Isnin, 3 Jun 2013

Makkah Work : Gambar Kenangan Kerja Di Haramain.

Assalamualaikum,

Bismillah......


Rindunya pengalaman di haramain, susah nak dapat pengalaman yang menakjubkan macam di sana, makkah tetaplah di hati walaupun dah duduk Batu Hampar, Perak, (hehehe tapi masih di sekitar KL sebab banyak urusan yang tak boleh dielakkan) dah tinggalkan tanah air lama, banyak urusan dunia yang selama ini ditinggalkan, semua ini penting untuk memudahkan urusan dunia seperti lesen, passport, kereta dan lain-lain, semoga Tuhan mudahkan semuanya, tetapi biasalah urusan-urusan ini ada banyak juga ragam dan ujian-ujiannya, lagi-lagilah bila kita dah tertinggal lama, minta maaf S.Johan, Rif nak kongsi gambar-gambar kenangan kerja di Haramain, semoga bertambah rindu dan turut menambah rindu bagi mereka yang belum ke sana, ada 10 gambar, tengok je lah :-


Hehehe ni kerja awal, mengambil tahi unta, pembakar mazmumah terbaik, terutama gila pujian dan rasa diri best.



Ziarah Jabal Nur, joging dan bawa jemaah.


Shooting ke tempat-tempat penting untuk bahan TV, terutama tempat bersejarah, restoran dan lain-lain (tempat membuat nasi mandi).


mengangkat barang keperluan terutama barang katering.


Xpdc memantapkan roh, kerja yang sangat mencabar dari sudut perasaan, roh ditingkatkan, mazmumah ditekan, nafsu dikawal dan melihat kebesaran Allah.


Berasak-asak menuju Masjidil Haram dan laluan utama ke Hotel-hotel, membawa jemaah, tolak wheelchair dan lain-lain.


Menunaikan solat jumaat di Masjidil Haram, kerja utama ialah bekerja kerana Tuhan dan gaji mintalah dengan Tuhan.


Mencari hotel untuk jemaah umrah, selesa, kemas, makan dan minum selesai, biasanya yang dekat dengan Kaabah. gambar di Hotel menara jam, mewah dan 4 bintang.

Hotel termahal di sekitar tanah haram dan sangat dekat dengan Kaabah. 5 bintang, di Menara Jam.


Bersama jemaah umrah yang ingin pulang, angkat beg, beramah mesra dan tolong apa-apa yang patut, terutama soal jawap.


Katering memang perlukan tenaga yang ramai, Rif pun terlibat sama. kerja yang sangat perlukan disiplin yang tinggi, bangun awal pagi sehinggalah malam baru selesai dengan 3 kali makan untuk jemaah umrah.

   Itulah serba sedikit kerja yang Rif buat di haramain, banyak lagi, cerita bab kerja ini bukan nak seronok-seronok cerita tetapi nak kongsi pengalaman, buat apa pun di haramain semuanya rasa besar dan bermanfaat, lagi-lagilah kalau kita berjuang kerana Tuhan dan Rasulnya, memang Rif duduk sana niat nak promosikan Rasulullah, terutama gelanggang yang mudah ialah bersama jemaah umrah dari Malaysia melalui Chalet Al-wahah Nur Muhammad dan Katering Nur Muhammad, cukup dulu setakat ini, nanti ada masa Rif sembang lagi pasal kerja di Haramain. semoga semua terhibur dan bekerja kerana Tuhan.

yang kerja dan kuli.

Rif blogger.

6 ulasan:

  1. Hidup rif blogger

    BalasPadam
  2. Tu je....ckit no

    BalasPadam
  3. Kami minta cerita lengkap macamana berurusan dgn arab saudi yg dikatakan anjasulbashar fi aqdasilmakan

    BalasPadam
  4. Nanti siarkan gambar2 lagi ya

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah... seronk je bce, macm kat sana plk...

    BalasPadam
  6. Muda2an ada rezki Pegi sane ..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...