agaknya macam ni kot cekodok Pak Amm. (sekadar gambar hiasan)
Pak Amm bercerita panjang tentang keadaan yang sedang dia hadapi, Rif blogger hanya khusyuk mendengar , minat sungguh Rif, biasanya kalau bersembang dia lah yang menguasai majlis sampai tidak ingat orang lain, tapi kali ini dia terdiam, nampaknya memang cukup menarik cerita yang dibawa oleh Pak Amm, dari awal pembabitan dia berniaga cekodok hinggalah kejadian terbaru yang dia lalui.
Pak Amm redho semoga ujian yang dilalui, dia diberi kekuatan dan dapat melepasi, kata-kata tok gurunya cukup menjadi pegangan hidupnya, "kehidupan yang senang dari Allah kita terima, kenapa tidak kita terima kehidupan yang susah, bukankah dari Allah juga" itulah kata-kata yang menyebabkan dia tidak kecil hati dengan apa-apa yang berlaku, baginya semua dari Allah, satu hari nanti dia akan menghadap raja segala raja, dia akan ditanya baik atau buruk, segalanya tidak terlepas dari pandangan Allah, tidak adil sekiranya dia hanya senang menerima kebaikan, dia kena belajar menerima kesusahan, supaya di akhirat nanti dia tidak dihumbankan ke dalam neraka, waliyazubillah.
Rif Blogger : emmm........ macam mana ye nak cakap?
Pak Amm : kenapa Rif? ade apa-apa ke?
Rif Blogger : errrrrreeerrr..... susah la nak cakap, tapi kena cakap, sebab dah janji.
Pak Amm : kalau dah janji kena tunaikan, cakap je, Pak Amm x kecil hati.
Pak Amm bagaikan sudah dapat menjangka, kerana wajah Rif sedikit berubah, dari muke yang ingin tahu kepada muke tersipu-sipu macam siput sedup, (macam mana ye muke siput sedut? pandai-pandailah korang fikir sendiri) Pak Amm memberi sedikit ruang, Rif memikirkan keadaan yang terbaik, bagaimana caranya memberitahu Pak Amm yang penduduk kampung "jangan biarkan mak penat" menyuruhnya keluar dari kampung tanpa mengguris perasaan Pak Amm.
Rif Blogger : macam ni lah Pak Amm, saya kebetulan bersama dengan penduduk kampung yang sedang berbincang tentang masalah yang sedang dihadapi oleh mereka, masalah itu berkaitan dengan Pak Amm dengan keluarga terutama berkaitan dengan anak Pak Amm, Maa, Pak Amm sudah semestinya tahu apa yang sedang berlaku, jadi setelah difikirkan bagaimana menyelesaikan masalah ini, mereka penduduk kampung melantik saya sebagai orang tengah yang akan menyampaikan kata putus yang telah dibuat oleh Haji Seman sebagai ketua kampung.
Pak Amm : silakan wahai Rif blogger kalau itu sudah diputuskan oleh penduduk kampung.
Rif Blogger : setelah difikir masak-masak oleh Haji Seman dan memikirkan keadaan penduduk kampung yang menanggung akibat dari masalah ini, elok sekiranya Pak Amm dan keluarga berpindah, cari kawasan yang sekira-kira bukan laluan utama dan tidak didengari kentut anak Pak Amm, kalau penduduk melalui kawasan tersebut untuk mengelak dari mengalami sakit-sakit dan pengsan secara mengejut, macam mana Pak Amm?
Pak Amm : assalamualaikum.
Rif Blogger : waalaikumsalam. ????????????????????
Pak Amm terus keluar dari rumah dan menaiki kereta keldainya, tinggal la Rif terpinga-pinga, baru ditanya Pak terus angkat kaki, tak tahu menuju kemana, Rif lihat sekeliling rumah itu kosong, adakah Pak Amm sudah lama merancang meninggalkan kampung? atau dia ada perancangan lain? semua itu menjadi persoalan Rif.
Rif Blogger : Pak Amm seeeeekkkkkkkeeeeejjjjjjjjaaaappppppp................... baru nak tanya kenapa Rif dan keluarga Pak Amm tak pengsan dengar kentut tu, ish ish ish Pak Amm ni, dia pergi pulak, macam mana nak pecahkan misteri ini, nak juga tolong penduduk kampung, sebenarnya ada jalan penyelesaian, tapi dah jadi macam ni nak buat macam mana? Pak Amm ke mana?.
Rif menekan-nekan tangannya tanda geram tidak dapat menyelesaikan masalah, mulutnye mengomel-nyomel sambil cekodok masih penuh didalam mulut, sepatutnya Rif boleh saje kejar Pak Amm, dengan ketinggiannya yang luar biasa, satu dua langkah sudah dapat kejar tapi oleh kerana takut membazir cekodok, dia biarkan saje Pak Amm pergi begitu saje, sebenarnya dalam hati Rif, "sedapnye cekodok ni, bagaikan mandi laut ternampak dugong" kata Rif didalam hati.
apa jalan penyelesainya? Pak Amm pergi ke mana? Rif dapat tolong penduduk? bersambung lagi, cerita ni panjang, jadi jgn buat-buat terkejut kerana bersambung. heheheheh.
Bagi yg belum membaca part 1 dan part 2, ini linknya
http://makkahdihati.blogspot.com/2013/03/makkah-story-cekodok-ni-mak-kamu-yang.html
http://makkahdihati.blogspot.com/2013/03/makkah-story-cekodok-ni-mak-kamu-yang_12.html
Cerita yang mencuit hati dan berpengajaran.
BalasPadam-KhadamWasilah-
huhuhuuu..
BalasPadamapa yang baek jadikan iktibar, apa yang tak elok mintak dijauhkan !
http://akukaudansesuatu.blogspot.com/2013/06/abg-misi-dan-pesakit.html