Assalamualaikum, bismillah, team Makkahdihati dalam perjalanan ke menara jam, melihat gelagat manusia yang datang ke kaabah, sudah tentu anda akan dapat melihat banyak bangsa dan berbagai warna kulit, kalau rumah allah tidak diatur dengan baik dengan banyak ragam manusia disini, sudah tentu menyebabkan, setiap bangsa akan membawa kaedah sendiri, yang mana, mereka semua menggunakan kaedah di negara masing-masing, cina dengan kaedah cina, india dengan kaedah india, bangla dengan kaedah banglanya dan banyak lagi kaedah-kaedah yang diguna pakai di sekitar masjidil haram. team Makkahdihati sempat mengambil gambar salah satu ragam manusia yang ada disini. ada 2 gambar :-
X sempat nak ambil video, aksi bergambar sahaja sempat.
Jangan nanti, datang menunaikan haji, akhlak ini yg kita bawa balik.
Banyak lagi perkara yang menarik di Makkah ni, menarik yg serabut atau yang benar-benar menarik, atau datang utk menarik sesuatu atau tertarik sesuatu atau daya tarikan atau cantik tertarik kau memang daboom, semuga ade manfaatnya.
R/P:- jangan dok tiru aksi ini, bangsa melayu, bangsa yang bertamadun, gunakanlah disiplin ibadah sebagai pengikat kita dengan Tuhan, hasilnya disiplin peribadi akan terjadi dengan sendiri, lahirlah manusia Agung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan