Khamis, 30 Mei 2013

Makkah Khas : 12 Kegunaan Botol Di Tarhil

Assalamualaikum,

Bismillah....

Selepas hampir semua negeri kami lawati, dari selangor melalui perak, johor dan selepas tu kami menuju utara, sehinggalah semalam kami ke perlis, duduk haramain 1 tahun 4 bulan, Tuhan ubatkan rindu Rif kepada tanah air tercinta iaitu Malaysia dengan dapat menjelajahi hampir seluruh negeri, nikmat yang ada tidak sempat nak bersyukur, Tuhan tambah lagi nikmat, emmm kalau kita tidak malu dengan Tuhan tidak tahulah, bersyukurlah, berselawatlah kepada manusia agung iaitu baginda Rasul untuk membuktikan kita sayang kepada makhluk ciptaan Tuhan yang Tuhan memuji-Nya, mudah-mudahan Tuhan juga sayang pada kita hamba-Nya yang doif ini.

   Rif x lupa sebenarnya cerita-cerita dalam tahanan, masih banyak cerita yang boleh dikongsi, kali ni Rif nak kongsi info menarik yang berlaku didalam tahanan, babnya ialah botol, banyak persoalan berkaitan dengan botol ni, biasanya kalau kita cerita bab botol ni x lah menarik sangat, rakyat malaysia dah maklum sangat tentang botol, dari kegunaan, bagaimana menghasilkannya sehinggalah boleh di kitar semula sekiranya kita membuangnya tapi yang istimewanya terutama botol saiz 1.5 liter di tarhil (tahanan sementara) ialah berbagai  cara yang boleh digunakan untuk menjadikan botol cukup bermanfaat didalam tarhil, ada 12 kegunaan yang berjaya Rif kumpul :-



1 : Untuk minum air (semua dah tahu)

2 : Cawan (dipotong setengah)

3 : Tempat letak barang seperti berus gigi, sabun, zaitun dan lain-lain.

4 : Bantal (diikat 2 botol atau lebih kemudian diisi air didalamnya, letakkan kepala anda, pasti anda dibuai mimpi indah)

5 : Penyangkut baju (ikat botol dibahagian tengah, gantungkan dimana saja sudut yg boleh digantung kemudian ambil baju dibahagian coler letakkan botol tersebut didalam baju)

6 : Pemberat penyidai pakaian (ikat tali yang panjang, letakkan botol di kanan kirinya, letakkan air supaya berat, botol diikat pada tali berkenaan)

7 : Bakul sampah (letakkan botol di empat bahagian berbentuk petak, masukkan air dalam botol sebagai pemberat, letakkan bag plastik sampah ditengah-tengah, ikat setiap penjuru dengan botol berkenaan)

8 : Meja (kumpulkan sebanyak mungkin botol yang telah diisi air, letak kotak diatasnya siap)

9 : Senjata (bila berlaku pergaduhan, meja-meja yang diperbuat dari botol akan diambil untuk dijadikan senjata, seperti bom air macam bom tangan, pedang botol, kayu botol, periuk air macam  periuk api dan lain-lain.)

10 : Sudu (dipotong seperti bentuk sudu, selalunya digunakan masa makan maggi)

11 : Penghalang kawasan (botol yang diisi air kemudian dikumpulkan 2 baris diikat dan diletakkan di kawasan yang telah dijajah, semakin banyak botol, banyaklah kawasan yang berjaya kita tawan)

12 : Gayung (potong separuh)


Botol yang sebagai border kawasan jajahan, (belah kiri) menjadi meja jualan, ditutupi selimut.

Botol tu malu, jadi terpaksa ambil gambar Rif, secara tak langsung mempaparazikan botol tersebut (botol berselindung disebalik kopiah S.Tashmidin, tapi x sempat)

   itulah sebahagian dari kegunaan botol yang boleh rif tulis, banyak lagi manfaatnya, mungkin Rif je yang tidak dapat mengorek bakat terpendam botol tersebut, jadi siapa yang terjumpa botol-botol tepi jalan, janganlah anda sisihkannya, hargailah dia ibarat keluarga yang tersayang, kalau rasa malas nak ambil "campak lombong" supaya boleh jadi pelampung, campak lombong trademark Rif minggu ni, hehehe, banyak rupanya rahsia Tuhan, kalau kita dapat mengkaji botol, sudah tentu lebih-lebih lagilah kita dapat mengkaji diri kita sendiri, makin banyaklah kita faham dan makin banyaklah kita bersyukur dengan Tuhan, kerana semuanya milik Tuhan.

yang kosong macam botol,
Rif blogger

   

6 ulasan:

  1. A.rif, sedutan kenangan trindah dlm tarhil ni..mmg cukup manis. Cuma klu nak tmbah lg rasa manis dia.. Tuulis la lg psl sistem dlm pnjara ni..ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮

    BalasPadam
  2. Lambtnye rif update blog.. Kmi mnunggu2 je ape post baru.. Dulu boleh je..sedih peminat2 ni.. Huhuhu..

    BalasPadam
  3. Then skng bisnes kt mekah n madinah macm mane?

    BalasPadam
  4. Kalau x masuk tarhill, tak perasan betapa banyak kegunaan botol ni. Manusia bila disusahkan, Tuhan jadikan mereka kreatif.. TK Rif

    BalasPadam
  5. Best la... Siap ada perang2 botol lagi dalam tarhil ni. Patut la Allah jadikan lelaki ni pemimpin... Otak depa 9kali lbh kreatif. Tapi kalau tak bertaqwa, 9kali lbh jahat le...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...