Bismillah....
Suasana di sekitar Masjidil Haram terusla sebok dengan jutaan manusia, kebesaran Allah dapat dilihat dimana-mana, bukti yang sangat jelas bila kita dapat melihat dengan mata kepala kita sendiri, jadi dikesempatan ini Rif nak ajak kepada semua pembaca-pembaca blog ini, marilah kita sama-sama tanamkan di hati kita, tujuan utama kita hidup didunia ini adalah kerana Allah, jadi bumi Makkah ini menjadi cita-cita kita bersama untuk datang ke sini.
Rif nak tunjukkan dekat korang semua apa je yang ada disini, bila dah ramai manusia disini, ramai la yang mengambil kesempatan untuk berniaga disini, jadi tidak hairanlah berbagai kaedah diguna pakai untuk berniaga disini, jom, Rif ada beberapa gambar nak tunjuk kt korang semua, gambar orang jual barang atas pickup :-
Mengambil kesempatan selepas jemaah habis menunaikan solat.
Jemaah turut berminat melihat, kerana harga yg ditawarkan murah dari biasa.
Senang nak melihat, duduk diatas Pickup menjadi pilihan.
Barang-barang mainan yang berbagai pilihan.
Manisan dan kurma berbagai jenis turut dijual.
Tapi sayang, Rif lihat mereka hanya datang untuk berniaga, bukan datang ingin sembahyang di Masjidil Haram, sebab itu mereka hanya tunggu didalam Pickup, bila sembahyang sudah selesai mereka pun keluar dan mempromosikan barang masing-masing, bukan jaminan bila dekat dengan rumah Allah kita akan jadi manusia yang hampir dengan-Nya, tetapi kita makin lalai dan lalai sehingga jauh dari Tuhan, banyakkanlah merintih dan berdoa, supaya Tuhan sentiasa kekalkan perasaan kita kepada-Nya. wassalam.....
huuuu... belum pernah smapai lagi...
BalasPadaminshaa Allah akan sampai one day... :)
Benar. Kerana itu mereka tidak mendapat Allah dn rasul walaupun fizikalnya berada d tanah suci.
BalasPadam