Assalamualaikum, bismillah, sebelum syeh nizam mengembara ke alam roh, ade Cerita yang sampai sekarang Rif tidak boleh lupakan, boleh dikatakan sebahagian kita memang kenal dengan syeh nizam tetapi ramai juga orang diluar sana yang tidak mengenali beliau, ade beberapa orang yang cukup popular pernah menjadikan syeh nizam sebagai tokoh ikutan, idola dan sumber rujukan. beliau bukan saje mempunyai peribadi mulia, bahkan tokoh ulama yang sangat disegani kawan dan lawan, beliau bukan sahaja ulama yang pandai berkata-kata tetapi cukup dikenali kerana banyaknya kerja-kerja untuk islam yang beliau lakukan semasa hidup beliau, banyak melahirkan ulama-ulama muda dan kreatif, x kurang juga pembangunan lahir untuk islam dibangunkan, hasil berkat guru mursyid yang memberi panduan dan tunjuk ajar secara langsung mahu pun tidak langsung, hidup beliau benar-benar untuk Allah dan Rasul, Rif bukan nak cerita panjang tentang syeh nizam, tetapi x salah rasanya, cerita serba sedikit tentang seseorang yang mempunyai peribadi mulia hasil didikan guru mursyid.
Minyak wangi merupakan menjadi satu kewajiban, walaupun ianya sunnat disisi Tuhan, syeh nizam menganggapnya satu perkara yang wajib, bila kita berhadapan dengan buah hati kita pun, kita buat yang terbaik, berwangi-wangian, kemas rapi dan masa yang ditepati, bahkan lebih awal dari sepatutnya, sudah tentu berhadapan dengan Tuhan pencipta kita pasti lebih baik dan lebih sempurna. Kata syeh nizam " kalau kita beli minyak wangi yang murah, malaikat yang ingin datang kepada kita waktu sembahyang, naik kembali, sebab bau minyak wanginya sudah hilang" katanya dalam keadaan nada bergurau, yang Rif faham melalui kata-kata beliau itu ialah berhadapan dengan Tuhan mestilah buat yang terbaik, contohnya minyak wangi, jangan beli yang cekai-cekai cap ayam sahaja untuk bertemu dengan Tuhan tetapi beli yang berkualiti dan tahan lama, rasulullah suka berwangi-wangian, terutama diwaktu beribadah.
Jadi bagi peminat minyak wangi yang berkualiti, sudah tentu minyak wangi dari kayu gaharu atau oud menjadi pilihan, bukan sahaja baunya yang wangi bahkan tahan lama, dibawah ini ade beberapa gambar yang Rif mahu kongsikan, ade 5 gambar:-
Sempat bergambar di kedai minyak wangi kayu gaharu, kedainya tidak ade signboard