Assalamualaikum, bismillah, salah satu masalah jalan raya di malaysia ialah samseng jalanan atau mat rempit, bukan sahaja mereka ini mengganggu jalan raya dengan aksi wilee, wikang dan lumba haram tetapi banyak kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kemalangan dan yang paling merbahaya ialah "ragut", kejadian ragut ini, bukan sahaja menyebabkan ramai wanita-wanita yang cedera parah, yang paling menyayat hati ialah kematian, gadis-gadis, makcik-makcik dan nenek-nenek, semuanya tidak terkecuali yang penting ada bag ditangan, tidak berhati perutnya mereka ini, sampai sanggup meragut wanita yang sedang hamil, banyak berita-berita yang kita baca, menyebabkan bayi yang didalam kandungan keguguran dan ibunya meninggal ditempat kejadian, manusia apabila tidak dididik dengan menanam cinta dan takutkan Tuhan, akan lahirlah berbagai gejala negatif didalam hidup, makin ramai cerdik pandai memikirkan jalan penyelesaian, makin banyak pula gejala negatif yang bertambah-tambah dan tidak ada jalan keluar dari masalah ini, janganlah kita berfikir main logik akal lagi, kembalilah pada Tuhan, Dialah tempat kita bergantung dan mengadu nasib, Dialah sumber segala penyelesai masalah kita.
Di saudi sudah mula ada masalah yang sama, mat rempit, setakat ini yang Rif nampak dan diceritakan oleh orang Malaysia yang duduk di saudi, gangguan jalanraya dan ragut sudah mula terjadi, ada gambar dan video yang Rif nak kongsikan:-
Beraninya mereka wilee didepan polis saudi
kebetulan kami dalam perjalanan ke masjidil haram, dalam 1 kilometer lagi akan sampai masjid haram, sepatutnya, semakin dekat dengan rumah allah dan didalam tanah suci, sudah tentu pandai kita menjaga adab dengan Tuhan, bukan saja dengan manusia, kalau dengan Tuhan tidak selesai makin banyaklah masalah akan tidak selesai. nanti Rif bagi link mangsa ragut dari malaysia di saudi, teruskan bersama blog makkahdihati. wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan