Isnin, 29 Julai 2013

Rif blogger punya :- Alhamdulillah X Blacklist.

Assalamualaikum,

Bismillah....


Selepas balik dari haramain diri ku ini tertanya-tanya, adakah masih terkasima atau impak maksima terhadap apa yang berlaku? rupa-rupanya biasa-biasa je, adakah hanya perasaan yang suam-suam kuku-kuku? atau hati dan perasaan masih macam tu x berubah-berubah? sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, syaitan di tangkap, adakah nafsu masih liar atau nafsu sudah dididik, kita mesti tahu jawapannya, dengan ramadhan sudah memasuki hari 10 terakhir, adakah kita benar-benar serius dengan Ramadhan, malu dengan bulan Ramadhan, orang-orang soleh menangis dengan pemergiannya, sedangkan aku biasa-biasa saje mcm bulan-bulan yang lain, ampun wahai Tuhan, ampun ya Rasulullah, tak seriusnya aku menjaga bulan yang maha besar ini sebagai raja bulan yang sangat digunakan oleh orang bertaqwa dengan sepenuh hati.

   nak cerita bab lain terluah bab lain, sebab memikirkan bulan ramadhan lagi utama, kembali dengan tajuk, blacklist untuk keluar negara? memang ada terfikir, tetapi x lah memberatkan otak yang memang rengan ni, berjalanlh kehidupan seperti biasa mengikut haluan perjuangan yang memang banyak bende nak buat, cuma pandai x nak gunakan sepenuh hati, perasaan, tenaga dan wang ringgit utk Islam, ingatkan x lh keluar negara dalam masa terdekat ni, sebab memikirkan dah blacklist, rupa-rupanya perancangan Tuhan tidak sama dengan perancangan kita, kena berjuang di indonesia, 

   Ke Indonesia mestilah kena ada passport, klau  xde passport macam mana nak ke sana? x kan nak naik kapal tongkang Cik muni, paksa dia bawa Generasi Harapan ke Indonesia, dengan bawa budak-budak KH semua yang campur dengan kami ada lebih kurang 20, kena pulak Cik Muni biasanya gi Thailand tetiba suruh gi Indonesia, mesti sesat, habisla kami terdampar di tengah lautan antartika, dah la bab Cik Muni yang sentiasa garang-garang bucu-bucu comel-comel ceceloreng perlis tu, jadi kenalah buat passport.

   Biasanya di Rawang ni orang nak buat passport kebanyakkan pilih di pejabat imegresen Shah Alam atau Putrajaya, sembang-sembang dengan Abu Hanifah, katanya ada pejabat imegresen di Kuala Kubu bharu, emmm, teringat masa sekolah rendah dan menengah, pernahlah buat IC disini dan pernah juga hantar adik ke sekolah asrama penuh di kuala kubu bharu, pergi tengok-tengok, tempat ni masih macam dulu, tidak banyak perubahan, masih tersusun rapi dan tidak sibuk berbanding kawasan Rawang, dalam hati masih tertanya-tanya, ada ke imegresen di sini? tanya orang sini, Alhamdulillah katanya ada, pergi pejabat imegresen ambil gambar, ambil no giliran, serah passport lama, tunggu x sampai sejam, sambil tunggu tu sempatlah Rif jalan-jalan di sekitar kawasan berhampiran dan ambil gambar, dah siap, dan paling penting x blacklist, alhamdulillah, boleh ke indonesia, bagi sesiapa yang di sekitar rawang dan sewaktu dengannya tu, klau nak buat passport silakan buat di kuala kubu baru, anda tidak akan kecewa dengan perkhidmatan yang ditawarkan. 


Imigresennya kecil sahaja dan paling penting x sebok, waktu ni Rif hanya seorang saje.



Sempat jalan kaki, kawasan yang tenang tidak banyak kenderaan yang main drif-drif di sini.



Tempat snuker, bukan nak suruh main snuker tapi ada tahun bangunan ini di siapkan, tandanya kawasan ini sudah lama dibangunkan. (1953)



Pemandangan yang menyejuk mata ada stail-stail kawasan tanah tinggi.


Bangunan ini lebih lama didirikan pada tahun 1930.






   Passport sudah pun digunakan di KLIA, dan Rif sedang di indonesia, banyak bahasa Indonesia yang sudah tidak digunakan kembali berputar-putar alam di dalam kepala Rif, ada yang lucu dan yang menarik, banyak ilmu yang boleh kita pelajari dari orang-orang Indonesia yang semuanya ada jempol-jempol yang sempurna, hehehehehe, ok, utk kali ni selesai, nanti Rif bawa cerita-cerita show di Indonesia. sekian.

yang banyak ketombe.

Rif blogger..

6 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...