Rabu, 13 Februari 2013

Makkah Rescafe : Restoran Indonesia



   Assalamualaikum, bismillah, mari kita lupakan sengketa yang tidak pernah habis-habis diantara Malaysia dan Indonesia, korang tahu x? kenapa pergaduhan sering berlaku? sedangkan indonesia dan malaysia adalah satu rumpun dan yang paling penting, agama yang menjadi anutan kedua-dua negara adalah Islam, kenapa di atas nama agama Islam boleh bergaduh? diburukkan lagi dengan perlawanan bola sepak yang tidak pernah sudahnya, kenapa semua ini terjadi? emmm, yahudi tepuk tangan diatas semua ini, mereka merancang berbagai kaedah supaya umat islam tidak bersatu, diadakan perbatasan setiap negara-negara Islam dan diujudkan fahaman nasionalizem, jadi setiap negara mempertahankan kedaulatan negara masing-masing, kalau pun ada mempertahankan Islam, hanya sekadar nama, sebab kalau benarlah mereka semua mempertahankan Islam, Islam tidak akan seburuk seperti hari ini, Islam akan kuat, negara yahudi yang di keliling oleh negara-negara Islam, seperti tidak boleh buat apa-apa, hanya sekadar bantuan makanan dan perubatan yang boleh dibantu, atas perikemanusiaan, tapi apa-apa pun tahniah di ucapkan kepada mereka yang bersungguh-sungguh memberi bantuan, begitulah berlaku terhadap Malaysia dan Indonesia, fahaman Nasionalisme yg dipertahankan, kalau benar atas nama Agama Islam, sudah tentu tidak ada masalah perbatasan, Islam itu tidak ada sekatan perbatasan, Islam itu untuk semua, tidak untuk Malaysia sahaja atau tidak untuk Indonesia sahaja, Islam itu satu, kebenaran itu satu, tidak ada 2, 3 atau sebaliknya. uihh dh mcm kuliah, terima kasih sudi baca, jadi Rif disini ramailah kawan2 indonesia, tanah haram menyatukan kami, itulah bumi berkat, kalau dh rindu nak makan makanan Malaysia, pilihannya makan di Restoran Indonesia, sebab lebih kurang sama citarasa, tidak jauh beda, sedap pun sedap, enak bangat, ada beberapa gambar yg Rif nak kongsi :-


 Restoran Indonesia puncak bogor.



 Extra joss terus menambat hati rakyat indonesia di Saudi, susu soda? selamat datang.


 Ruang makan.


 Rif memilih lauk.


 "Goreng ikan-tahu-tempe" makanan kegemaran rakyat indonesia.


 Perhiasan yg cukup menarik.


 Makan berempat, bersama kawan2 yg makan sekali di matam laziz laish, sila ke catatan Restoran laziz laish, kalau ingin tahu.


 Ini yg paling sedap, daging manis, Rif ada keturunan kelantan sikit, tu yg melekat suka manis-manis tu.


 Sayur emm boleh la, sebab x suka makan.


 rangup, kalau makan dengan hidangan lain, memang sedap. x tahu nak panggil apa.


 Masakan kentang yg menyelerakan.


 Ayam goreng berempah. emm sedap.


 Sambal belacan, Rif x sentuh langsung, gastrik, x boleh makan pedas-pedas dan memang kurang minat.


 
 Penutup, air bandung dicampur dengan soda, teringat sampai sekarang.


Rif bersama pemilik restoran.

Balik kami beli cendol 2 bungkus, x sempat nak ambil gambar, pasal perut dh kenyang, x ingat sekeliling, alhamdulillah, Tuhan bagi lagi rezeki merasa makanan indonesia, dulu Rif pernah belajar 2 tahun di indonesia, seperti yg Rif ceritakan di "selamat tiba ke tanah suci".wassalam...

R/p :- buat apa gaduh2, lebih baik ambil manfaat mcm Rif ni, boleh makan makanan sedap2, klau bergaduh, ape pun x dpt, susah hati adelah.

7 ulasan:

  1. seronoknya dapat duk makkah ^^

    BalasPadam
  2. bila juma nak dtg sini buat umrah atau haji?

    BalasPadam
  3. Selalu tengok dalam gambar, pekerja2 lelaki belaka. Perempuan tak boleh kerja di kedai makan area makkah ya?

    BalasPadam
  4. kene convert bmp bagi kecik lg saiz pic. Pakai bold1 ke bawah langsung tak nampak ape :D

    BalasPadam
  5. ye betul, pekerja wanita, tidak dibenar, kecuali di tempat2 tertentu, seperti tempat jual minyak wangi, urusan haji, setakat ini itu yg Rif nampak, kalau minyak wangi itu pun, lelaki tidak boleh masuk, kecuali bawak isteri atau family yang ade perempuan. tentang gambar terima kasih, cadangannya, klau tukar saiz bmp gambar cantik x?

    BalasPadam
  6. Boleh saya tahu restaurant ni terletak di bahagian mana?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...