Selasa, 22 Januari 2013

Makkah Story: Cerita2 ringan zaman kanak2 dulu



     Assalamualaikum, dah sampai setahun x tulis, dari tahun 2012 hingga 2013, hahaha, inilah kelakar2 yg biasa kita dengar bila masuk tahun baru. Well, banyak sekarang kita dengar orang hantar broadcast cerita2 menarik, ade lucu, sedih, fakta, berita dan banyak lagi, oleh kerana rif memang dah duduk di Negara orang, teringat la cerita2 lama waktu duduk Malaysia dan yg paling x boleh rif lupakan satu cerita yg menarik, tentng org kampung keluar Negara, eh, macam ada kaitan dengan penulis je, rif x la sampai di Negara arab Saudi ni dalam keadaan x pernah datang ke Negara asing, ade la beberapa Negara di asia tenggara yg rif dah pergi, diantaranya paling dekat singapura dan Thailand, kira dekat la sebab x perlu naik kapal terbang pun boleh gi, yg jauh sikit Indonesia dan brunei, seperti sebelum ni yg rif pernah ceritakan, yg paling lama duduk di Indonesia, 2 tahun, Alhamdulillah, dalam miskin2 dah macam orang kaya pulak,kaya dalam miskin, miskin dalam kaya, mudah-mudahan dapat tiru rasulallah, ok, last2 sedar x sedar dah sampai Negara arab Saudi ni, klau dulu dari sudut bahasa yg paling senang duduk Indonesia lah, pasal bahasa lebih kurang sama je, klau singapura, mudah bila jumpa budak2 melayu, klau cina dan india, faham2 je lah semua cakap orang putih, Cuma ade kacukan sikit melayu,” you no lah”, yg “lah” tu la melayu, brunei, bahasa ade la sikit2 lain, tapi masih faham, paling susah Thailand, sape boleh belajar, wow memang respect, susah mcm key nyanyi, sebut pasal menguasai bahasa ni lah, yg rif teringatkan cerita2 ringan zaman kanak2 dulu, jeng jeng jeng.




     Pada zaman setelah british keluar dari tanah melayu, eheh, macam berat je permulaan ni, ok ok, mudah mcm ni kot. Ade sorang budak ni, kita bagilah nama dia ali, nama biasa kita guna utk cerita2 pendek, duduk berdua dengan mak dia, di satu kampong yg bernama “cekodok tu mak kamu yg punya ke?” malas nak cerita asal-usul mcm mana nama kampong tu boleh mcm tu, takut panjang lak, tapi nanti rif usahakan, klau ade masa, kehidupan macam biasa di kampung, satu hari tu, mak dia bagi cek rm20juta utk belanja, tapi dek keranakan miskin, dia tahulah mak dia saje gurau2 bagi cek tu, pasal dah biasa kehidupan anak beranak tu gurau senda macam tu, cek tulis atas kulit kayu, nama descentebank, fulamak canggih gile nama dia, mak Ali tu pakai tulis je, biasa tulis jawi, tapi kali ni nak terai tulis rumi, buta huruf, tapi klau tuhan berkehendak macam2 perkara tidak diduga boleh terjadi. Lagi2 lah klau orang tu soleh. Berjalanlah Ali di sekitar kampong ambil cuti sendiri pada hari tu, dalam tangan ade rm20juta tapi x boleh pakai, dalam poket adelah 2 sen, baki2 kais pagi makan petang, kais petang makan pagi, sebab gaji jenis lambat sikit, nak buat ape la dengan 2 sen ni, walaupun boleh beli macam2 dek keranakan harga waktu dulu memang murah, boleh la beli makanan dan minuman utk alas perut klau lapar, jalan punya jalan, sampai la sebuah kedai, ade jual keropok, tengah promosi keropok terbaru jenama “I buntu”, ni agaknya dah x ade idea nak bubuh nama ape kat keropok la ni, tapi walaupun nama cam gitu, tetap menjadi kegilaan janda2 kampung sebelah, timbul la perasaan Ali mahu membeli, kena pulak harga promosi murah gila, setengah sen dapat 1. Weh mana la nak cari keropok zaman sekarang harga cam tu, keropok “ring ring” yg kecil pun harga 30sen, skrg x tahulah kat Malaysia, takut naik harga. Ali pun beli dua, jadi tinggal 1sen lagi, beli air habis, tengah dok mengunyah-unyah, tetiba lalu la pak abu menyapa, assalamualaikum, ali pun apa lagi jawapla dalam hati waalaikumsalam, mungkin pak abu x perasan kot dia tengah makan, klau betul , memang x elok bagi salam tengah orang makan ni, rasulallah x menggalakkan, makruh hukumnya, habis, keropok kedua pulak, tengah makan tu teringatlah dia akan mak dia yg kat rumah tu, Ali tahu mak dia janda, mungkin mak dia suka kot kat keropok "I buntu" ni, sebab yg dia tahu janda2 kampong sebelah memang suka keropok ni. Berjalanlah ali ke rumah sambil mulut mengomel-ngomel cerita kt diri sendiri, mesti mak suka keropok ni. Sampai Ali dirumah, bergegaslah dia, kerana rasa teruja nak bagi keropok tu kat mak dia, bersembanglah mereka berdua:-


Ali : mak, mak, oh mak.

Mak : ye, ye, mak kat dapur ni, x dengar pun bagi salam.

Ali : eh, minta maaf mak, assalamualaikum.

Mak : waalaikumsalam, ni apasal ni terjerit2. Penting sangat ke?

Ali : x delah mak (dalam keadaan tersipu2) x delah penting, Cuma eeee Cuma.

Mak : ape Cuma2, cubalah buat bertenang sikit, tarik nafas dalam2.

(Macam tu lah kebiasaan bila ali berjumpa dengan mak dia, sentiasa nervous)

Ali : ni ade keropok nak bagi mak. (sambil tangan menghulur sesuatu)

Mak : ingat ape bende yg istimewa sangat, keropok je, sampai lupa bagi salam.

Ali : jangan la cam tu mak, kira istimewa la sangat, keropok ni.

Mak : keropok ni? (Sambil menunjuk ke ali dengan penuh tanda soal)

Ali : ye lah mak, keropok ni jadi kegilaan parajanda di kampong sebelah, makkan jande mesti suke. hehehe.

Mak : ish kamu ni, memang la mak janda, tapi x mestinye suke keropok.

Ali : hehehehe

Mak : tapi xpe, mak nak rasa dulu keropok ni best or not? sesuai ke tidak dengan citarasa jande kat sini.

Ali : wei, mak cakap orang putih, mana mak belajar ?

Mak : eh, mak cakap orang putih ke tadi?

Ali : ye, ali dengar tadi, cam bunyi orang putih cakap, ape maknanya tu mak?

Mak : ape entah, biarlah, klau tuhan nak bagi tu, boleh je secara mengejut. (lalu sambung makan baki2 keropok tadi seolah2 bagai tiada apa2 berlalu)

Hening seketika, malaikat ape ye yg lalu? Cakap ali didalam hatinya.

Ali : mak, mak!!!!

Mak : apenye ali woi? Terkejut mak di buatnye.

Ali : ala macam ali x tahu perangai mak tu, saje buat2 terkejut, (teralih sekejap percakapan ali) ape bende yg terjuntai ditetingkap mulut mak tu?

Mak : *ambueroihr, poeanggeal muoluat moak tehgtingahtkaop. (cakap dalam keadaan keropok masih ade dalam mulut, x sedar dan terus mengambil sesuatu didalam mulut)

Ali : ape mak cakap tu? x faham? kertas ape tu mak? Dalam keropok tadikan? (bertalu2 soalan yg ditanyakan Ali kepada maknya)

Mak :  perangai nervous dia datang lagi. eh, ni kertas hadiah ni, sempena promosi keropok "I buntu",.

Ali : nasib baik mak tak kunyah lagi.

Mak : dia tulis kat sini percutian 3 hari 3 malam di London.


   Bermulalah sebuah cerita yg di luar dugaan terjadi pada keluarga itu, lalu di pendikkan cerita, ali pun berjalanlah meninggalkan rumah dan kampung "cekodok tu mak kamu yg punya ke?" Menuju lapangan kapal terbang subang, di dalam perjalanan, teringatlah akan ali pesanan maknya.


Mak : ingat Ali, ini bukan hanya pergi bercuti saje, tetapi mak mahu lihat kamu pandai merasakan kebesaran Allah dan sentiasa mengingati Nya, kamu tahu, sudah tentu berat hati mak untuk mengizinkan kamu kesana, kerana itu Negara orang putih dan tidak islam, mak izinkan kamu pergi juga, diatas sebab pengalaman yg perlu kamu tempuhi di Negara orang, cari pengalaman banyak2 dan ambil iktibar diatas ape pun peristiwa yg berlaku, kamu pergilah. (dengan nada sayu dan hati yg berat)

Ali : insyallah, saya akan buat yg terbaik dan ambil pengalaman seperti yg mak mahukan, yg paling penting seperti yg mak ajar, bawalah tuhan kemana2 kamu berada. Minta diri dulu ye mak. (sambil salam dan mencium tangan maknya)


Ali pun menaiki teksi yg telah diuruskan oleh syarikat keropok "I buntu". Didalam keadaan teksi itu mahu bergerak, teringatlah ali akan sesuatu perkara yg amatlah penting.


Ali : mak, mak, mak tahu x ape2 perkataan bahasa orang putih?

Mak : hah, ya allah, mak pun baru teringat yg kamu tu x tahu bahasa orang putih, oren, oren, oren, oren..........



Perkataan oren itu sajelah yg mak ali sebutkan, sehinggalah anaknya hilang dari pandangan matanya.

Tersentak ali dari lamunan, melihatnya ke kanan, ade seorang wanita orang putih yg menegurnya, “what do you want?” sambil tangan menunjukkan kearah makanan dan minuman yg ade di sebuah meja bergerak. Ali terdiam seketika, wanita itu bertanya lagi, “you want to eat or drink something?”, ali terus saje menyebut oren, seperti yg disebut oleh maknya. Sepanjang perjalanan itulah, sekiranya ade pertanyaan dari sesiapa, sama ada orang di sebelahnya atau anak kapal, ali akan sebut “oren”, oren, oren dan oren. What is your name? oren, what you from? Oren, walaupun sebenarnya dia rasa bersalah sangat, tetapi dia x ada pilihan, selain perkataan oren itu.

Perjalanan sudah hampir ke destinasi, oleh kerana sepanjang perjalana itu tadi, yg dia minum dan makan hanyalah oren dan air oren, perut ali pun meragam dan menyebabkan dia terpaksa menahan segala kemahuannya utk membuang air besar, kapal terbang pun mahu mendarat, perasaan ali waktu itu tidaklah terkata oleh bahasa yg berbunga, dek keranakan tidak tahan lagi mahu melepaskan hajat yg sangatla besar. kapal terbang yg baru mendarat tersebut, ali terus membuka pintu pesawat tersebut sebelum sempat anak kapal membukanya dan bergegas lari, mencari2 tempat yg boleh di lepaskan hajat. 

Dalam masa yg sama, anak kapal yg melihat tadi, timbul perasaan curiga dan menghubungi pihak keselamatan, sangkanya ada teroris yg ingin melakukan sesuatu atau sudah meletakkan sesuatu didalam kapal terbang dan bergegas pergi,

Ali tengah duduk bercangkung di celah2 tayar boieng 747 di bahagian belakang belah kiri, dirasakan tempat itu paling strategi utk dia menunaikan hajatnya. tanpa di sangka2, bunyi riuh-rendah tapak kaki manusia, mahu menghampirinya, berpakaian seragam dan segak mengepong sekelilingnya. Salah seorang dari mereka mengatakan sesuatu yg dia tidak fahami, ali menggeleng-gelengkan kepalanya, kerana tidak mahu terganggu dengan suasana, ketua pegawai keselamatan, oleh kerana kata2nya bagaikan tidak didengari dan perlakuan orang di kepungnya ini menimbulkan perasaan curiga, bukan curiga terhadap kejahatan yg mahu dilakukan, tetapi curiga terhadap gerak tubuh yg menggelikan hatinya, dia memberanikan diri utk mendekati pemuda tersebut, Tanya pegawai tersebut “what is this? “, jawaplah ali “orennnn”. Selesai.

R/p:- sedangkan mahu belajar bahasa pun kena ade gurunya, inikan lagi belajar ilmu utk mencari tuhan, melibatkan hati dan perasan yg paling dalam, sudah tentu melalui berbagai ujian, jangan tergesa2 membuat sesuatu, walaupun di depan mata berbagai nikmat terhidang, cari ilmu dan dipandu oleh mursyid isyallah selamat, walaupun seseorang itu ahli agama sekalipun. perlukan guru mursyid, Carilah mereka yg dapat menghubungkan hati dengan rasulallah.

 * amboi, panggil mulut mak tetingkap?

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...