Ahad, 24 Mac 2013

Makkah News : Banjir Di Dalam Hotel.

Assalamualaikum,

bismillah....


   Catatan ni sebenarnya sambungan dari  Makkah People : Jemaah Pertama ni link dia, http://makkahdihati.blogspot.com/2013/02/makkah-people-jemaah-pertama.html, dah lama nak masukkan tapi banyak halangan, terutama mendahulukan catatan yang lebih utama, rasanya sekarang dah boleh nak poskan, kenapa ye minggu-minggu ni rasa macam nak berpantun je, korang layan je lah perangai blogger yang tengah rajin nak berpantun ni.

dalam serunding ada lemper,
lemper dibuat dari pulut,
terima kasih sudi mampir,
jangan sampai blogger melutut.

   Kalau ada yang berminat nak balas tu, silakan balas di komen, dalam banyak-banyak jemaah yang Rif jaga buat masa ni, jemaah pertama paling susah dan teruk, bukan kerana perangai atau ragam jemaah yang menjadi masalah, tetapi keadaan sekeliling yang tidak membantu, kedudukan hotel yang paling jauh dari bahagian yang menjaga katering di hotel-hotel lain, hotel nampak cantik di luar, tetapi bila masuk bahagian restoran, emmm malas nak cerita sebenarnya, sebab sepatutnya hotel begini masalah-masalah ini segera diatasi, kerana sudah tentu jemaah umrah akan datang, masalah yang boleh diselesaikan dengan cepat, selesaikan, jangan ditunda-tunda.

    Sudah la restoran paling bawah, panas, aircond pulak dibahagian Rif jaga rosak, kalau orang nak hubungi phone, x ada line di kawasan tu, nak basuh pinggan x ada air, buang sampah nak kena naik tangga, ambil air nak kena ambil dibahagian atas, x ada lif dan ditambah pulak banjir, memang teruji, tapi alhamdulillah jemaah semuanya ok, sporting, ada la sikit-sikit merungut, biasalah tu.

   Rif hanya berkongsi pengalaman, tidak la berniat selain itu, pengalaman kita amatlah berharga, supaya kita lebih sabar dan pada satu hari nanti kita turut mendapat kemanisan didalam kehidupan kita, terutama kalau kita memiliki sifat redho. jom gi tengok tempat banjir, bukan senang nak tengok banjir-banjir ni di makkah, negara yang hanya setahun sekali sahaja hujan :-


Dhaif sungguh tempat katering ni.



Tempat orang lain cantik je.

 
Penuh air, air yang mengalir terus tanpa berhenti.

 
Air yang keluar berpunca dari bilik ini.

 
Ini kawasan ambil makanan, terpaksalah jemaah meredah air.

 
Basuh pinggan disini, macam mana? dengan x ada paip, longkang pun x ada, pakai baldi untuk ambil air. sabo jelah blogger oiii.

 
Diatas tu, suiz untuk menghidupkan enjin menyedut air, sekiranya bertakong dan memang bertakong pun, pasal dah banjir.

 
Inilah kawasan jemaah makan, dah la x ada meja, kena kongsi dengan jemaah dari indonesia pulak, memang sempit.


   Rif nanti nak senaraikan hotel-hotel yang memang patut diberi blacklist, supaya jemaah yang datang sini boleh memilih hotel-hotel terbaik dan selesa untuk mereka sendiri, hotel ni dah masuk senarai blacklist Rif, mungkin banyak lagi hotel-hotel yang macam ni, siaplah korang, hotel lain boleh bagi kawasan restoran free, hotel kamu nak kenakan bayaran, lepas tu x ada kualiti, kesian jemaah, dorang nak buat umrah mestilah dalam keadaan selesa tetapi sebaliknya, ish ish, kalau nak tulis keburukan ni memang boleh je banyak-banyak, tetapi buat apa kalau dari kerajaan saudi sendiri tidak mengambil tindakan, hanya jadi bahan bacaan sajelah, perubahan tidak berlaku, sekian, wassalam....

12 ulasan:

  1. tapi bagi pendapat saya lor klu kat situ..pihak ejan tu yang bertanggung jawab apa yang saya ketahui klu tinggal kat situ ikut keaadaan bdget..apa yang saya tenguk lor melalui photo2 yang di ambill..kerana pihak pengurusaan jemaah akan memata matai dahulu sebelum para jemaah tiba...dan memastikan segala katering dan tempat tingal dalam keadaan selesa

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasanya kadang2 memang dari sudut pengalaman amat penting, tetapi apa yg berlaku, pihak pengurusan di malaysia tidak tahu setuasi terbaru disini, bila dicadangkan kepada mereka, ambil hotel yg lain, katanya dh biasa ambil dihotel berkenaan, mcm di hotel yg Rif sebut ini, sebelum ini katering yg pihak kami jaga dibahagian atas dan selesa, lengkap semuanya, tetapi bila pihak hotel mengejut kenakan bayaran tambahan bagi siapa yg mahu gunakan bahagian atas, pihak pengurusan dh lari bajet, jadi terpaksalah pindah di bawah, bahagian atas kosong, x ada yg nak sewa, banyak peristiwa yg tidak diduga,

      Padam
  2. bilik ape yg kuar air tu.. ade tnye pihak hotel ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada tanya, paip bocor, yg berlaku pihak hotel saling menyalahkan hotel disebelah, kerana kebocoran tu melibatkan hotel disebelah, jadi masing2 tidak bertindak kerana meninggu pihak yg satu lagi yg bertindak

      Padam
  3. MasyaAllah..1001 kisah & asam garam di tanah haram ni...banyak yg saya belajar dari blog ni,moga yg baik dpt di jadikn panduan,yg buruk dijadi kn tauladan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. begitu juga di tempat lain, kesabaran menjadikan kita lebih matang

      Padam
  4. hai semua.. jemputlah singgah pada yang sudi..
    follow pun boleh.. boleh jugak tinggalkan link di sini..
    terima kasih
    http://long-cham.blogspot.com/2013/03/happy-birthday-to-me.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok, done follow, dah singgah pun, blog yg santai.

      Padam
  5. layan betul cerita2 dlm blog ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah, susah juga sebenarnya cari idea ni, tpi berhasil, klau dh sungguh2

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...