pernah menjaga unta dari memberi makan, mengambil susu, bawa berjalan-jalan, makan daging unta dan lain-lain, waktu Rif jaga unta, unta adalah binatang yang baik dan bersopan santun, hehehe lebih kurang macam tu lah, unta jenis binatang hidup berkumpulan, pernah Rif cuba memisahkan mereka untuk progrem shooting, hasilnya kerja jadi lambat, terpaksalah bawa semua sekali ke bukit.

   Unta adalah salah satu binatang kesayangan Rasulullah S.A.W, pernah berjasa diwaktu Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Madinah, steratigi Rasulullah terhadap orang kafir Qurash, bangunkan kekuatan di Madinah sebelum menawan Kota suci Makkah Al-Mukarromah, begitu besarnya jasa Unta terhadap Rasulullah dan Islam, Unta juga adalah di antara binatang yang masuk syurga iaitu Unta Nabi Allah Soleh.

   Bukan setakat banyak cerita-cerita yang menarik tentang Unta, Unta juga banyak manfaat bukan setakat dagingnya sahaja yang boleh dimakan tetapi hatinya boleh dijadikan ubat penyakit Asma, susu unta boleh menghangatkan badan dan memberi tenaga terutama kepada Kaum Adam (SSI) dan banyak lagi.

Jemaah Umrah selalunya mencari hati unta dan susu unta, sekiranya mereka melakukan kesalahan haji atau umrah dam (denda) yang paling berat ialah korbankan satu ekor Unta dewasa.  unta-unta yang dipelihara boleh dijual dengan harga sekitar 12 ribu riyal sehingga 15 ribu riyal bagi yang dewasa, yang kecil berharga sekitar 5 ribu riyal sehingga 7 ribu riyal.

"Minum Air Kencing unta?" sebelum ni rif pernah dengar tentang orang Minum air kencing Unta tetapi tidak begitu yakin, betul ke tidak? minum air kencing untuk dijadikan ubat? yang biasa orang nak buat ubat susu dan hati unta, kini air kencing unta begitu popular dikalangan orang ramai, katanya air kencing unta boleh merawat bermacam jenis penyakit, termasuk kenser, air kencing unta kira-kira 250 mililiter dijual dengan harga 100 riyal, ianya , unta-unta diberi makan rumpun, roti dan akhbar.


Benarkah orang ini menjual air kencing unta?


memang benar. terbukti inilah penjualnya, bagi sesiapa yang inginkan sila call +665189475 (bukan nomber tel sebenar)


Salah seorang pelanggan yang sedang minum dan di sebelahnya pekerja sedang menapis air kencing untuk mendapatkan tapisan terbaik dan berkualiti.


dijual dikawasan abu duud


Unta-unta yang membekalkan air kencing untuk jemaah umrah.

   Bagi yang sedang makan minum tu sambil membuka bb lalu terbaca pos terbaru ni Rif minta maaf bebanyak, tidak ada niat Rif untuk menyebabkan korang merasa loya atau termuntah di baju, bila sorang termuntah, pasti ada yang termuntah lagi dan lagi, lalu terjadilah permainan muntah-muntah tanpa sengaja. (ops terlebih-lebih pulak) 

 Rupa-rupanya banyak manfaat yang boleh kita dapatkan melalui Unta, kalau unta boleh memberi manfaat kita sebagai manusia mestilah memberi manfaat kepada orang lain, kalau tidak kita lebih hina dari unta, orang yang baik ialah orang yang banyak memberi manfaat kepada orang lain.

yang x banyak manfaat.

Rif Blogger

4 ulasan:

  1. Blh ke minum air kencing tu?bkn kencing tu najis ke?ampun maaf..

    BalasPadam
  2. Aaa, rasa nak tanya cam soaln diatas gak

    BalasPadam
  3. Untuk soalan di atas,blh rujuk kpd blogger anjangmuor.tk

    BalasPadam
  4. Allah.!!rse nk muntah plak..
    Btul ke c.rif.?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...