Khamis, 13 Jun 2013

Makkah News : Ratu Tomboy Kena Serbu

Assalamualaikum,


Bismillah.....

ani
keratan akhbar Berita Harian 11 jun 2013

Riyadh : Polis agama Aarab Saudi menyerbu sebuah parti di sebuah hotel terkemuka yang hampir 100 wanita menyertai satu pertandingan ratu untuk "tomboy".

   Anggota suruhanjaya, Amar Makruf Nahi Mungkar  dengan bantuan polis menyerbu parti terbabit di hotel di pelabuhan timur Khobar dan menahan kebanyakan pesertanya, laporan akhbar berbahasa arab, Sabq.

   Polis merampas sebahagian besar minuman bertenaga, barang "satanist" dan satu mahkota yang bakal diberikan kepada pemenang pertandingan berkenaan.

   "parti berkenaan berselindung disebalik satu majlis graduasi. seorang lelaki dan wanita yang menganjurkan majlis itu turut ditahan," katanya sambil menambah kebanyakan gadis berkenaan kemudiaan diserahkan kepada ibu bapa mereka yang tidak mengetahui mengenai pembabitan anak mereka sebagai tomboy.

AGENSI



    Pulak, sepanjang Rif di tanah suci, tak pernah pulak dengar kes mcm ni, mungkin berselindung disebalik furdah dan jubah hitam yang labuh, kita orang umrah ni tak la nampak keburukan mereka kerana memang sifat orang melayu yang datang ke Kaabah telah benar-benar meluruskan hati, tidak ingin merosakan nama baik Tanah Haram, mungkin adalah juga satu dua orang, kalau dikumpulkan banyak juga, kata S.Aru.

  orang jauh datang ke Makkah dapat Tuhan, orang yang sangat dekat dengan Kaabah hilang Tuhan, apabila syariat lahir diketatkan tetapi tidak dikaitkan dengan Tuhan, melahirkan manusia-manusia yang di depan nampaknya baik tetapi di belakang kita tidak tahu apa lagi kejahatan yang dia lakukan. sangat misteri.

   Malaysia sekarang sebok kita dengar disana-sini cerita tentang Islam, janganlah sekadar hanya lahir Islam tetapi hati atau roh tidak Islam, maksudnya kita hanya suka cerita syariat lahir tetapi syariat batin berhubung dengan Tuhan kita abaikan. mari kita ambil pengajaran dari setiap berita yang kita dengar semua ada pengajaran untuk kita.

Tomboy-tomboy ni kalau kita didik secara islam, boleh digunakan untuk tarian sufi dikalangan muslimah, atau buat pertandingan karaoke lagu-lagu islam atau lagu Mawaddah, menang kita bagilah mahkota sebagai piala pusingan, supaya tidak rasa memiliki mahkota terbabit. hehehe Rif gurau je, guna untuk bangunkan Islam baru mantap.

yang lemah menjaga syariat batin .


Rif Blogger.

2 ulasan:

  1. Skang ni Saudi memang terkenal dengan perlakuan LGBT. Sbb tu byk dah tomboy dan lain2... -yg membaca berita-

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...