Bismillah...
Tuhan maha kaya, Dia mahu kayakan seseorang, Dia akan kayakan, kalau Dia mahu miskinkan sekelip mata Dia boleh miskinkan, inilah kuasa Tuhan, tidak ada satu pun terlepas dari pada kuasa-Nya. dua orang wanita yang berasal dari indonesia, bekerja sebagai pembantu rumah di Arab Saudi, kini mereka bergelar jutawan, macam mana boleh terjadi semua ini? semestinya kuasa Tuhan, cuma Tuhan mesti adakan sebab-sebabnya.
Tuhan ada kaedahnya, sebelum ini, 2 orang amah ini dibawa oleh majikan masing-masing ke Arab Saudi untuk bekerja tetapi akhirnya menjadikan mereka sebagai isteri, kemudian suami mereka meninggal dunia dan mereka mewarisi kekayaan jutaan ringgit dari suami mereka.
Salah seorang dari wanita tersebut yang tinggal di Riyadh menerima warisan berupa wang ringgit sebanyak 5 juta riyal bersamaan lebih kurang RM 4.4 juta, sementara seorang lagi, menerima lebih banyak kerana suaminya yang meninggal itu merupakan Bos syarikat besar di Saudi, sehingga dia menerima warisan sebanyak 20 juta riyal (RM 15 juta kot, agak2 Rif). pembayaran dilakukan segera, setelah pihak mahkamah memutuskan kepada ahli yang mewarisi harta dari suami masing-masing.
"kerana peraturan yang ketat dari syariah islam kerajaan saudi, 2 orang wanita yang berasal dari indonesia itu menerima bahagian yang telah diwariskan kepadanya" kata jurucakap kedutaan indonesia di Arab Saudi, Shabda Thian, seperti dikutip dari Arab News, khamis (7/3/2013.
TKI (Tenaga Kerja Indonesia)
Thian bercakap lagi tanpa henti-henti (Rif saje tambah), nasib 2 orang wanita tersebut berubah 180 darjah seperti didalam filem "slumdog Millionaire" dari kehidupan yang susah kepada kaya-raya, (apala Thian ni bercakap x ada sebut nama Tuhan langsung, sedangkan Tuhan yang lakukan semua ini)
sayang kepada Thian, sorry ye, janda-janda itu x kenal Thian dan Thian menolak untuk mengenalkan wanita tersebut, kerana privasi dan keselamatan, itulah orang kaya, menurut Thian lagi, banyak kisah lagi yang diceritakan oleh media massa setempat mengenai TKW (Tenaga Kerja Wanita) di Arab, tidak hanya sekitar penyiksaan dan perlecehan seksual.
Salah seorang wanita tersebut, pertama kali datang ke Arab Saudi 11 tahun dahulu untuk bekerja di rumah bos Syarikat Ali Ayami di Kota Taif, dia berkahwin dengan suaminya setelah 2 tahun bekerja di situ.
perkahwinan mereka tidak lama kerana suaminya meninggal dunia, suaminya meninggalkan beberapa ekar tanah dan bangunan apartmen di Taif, wanita tersebut memutuskan untuk terus menetap di Arab Saudi dan tidak mahu kembali ke Indonesia kerana ingin menyelesaikan segala harta yang diwariskan kepadanya. "dia telah menerima 20 juta riyal dan masih menunggu jumlah yang selebihnya sekitar 90 juta riyal (RM 70 juta, Rif belasah je nilai nye) apabila aset-aset suaminya dijual nanti" kata salah seorang sumber yang tidak mahu dikenali, (tapi Allah tahu).
Sementara janda yang kedua berumur 45 tahun, menerima warisan sebanyak 6.3 juta riyal setelah suaminya meninggal dunia beberapa bulan lepas. Janda tersebut awalnya bekerja sebagai tukang jahit kepada suaminya yang menjadi sponser kepadanya dia Arab Saudi. Suaminya itu merupakan pengusaha syarikat mainan budak-budak yang mempunyai beberapa kedai di Riyadh yang bernama "Al-Sogel Toys".
"Suaminya itu menghabiskan 10 tahun hidup bersama wanita itu sebelum meninggal dunia pada tahun 2010" kata Thian lagi.
R/p :- segala yang kita miliki hanya milik Tuhan, Tuhan suruh kita menjaganya, diwaktu kita susah, kita harap orang kaya menolong kita, tetapi bila kita kaya, adakah kita menolong orang yang susah? terutama menolong membangunkan Islam, seperti Saidina Abu Bakar, habis hartanya dikorbankan untuk Islam...
Allahuakbar!!!
BalasPadamWahai Tuhan kayekan aku utk wibawakan Islam
BalasPadamamin, tapi kena hati2, waktu saklabah minta dengan rasul supaya dia menjadi kaya, rasul suruh dia bersabar dengan kemiskinan, tetapi apabila saklabah meminta sampai 3 kali, nabi muhammad mendoakan dan makbul, saklabah pun menjadi kaya, tetapi bila dh kaya dia makin jauh dengan tuhan, last2 mati dlm keadaan tidak membayar zakat.
Padamandai gue kaya *kaya harta loh
BalasPadamBila sekolah dengan nabi, jauh benar penilaiannya dengan orang yang bersekolah dengan yahudi...tq Rif
BalasPadamsmua yg brlaku adlh kehendak Nya...dlm sekelip mata..brsyukurlah apa yg dimiliki..
BalasPadam