Assalamualaikum, bismillah, lepas subuh jangan tidur, waktu ini malaikat Mikail sedang memberi rezeki, jadi bagi siapa yang suka tidur lepas subuh tu, eloklah ubah tabiat tu, di malaysia kita tengok orang cina yang menguasai ekonomi, kebanyakan mereka tidak tidur lepas subuh, orang kafir pun Tuhan beri rezeki melimpah ruah, inikan orang melayu, Islam pulak tu, lebih-lebih lagi kalau bertaqwa.
Rif, Syeh Inam dan Tam menghantar Syeh Harun (blogger terhangat dipasaran) my sifu secara x langsung untuk berjumpa dengan jemaah umrahnya, Mutawwif berpengalaman, kami semua belum makan pagi lagi, jadi Syeh Inam mengajak kami ke sebuah restoran yang bernama Matam Al-Wafidi (Selera tempatan) , menunya banyak dari jenis makanan tradisi tempatan (arab saudi) dan yaman, korang semua boleh la datang kesini, bukan sahaja makanannya yang sedap tetapi terkenal dengan hidangannya yang cepat dan cekap, beruntunglah Rif x tidur lepas subuh hari tu, Tuhan memerintahkan Malaikat mikail datang kepada Rif, zup zup, ada 5 gambar :-
Matam Al-Wafidi, di sebelahnya kanan tempat bagi mereka yang mahu membungkus.
Kembar x sama, hanya pada nama yang sama, yusuf. yang kiri anak tauke.
2 hidangan sarapan yang terkenal syaksukah (telur goreng) dan maksub kistoh (pisang, susu)
Bahagian dapur, pekerja yang tengah sebuk, dapur yang bersih.
Syeh Inam kita sangat berselera, ruang makan yang besar tetapi sempit kerana ramainya pelanggan.
Yusuf Sohib Al-wafidi, itulah yang diperkatakan, tengah asyik menjamah makanan, disapa oleh yusuf , katanya mahu melihat gambar yang Rif ambil tadi (ditranslite oleh Syeh Inam), bilalah nak kuasai bahasa arab ni. bahasa syurga, terasa nak nasyid la pulak, oleh kerana x hafal lagu bahasa arab tu, jadi cancel...... wassalam.
R/p : belajar-belajar la makan makanan arab ni, semoga lidah senang dan fasih berbahasa arab. Tuhannnnnn..........
Teringinnya pergi Makkah. Berharap suatu hari nanti dapat pergi tanah suci Makkah. Sekarnag mampu baca kisah2 yang Rifaah kongsikan. TerimaKasih :)
BalasPadam