Bismillah...
Ramai rakyat malaysia telah dilepaskan oleh Kerajaan Saudi dari Tarhil di Jeddah, jumlah mereka dalam 74 orang, mereka dibebaskan mengikut keadaan yang telah ditetapkan oleh Jawazat, selesai file, cepatlah keluar, terutama diberi kelonggaran kepada visa bisnes, urusan tarhil yang paling cepat ialah urusan visa umrah, Rif menggunakan visa bisnes, tiket free telah diberikan oleh Kerajaan Saudi kepada visa bisnes, ada 3 orang yang mendapat tiket free, Muhammad Rifaah (Rif blogger), Ahmad Azam dan Saiful Doldiri, yang selebihnya untuk perlepasan group pertama, pihak syarikat telah menguruskan tiket perjalanan pulang seramai 32 orang, jadi jumlah group yang pulang terbahagi kepada 5 peringkat :-
Group pertama : 35 orang (yang keluar termasuk Rif, lelaki dan perempuan, visa umrah dan bisnes)
Group ke 2 : 13 orang (wanita dan yang bersama anak kecil)
Group ke 3 : 7 orang (wanita sahaja)
Group ke 4 : 6 orang (wanita sahaja)
Group ke 5 : 13 orang (wanita, lelaki dan anak kecil, termasuk Bonde Rif blogger)
Selesai 5 kumpulan yang telah pulang ke tanah air, rupa-rupanya ada 2 remaja lelaki yang masih belum keluar, siapakah mereka berdua ini? mari kita lihat, ada beberapa gambar yang Rif nak kongsikan :-
Dua orang remaja dari Malaysia, siapakah mereka?
Khairil dan Tamlikha
Khairil sudah dapat surat perlepasan dan akan dipindahkan ke Ambar 4, Ambar didalamnya ialah orang-orang yang sudah selesai segala surat untuk dihantar ke negara masing-masing.
Khairil Makan seorang diri di Ambar 4, mana Tamlikha?
Tam (tamlikha) masih tidak keluar dari Ambar 14, mereka berdua terpisah, sedangkan kami masa dalam tahanan waktu itu masih ramai rakyat Malaysia, itu pun sudah merintih dan mengharap pada Tuhan, bagaimanalah mereka berdua menghadapi situasi dalam keadaan berseorangan, Allah....... hebatnya hamba yang berjuang menegakkan agama dibumi-Mu, besar pahala mereka, rugilah bagi sesiapa yang menganggap ujian dari Tuhan satu penyiksaan, sedangkan beginilah yang kita dengar sejarah para rasul, mereka berjuang ditangkap oleh orang-orang berkuasa dizamannya. kita sudah memilih jalan kita, rugilah kita berpatah balik kerana ujian-ujian yang datang, teruskanlah menempuh ujian, walau besar manapun. semoga Khairil dan Tamlikha gigih menempuh kesusahan ini, hebat Tuhan cipta hati, bila hati mahu semua jadi.....
yang simpati dan bersedih
Rif blogger
Sedihnyeeee...:(
BalasPadamHebatnyeee...
BalasPadamYa Allah tabahkanlah saudara-saudaraku ini...
BalasPadamAmpunkanlah segala dosa-dosa mereka...
Cobaan......
BalasPadamMantap
BalasPadam-KhadamWasilah-
Tak pernah lupakan mereka berdua, dan skg tgal Tam keseorangan pd hakikatnya msh ramai lg org dr negeri ,bangsa dn budaya dn bahasa yg lain. Bersabarlah w/pun pahit, tp dihujungnya ada kemanisan.
BalasPadamAaap :')
BalasPadam