Jumaat, 22 Mac 2013

Makkah View : Tempat Miqot Taneem.

Assalamualaikum,

Bismillah.....


  Tuhan maha agung lagi maha bijak sana, perancangan Tuhan kita tidak boleh duga, setiap yang Tuhan kehendaki pasti berlaku, kita semua termasuk didalam percaturanTuhan.

   Rif jaga katering jemaah yang duduk di Hotel Abbas Gold, keseluruhan mereka semua lebih kurang 117 orang, diawalnya A.Rizal yang jaga hotel tu, tetapi oleh kerana jemaahnya ramai, perlukan bantuan sedikit, jadi blogger is coming, mcm superhero lak, mcm pembela org2 baik, "sufiman" ok, pas tu jaga mcm biasalah, sebelum subuh, lepas zohor dan lepas isyak, menyediakan makanan, duduk di kawasan matam tu, katering Rif lah satu2nya dari Malaysia, yang lain semua dari Indonesia, lebih kurang 5 katering, jadi ramailah kawan-kawan dari Indonesia, kadang-kadang Rif x berapa selera dengan katering yang Rif jaga, bukan x sedap, sedaplah sangat, tapi kalau dah setiap hari menghadap menu yang sama boring juga, sesekali nak ubah selera, sedap juga layan makanan Indonesia ni (org pernah belajar sana memang cakap cam tu). 

   Dah ramai kawan-kawan Indonesia tu, semua pulak jaga katering, apa lagi, minta la sikit, bukan habis pun jemaah Indonesia makan. cerita tentang kawan-kawan Indo ni, ada sorang tu namanya Mas Abbas (sama mcm nama hotel) kalau dia x jaga katering dia akan buat jualan, kalau masa lapang sikit dia tolak wheelchair orang yang nak buat umrah tapi x larat.

   so satu hari tu dia nak gi tolak orang (kami sebut kat sini tolak wheellchair tu, tolak orang), perlukan dua orang, dia memang ada kawannya yang boleh tolak juga, cuma kalau sorang dh tolak, sorang lagi kena tunggu jaga katering, jadi dia bagi dua tugas, sorang ambil bahagian tawaf dan sorang lagi bahagian saie, jadi duit bagi dua , yang sorang lagi tu, sebok suruh Rif tolak juga, Rif kata x mahu, dia pujuk rayu, ish ish ish dia ni kenapa? orang x mahu, jangan dipaksa, Rif bukan x nak tolak, nak je tolong jemaah, lagipun boleh dapat rezeki sikit, tapi memikirkan katering 3 kali sehari, emmm, kalau jaga katering x lah penat, tapi menolak orang tu penat, jadi bila bergabung dan memikirkan soal masa, banyak masa akan digunakan, waktu rehat akan terkorban, nanti nak masuk katering lagi.

   Rif gagahi juga kerana x sanggup nak tengok jemaah umrah x dapat tunaikan umrah, pagi tu kami bertolak ke Taneem, tempat Miqot terpaling dekat, hanya 7 KM, dari Masjidil Haram. rupa-rupanya Tuhan ada percaturannya, bila dah sampai sini, Rif boleh la ambil gambar, masuk blog, nak tunjukkan dekat korang semua, jom tengok :- 



 
Naik van, seorang 10 rial, pergi dan balik, Rif naik free pasal jemaah tolong bayarkan, waktu ni x lah tolak lagi, wheellchair dinaikkan atas van, yg didepan pemandu van, di atas Mas Abbas.


Inilah wajah-wajah jemaah yang ikut rombangan ke Taneem, yg selebihnya penat rehat kt hotel.


Dah sampai, ini gambar dari luar


Tempat parking van.


Jemaah berjalan menuju Masjid Saidatina Aisyah dari tempat parking.


Kawasan yang dijaga dengan kemas, banyak pokok-pokok yang menghiasi disekeliling Masjid Saidatina Aisyah.


Tempat minum air, 


Inilah dia Masjid Saidatina Aisyah yang berada di Taneem, tempat orang ramai Miqot atau tempat untuk berniat untuk menunaikan umrah.


,
Anda boleh melihat dengan jelas signboard Taneem yang berada di Masjid Saidatina Aisyah. dibawah ini sebahagian lagi gambar-gambar yang Rif ambil dibahagian dlm Masjid Saidatina Aisyah.








Macam mana puas hati x tengok? 


Dan yang terakhir, ialah taftihs atau border tanah haram dan tanah halal, diatas diadakan jejantas bagi memudahkan jemaah menyeberangi jalanraya.


   Setakat ni Rif berpuas hati sangat dengan penjagaan di sekeliling Masjid Saidatina Aisyah, bersih, kemas, pokok-pokok penyejuk mata, tempat minum yang bersih, masjid yg nyaman dan segalanya nampak ok. kalau semua tempat kerajaan Saudi jaga seperti ini, cantiklah ibu segala kampung ini. dah habis, semoga ada manfaatnya. jumpa lagi.. wassalam...

9 ulasan:

  1. Balasan
    1. alhamdulillah, saya doakan semoga dpt gi, :)

      Padam
    2. x puas sbb x dapat prgi sane. jadi doakanlah supaye ana dapat ke sane

      Padam
  2. Soaln rif: mcm mane puas ati x tgk?
    Jwpn: x puas ati..sb xdpt p..hehe..
    Cntik masjd ny.. Ni yg org dok panggil tanaim tu eh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang lah x puas hati, klau dh gi mesti puas, ye yg orang malaysia biasa panggil tanaim, semoga satu hari ninti sampai. amin

      Padam
  3. Nice pic with nice place and valueble history! Makkah in heart!

    BalasPadam
  4. BloggerRif nanti tolong tolak UsopWecha bila dia buat umrah ye...huhuhu...:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. terbaik, takut dia yg tolak Rif, hehehe, kita bako, kita bako

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...