Rabu, 30 Januari 2013

Makkah News : 1000



    Assalamualaikum, bismillah, Alhamdulillah, terima kasih Rif nak ucapkan kepada semua peminat-peminat makkahdihati.blogspot.com, walaupun blog ini bukanlah top seperti blog-blog lain, tetapi bagi Rif sendiri, satu pencapaian yang cukup bagus, makin ramai manusia yang rindukan tanah haram, makkatul mukarromah,
bukan kerana Rif yang tulis. sudah 1000 penyunjung. alhamdulilah...

   Satu kebanggaan melihat perubahan bagi masyarakat hari ini yang inginkan Islam, blog ini turut meriah sama, teruskan dengan kegemaran anda itu, yang ingin melihat Islam dimana-mana, kalau korang semua ada disini Rif nak belanja semua, di restoran , jadi bagi yang ada disini, jom nanti kita susun tarikh untuk kita pergi sama-sama, yehaaaaaa, tapi jangan gembira dulu, sebelum Rif nak belanja, Rif nak tengok kesungguhan peminat-peminat blog ini mengikuti syarat-syarat seperti berikut :-



1 : Buat ulasan.

2: Ulasan kenalah melebihi 20 perkataan.

3: Setiap ulasan tidak terhad, boleh cadangan, boleh kritikan, galakan dan lain-lain

4: Mestilah berwarganegara malaysia, indonesia, thailand, singapura, australia, brunei dan mongolia

5: Setiap ulasan mestilah disertakan dengan ucapan makahdihati dan pilihan makanan yang mahu dirasai.

6: Hanya sepuluh peminat sahaja yang layak dibawa sekiranya memenuhi syarat.

7: Keputusan Rif adalah muktamat, sebarang email atau surat-menyurat akan dilayan tetapi tetaplah tidak dapat pergi.

8: Hanya makanan yang paling banyak disebut akan dipilih.

9: Peminat-peminat yang menggunakan kata-kata nista atau mencarut akan disuruh belanja menggantikan tempat Rif ( Rif memang x suka tetapi bila dorang kena tebus dosa, terus Rif suka).      

10: Semua peminat tidak terkecuali sama ada tua atau muda, lelaki atau perempuan, duda atau janda, berjawatan atau supir dan lain-lain, semua boleh membuat ulasan.   

11: Pemenang dan tarikh akan Rif umumkan di blog makkahdihati.blogspot.com, jadi teruskan bersama blog ini.


R/p : jangan jenis restoran mahal sangat sudah, tahulah korang yang Rif ni miskin, ade samsung terbakar je, hehehehe. wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...