Ahad, 17 Februari 2013

Makkah Story : Rokok



   Tiga orang sahabat yg pergi mengembara, kom, sol dan rol, mereka dari kampung "cekodok ni mak kamu yang punya ke?", setelah sepurnama meninggalkan kampung, diwaktu tengahari, mereka melalui kawasan gurun yang amat sejuk, ( kenapa lak gurun sejuk? Bukan panas ke? Kata korang dlm hati, toksah nak memandai, cerita ni, Rif yg reka, klau korang nak buat panas, buat cerita sendiri, dengan selambenye Rif ckp cam tu, bagi yg terasa, mohon maaf ye) oleh kerana sejuk yang amat sangat, mereka menggigil ketakut (maksudnya nak bayangkan betapa menggigilnya mereka) dan berjalan ke arah timur sambil berpelukan, sepatutnya perjalanan memakan masa 3 bulan, tetapi dah 6 bulan, x sampai-sampai kerana mereka masih memeluk satu sama lain, kerana kaedah perjalanan mereka ini, menyebabkan mereka kesulitan dan hampir kehabisan makanan.

   Tujuan mereka ingin mencari kebahagiaan, lain pulak yang mereka dptkan, kesusahan yang muncul, tetapi didalam hati mereka, terus yakin, "setiap kesenangan, pasti bermula dengan kesusahan".

   Tengah mencari-cari sumber air, terlihatlah akan mereka 20 ekor zirafah yang sedang bermain polis and thief, (bagai manakah cara bermain? :- zirafah polis kena menggigit ekor zirafah thief, sekiranya dapat, zirafah polis hendaklah memastikan, paling tidak 3 helai ekor atau lebih zirafah thief dapat dicabut, jika berjaya, zirafah polis pulak kena jadi zirafah thief, zirafah thief hanya seekor, zirafah polis boleh sebanyak mungkin).


Sol : korang nampak x, apa yg aku nampak?

Rol and Kom : nampaklah sangat.

Kom : dah bersepah macam tu, zirafah-zirafah ni, x kan x nampak kot.

Sol : aku rasa, disekitar kawasan ni  ade air. kalau zirafah ni siap boleh main polis and thief lagi.

Rol : betul tu, setuju sangat. jom cari.



   Mereka melihat sekeliling kawasan itu, tidak jauh dari situ, terlihatlah mereka ada sungai yang mengalir kecil dan dipenuhi dengan pokok-pokok yang rimbun, kawasan yang sangat menenangkan jiwa mereka, bergegaslah mereka bertiga menuju ke tempat itu, melepaskan dahaga yang sudah lama bermain di tekak mereka.

   Setelah selesai semuanya, tiba-tiba Kom ternampak sesuatu.

Kom : ape benda tu?

Sol : tempat simpan air tu, boleh kita gunakan, untuk meneruskan perjalanan kita nanti, time dahaga.

Rol : ok, ok, biar aku yang ambil.

   Setelah mengambil tempat menyimpan air tersebut, Rol terus mengisinya dengan air. tiba-tiba ada suara yang menegur mereka.

Jin Kazama : oooooiiiiiii, apa ni simbah jin dengan air ni, jin tengah rehatlah.


   Tanpa mengendahkan suara tersebut, Rol meneruskan mengisi air. Jin tersebut terus keluar dalam keadaan basah.


Jin Kazama : kurang hajar betul, dengan ini korang semua dapat meminta satu permintaan setiap seorang.


   Mereka bertiga terkejut dengan kemunculan Jin, mereka bertambah terkejut lagi, dengan sikap jin yang berubah mendadak. sehingga mereka bertiga hampir pengsan, tetapi berjaya mengawal pengsan mereka. kerana dah biasa main pengsan-pengsan.


Sol : aik, tadi nampak macam marah, kenapa pulak, tiba-tiba bagi permintaan ni.

Jin Kazama : oooo, kami bangsa Jin bekas, jadi kalau kami marah, tandanya kami suka, kalau nak tahu kami tengah suka sangat, kami akan cakap "kurang hajar", tadi dia simbah saya dengan air, saya gembira sangat, dah lama x mandi, bila dia simbah kali ke 2, saya rasa terhutang budi sangat, tu yang nak bagi permintaan tu.

Sambil tangan menunjuk kearah Rol.

Semua : pulak........

Jin Kazama : nak x permintaan, kalau x nak, entahlah saya pun x tahu nak buat apa. (tengah gembira)

Semua : naklah sangat!!!!!!

Jin Kazama : tapi ade syarat-syaratnya.

Semua : apa syarat-syaratnya!!!

Jin Kazama : seperti yg saya sebutkan tadi, setiap seorang hanya boleh minta 1 permintaan sahaja, tetapi ada tambahan sedikit, setiap permintaan tertunai hanya di dalam gua, kamu akan dikurung didalam gua selama 10 tahun.


   Maka berfikirlah mereka bertiga, sama ada mahu menerima atau menolak, oleh kerana mereka bertiga dari awak lagi mengembara mahu mencari kebahagiaan, inilah masanya peluang itu hendak dicapai. maka mereka bertiga bersetuju untuk menerima semua syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Jin tersebut.


Kom : saya mahukan 4 isteri dari negara-negara yang berbeza!

Rol : saya mahukan semua jenis makanan yang halal dari negara-negara berbeza!

Sol : saya mahukan semua jenis rokok yang berbeza dari berbagai jenis negara!

Kom dan Rol : ape yang ko merepek ni, nak rokok?

Sol : dah lama x hisap, tu yang rindu dan candu tu.

Jin Kazama : permintaan tidak boleh ditarik balik.


zup zup zup, zrap pap pap, ahu ahu, yau yau, ( serabut betul bunyi dia, layan jelah).

   Di panjangkan cerita (asyik sebut "dipendekkan cerita" je, Rif dh la panjang), 10 tahun kemudian, Jin Kazama pun, membuka gua pertama, gua dari kom, maka keluarlah ramai manusia dari gua tersebut. bersama dengan 4 orang wanita yang semuanya sarat mengandung.


Jin Kazama : mcm mana selama 10 tahun duduk dalam gua ni.

Kom : alhamdulillah, Tuhan kurniakan saya anak yang ramai.


   Jin Kazama terus membuka gua ke 2, gua Rol, terkejutlah mereka yang keluar itu seorang lelaki yang mereka tidak kenali.


Kom : mana Rol?

Rol : sayalah Rol.

Kom : Rol tidak segemok ini?

Rol : permintaan saya, mahukan makanan halal dari seluruh dunia, inilah jadinya.

 
  Rol memberi tahu pada Kom, sambil menunjukkan kearah perutnya. Jin Kazama hanya menunjukkan muka masam (tanda dia senyum), lalu dia pun membuka gua yang terakhir, kelihatan seorang lelaki yang berlari dengan pantas, itulah dia Sol, lalu terus menuju kepada Jin Kazama, "pannngggg", satu bunyi yang cukup kuat telah terdengar, rupa-rupanya, Sol telah menampar Jin Kazama, Kom dan Rol merasa hairan, yang pertama, mengapa Sol menampar Jin Kazama? yang ke 2, kenapa Jin kazama gembira yang amat sangat?


Rol : wahai Jin Kazama yang amat pelik, kenapa kamu sangat gembira, bila kena lempang?

Jin Kazama : kamu ni, x faham-faham lagi ke? ini tandanya saya sedih.

Kom : ooooo, lupa, perasaan jin kita ni terbalik. yang kau ni Sol, kenapa tampar Jin Kazama. bukankah dia dah tunaikan hajat kamu.


   Dalam keadaan, menahan marah, Sol menjawap.


Sol : jin ni x bagi aku mancis.


tergelaklah mereka berdua, rupa-rupanya, selama 10 tahun ini, Sol hanya melihat dan menyudut-nyedut rokok yang tidak boleh mengeluarkan asap. kerana tidak ada api.


R/p :- siapa yang mengatakan rokok itu hanya makruf, itu dia sahaja mahu mempertahankan benda haram, haram kita dh faham, makruh maksudnya di benci oleh Allah, kalau kekasih kita benci dengan kita, itu pun kita x sanggup, inikan pulak Tuhan kita Allah yang mencipta kita, membenci kita, toksah fikir dah, bertindak terus, buang rokok, x mau rokok, ada masa nanti, Rif nak masukkan videoclip "x nak rokok" tunggu di makkahdihati.blogspot.com. sekian. wassalam...

11 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Ini cerita rekaan penulis blog ke?

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. nape la dlm byk2 pmintaan rokok yg dia mintak.... dh bazir mase 10thn xdpt ape2... =)

    BalasPadam
  5. napelah dlm byk2 pmintaan rokok yg dplih... kn ke dh bazir masa 10thn xdpt ape2.. =)

    BalasPadam
  6. tiada untungnye merokok... =)

    BalasPadam
  7. betul tu...dapat penyakit dan beri penyakit ade lah..huhu...semua cerita dlm blog ni best2...lawak2 je...nama kampung pun aneh2..hehe...di samping banyak pengajarannya...mzb

    BalasPadam
  8. Penulis jgn lupa,ade sambungan ttg katering,dan cerita panjg ttg 3 org bdk tu,kami menunggu sambungannya

    BalasPadam
  9. Ye xsbr tggu ksudahan cite 3 shbt n catering tu..

    BalasPadam
  10. jalan cerita yang menarik..lawak pon ada..haha..keep it up bro!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...