Bismillah......
Banyak cerita sebelum ini yang Rif kongsikan pada korang semua, adalah cerita ringan-ringan yang Rif reka cipta, supaya blog ni x lah berat sangat, sebab Rif pun faham, kebanyakan pembaca-pembaca blog adalah remaja trang tang tang, perlukan sedikit hiburan.
kali ni Rif nak kongsikan pengalaman kisah-kisah benar yang berlaku di sekitar kota makkah dan madinah, semoga cerita-cerita ini untuk pengajaran kita bersama.
Umur masih remaja sudah di rezekikan ke tanah haram untuk menunaikan ibadah haji, masih belajar di mesir, sudah tentu mahu jadi seorang ustaz, ada x kena rasanya kepada remaja sorang ni, Miqdam (bukan nama sebenar) cerita-cerita sebelum nak ke tanah haram, dia memang x mahu menunaikan ibadah haji, tapi oleh kerana maknya yang suruh menemani, Miqdam dengan berat hati ikut serta, hatinya tidak bersedia untuk menunaikan haji, walaupun banyak manusia yang ingin menunaikan haji, bagi Miqdam, belum masanya, umur masih muda, boleh buat benda lain, banyak yang perlu dia selesaikan, di alam remajanya.
Bisnes internet yang boleh dikatakan berjalan lancar, beli satu alat dan alat itu akan curi WIFI internet orang lain, sekali beli, x perlu dah fikir banyak kali, sebab internet yang di curi, boleh didapatkan dimana-mana, yang penting kawasan itu ada orang yang menggunakan internet.
Datang ke Kaabah dalam keadaan hati tidak bersedia? macam manalah agaknya perasaan ayah dan ibu kita, kalau kita datang ke rumahnya dalam keadaan muka monyok, sudah tentu berbagai perasaan yang akan timbul pada hati ayah dan ibu kita, dia ni macam x nak jumpa aku je? ada masalah ke dia ni? x sudi dah, nak jengok kita, agak-agaknya macam mana pulak, Tuhan melihat kita? adakah dengan senang hati? atau kemurkaan-Nya akan kena pada kita?
Itulah berlaku pada Miqdam, dia telanjang bulat berdekatan dengan masjidil haram, bukan sekali tapi 2 kali, kali ke 3, dia telanjang bulat di hotel, oleh kerana kelakuannya yang aneh itu, dia dibawa oleh polis ke kawasan orang Malaysia dan di hantar ke hospital yang disediakan oleh tabung haji. bila diperiksa di hospital, Miqdam disahkan gila.
Marilah kita ambil pengajaran dari cerita ini, datang ke kaabah mestilah berada dalam keadaan hati yang bersedia menuju Allah, banyak peristiwa manusia yang datang ke sini Allah tidak terima, cemas-cemaskanlah hati, supaya Allah masih menerima kita. wassalam...
Itulah berlaku pada Miqdam, dia telanjang bulat berdekatan dengan masjidil haram, bukan sekali tapi 2 kali, kali ke 3, dia telanjang bulat di hotel, oleh kerana kelakuannya yang aneh itu, dia dibawa oleh polis ke kawasan orang Malaysia dan di hantar ke hospital yang disediakan oleh tabung haji. bila diperiksa di hospital, Miqdam disahkan gila.
Marilah kita ambil pengajaran dari cerita ini, datang ke kaabah mestilah berada dalam keadaan hati yang bersedia menuju Allah, banyak peristiwa manusia yang datang ke sini Allah tidak terima, cemas-cemaskanlah hati, supaya Allah masih menerima kita. wassalam...
Takutnya,cerita tu,kena sentiasa merendh diri,merasa diri hamba,lagi2lah kita yg berada ditanah suci
BalasPadamitulah tanah suci, rumah allah, banyak memberi pengajaran.
PadamNauzubillah..sangat memberi pengajaran.
BalasPadambaguslah perumpamaan tu!='(
Takutnya T___________T
BalasPadambaguslah perasaan tu, supaya kita sentiasa kekalkannya...
Padamrindu makkah.. rindu madinah... smoga djemput lg mjadi tetamu ALLAH...
BalasPadamamin, panjangkanlah umur si tanpa nama ini ya Allah, supaya dia boleh datang lagi ke tanah haram.
PadamBtol ke habis musim haji lepas,ada kes bunuh kt toilet pmpuan?
BalasPadamentahlah, disini berita tertutup, kerajaan disini sistemnya menutup segala bentuk yg boleh menyebabkan kelemahan kerajaan terbongkar, tapi memang banyak peristiwa yg berlaku di tanah haram, klau ada nanti Rif kongsikan lagi,
PadamNau'dzubillah..
BalasPadamQ tunggu postingan selanjutnya..
Manusiayang masih hidup tidak akan terlepas dari kesan fungsi otak
BalasPadamTuhan jadikan otak manusia punca segala nikmat umpama anak kunci pintu sebuah gedong
Berbagai kelebihan telah tuhan formulakan dalam otak manusia, yang mana dengan perantaraan otak, seluroh badan dapat menafaat atau kesannya
Oleh yang demikian hendaklah makhlok manusia itu wajib memelihara kewarasan otaknya dan pada masa sama wajib berterima kasih yakni bersyukur atas anugerah otak yang dapat berfungsi dengan baik. BERSYUKURLAH
Ada beberapa kejadian yang dilaporkan telah berlaku, yang sekali fikir memang nampak macam aneh. Sebenarnya saksi bercakap sebelum kejadian dia telah terpengaruh secara ekstrem dan pekara itu telah melekat di mindanya, hanya menanti detik ketika yang sesuai akan dilapor sebagai telah benar benar telah berlaku.
Di pihak pemerintah/kerajaan pula adalah patut menutup cerita cerita aneh /ajaib ini dari beredar, kerana ianya sedikit sebanyak akan mengganggu kerja kerja ibadat dan merusak niat/tujuan kedatangan seseorang ke bumi Mekah yang penuh berkat itu. Adalah tidak dinafi memang ada berlaku beberapa kejadian yang betul betul mencarik adat, akan tetapi semua itu adalah sampingan sahaja, kerana segala yang utama telahpun berlaku dan ditunjuk semasa hayat Nabi Muhammad dahulu.
Yang penting bagi kita sekarang BERIMANLAH dengan segala yang telah Nabi suroh. memadai. tak perlu dicari benda baru yang ajaib di Mekah.
kerana mencari benda baru yang ajaib di Mekah bukan ibadat, oleh yang demikian janganlah menjadi sibok keatas diri kita bersungguh di situ.