Selasa, 12 Mac 2013

Makkah Story : "cekodok ni mak kamu yang punya ke?" part 2



   Penduduk kampung "jangan biarkan mak penat" diam seribu bahasa, kata-kata yang keluar dari mulut ketua kampung Haji Seman ada benarnya juga, keadaan didalam dewan JKK itu senyap sunyi, setelah itu pandang-memandang pun berlaku sesama mereka, masing-masing mengharapkan ada seorang manusia yang muncul dan memberi idea yang terbaik, perasaan sayang mereka pada Pak Amm dan Cik Amm masih ada, banyak jasa yang dicurahkan kepada penduduk kampung "jangan biarkan mak penat" tidak terhitung banyaknya, diantara yang besar ialah menaik taraf hidup penduduk kampung, membela fakir miskin dan janda-janda, tetapi oleh kerana peristiwa itu, semuanya jadi terganggu, perniagaan jadi terbengkalai, penduduk susah nak cari rezeki, bantuan untuk fakir miskin, janda-janda tersekat, dan yang paling teruk, penduduk terpaksa mencari duit untuk perubatan masing-masing kerana sekiranya terdengar kentut itu, setelah pengsan 3 hari 3 malam, mereka akan terkena efek sampingannya, apabila mereka kentut atau terkentut, mereka akan mudah pengsan.


Haji Seman : Beginilah, oleh kerana tidak ada sesiapa yang berani mahu memberi cadangan, apa kata kalau kita keluarkan Pak Amm dan keluarga dari kampung ini, dia boleh mulakan hidup baru ditempat lain yang dia suka, itu sahaja jalan terbaik yang saya nampak, macam mana? semua setuju x?


   Penduduk kampung hanya berbisik-bisik, untuk memastikan dari kawan masing-masing, adakah ini jalan terbaik? atau ada kaedah lain?


Haji Seman : ok, siapa yang setuju angkat tangan?


   Nampaknya tidak ada pilihan lain, penduduk hanya menerimanya sahaja, boleh dikatakan hampir semua mengangkat tangan tanda setuju,


Haji Seman : oleh kerana kita sudah mempunyai keputusan, jadi siapakah pulak yang berani menghampiri rumah Pak Amm untuk menyampaikan keputusan penduduk kampung?


   "Saya" kata seorang pemuda misteri, mata penduduk kampung semuanya terarah kepada pemuda tersebut, "siapakah gerangan pemuda ini?" kata hati penduduk kampung, pemuda tersebut terus menuju kehadapan lalu memperkenalkan diri.




Pemuda Misteri : nama saya muhammad rifaah, boleh panggil saya faah, rif atau cik faah, saya blogger. (kenapa lak blogger boleh masuk dlm cerita ni? inilah akibat kerana x ada watak yg sesuai untuk pemuda tersebut, korang layan jelah cerita ni)

   Ramailah penduduk kampung menghampiri pemuda tersebut, walaupun x tahu apa itu "blogger", sebab x ada internet kat rumah dorang dan zaman itu internet x wujud lagi, mereka ingin memberi kata-kata semangat dan nasihat, sambil tu mengambil kesempatan melihat-lihat dari dekat kerana wajah blogger yang kelihatan agak lain dan moden, pakaian yang segak, bersongkok tinggi dan merendah diri (blogger ni dah lebih2 ni, org suruh cerita tentang mcm mana boleh wujudnya nama kampung "cekodok ni mak siapa yang punya?" dia cerita tentang dia pulak, sorry, hehehe).

   Setelah mendapat mandat dari ketua kampung dan penduduk, pemuda misteri tersebut membuat persiapan untuk menuju rumah Pak Amm, "kena sumbat telinga, jangan sampai terdengar bunyi kentut tu" kata-kata nasihat dari Haji Seman, "jangan lupa datang rumah mak cik lepas ni, mak cik nak perkenalkan anak dara mak cik kat kamu" kata Cik Puan Rahmah, (apa la cik ni, org sekejap je la dlm cerita ni), Pak Cik Husin pulak katanya "datangla rumah pak cik, time raya nanti" dan kata-kata terakhir yang Rif paling ingat ialah dari Pak Nasrul "bawalah badan kemana-mana, hati biarlah bersama Tuhan" kata-kata itu begitu menusuk ke hati Rif.

   Perjalanan ke rumah Pak Amm tidaklah susah sangat, sebab memang rumah itu terletak didalam kampung , cuma kawasan itu sedikit sunyi semenjak peristiwa anaknya Pak Amm, Maa kentut berbunyi "boom tekeboom boom buut".


Rif : assalamualaikum,................... assalamualaikum,.................... assalamualikum......................


   seorang lelaki telah membuka pintu, wajahnya tersenyum manis, seolah-olah bagaikan tidak ada masalah yang menimpanya.


Pak Amm : ini mesti tutup telinga dengan kapas, saya dah jawap salam banyak kali dh.

Rif : maaf, x perasan pulak. (sambil mengeluarkan kapas dari telinga).


   tiba-tiba "boom teke boom boom buuut" 


Rif : kenapa Pak Amm x pengsan?

Pak Amm : Pak Amm nak tanya kamu, kenapa pulak kamu x pengsan?

Rif : eh, betul juga, kenapa saya x pengsan. pelik ni.

Pak Amm : sebelum saya cerita lebih panjang, saya nak perkenalkan diri dulu. saya Pak Amm dan awak siapa?

Rif : saya blogger.

Pak Amm : blogger?

Rif : maaf, terbiasa perkenalkan diri mcm ni, saya muhammad rifaah, boleh panggil saya Rif blogger.

Pak Amm : jomlah naik atas rumah dulu, boleh saya hidangkan teh ais limau dan cekodok "love" yang dulu penduduk kampung gemari.

Rif : ye, ye,



kenapakah Pak Amm dan Rif tidak pengsan bila mendengar kentut itu? adakah Rif akan menjadi watak utama didalam cerita ini? apakah keputusan yg akan diambil oleh Rif apabila mendengar penjelasan dari Pak Amm? sanggupkah Rif memberi tahu Pak Amm keputusan penduduk kampung? ala bersambung lagilah.... hehehe......wassalam



7 ulasan:

  1. Kelakau la citer ni, bloger pun boleh campur tangan dalam kisah seram ni, xpelah, nanti kita sama-sama tunggu watak-watak lain di bloger jiran sebelah pulak dalam episod lain dalam "cerita cekodok sapa punya ni?"
    hehehe.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. blogger jiran berdebar2, adakah namanya akan disebut pada episod akan datang, kita tunggu sama2

      Padam
  2. Link part 1 takde pon letak. Nk pergi selongkar jap cari part 1.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saje x letak supaya org boleh selongkar blog ni, hehehe

      Padam
  3. teh ais limau satu... he3

    BalasPadam
  4. Aduih! Bersambung lagi..

    BalasPadam
  5. Harap watak saya pon wujud nanti ya...nak juga

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...