Isnin, 28 Januari 2013

Makkah Item : Kedai 3 Rial Only




   Assalamualaikum, bismillah, berdekatan dengan Masjidil Haram, anda sebagai tetamu Allah, sebagai pelancong atau pekerja, anda mesti mahukan barang-barang keperluan harian, keperluan sampingan, ingin memberi hadiah atau barang-barang ibadah, tetapi kewangan anda sangatlah terhad atau anda bajet-bajet. jadi kedai 3 rial only amatlah bersesuaian dengan anda, disekitar masjidil haram ada beberapa buah kedai yang seperti ini, banyak jenis barang dijual, tetapi anda janganlah kecewa, apabila anda singgah disini, banyak keperluan anda tidak diperolehi, nama pun kedai 3 rial only, kebanyakan barang yang berharga kurang dari 3 rial dikumpulkan, tetapi anda jangan terkejut, kerana dalam banyak-banyak kedai, kedai inilah yang banyak sekali pengunjungnya, jenuh Rif nak masuk kedalam kedai ini, anda bolehlah datang disekitar Syare' (jalan) Ajyad, ada 6 gambar yang Rif nak kongsikan :-


 Salah satu kedai tersebut.


 Ramai pengunjung yang sebok membeli-belah.


 Tulisan "3 rial only" jelas dipromosikan.


 Lupa Rif nak tanya nama tuan kedai.


tasbih, stokin dll


Singgahlah x rugi, banyak pilihan.


haaa macam mana? ok x? pandailah korang menilai sendiri, yang bagusnya disekitar masjidil haram, payah kita nak dengar kes kecurian, berkat power kaabah, orang ramai rasa takut dihadapan rumah Allah, balik malaysia? kekalkanlah perasaan tersebut, sebab Tuhan ada dimana-mana sahaja kita berada..wassalam..

R/p : dah harga murah borong satu kedai, jangan dek buat perangai suka membeli-belah tu, cukup-cukuplah tinggal di Malaysia, kalau boleh tinggal terus perangai tu, beli hanya keperluan sahaja.....

1 ulasan:

  1. 3 riyal only, mekah di hati dekat dihati.err 3 riyal malaysia bape ringgit?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...