Memaparkan catatan dengan label Makkah Vehicle. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makkah Vehicle. Papar semua catatan

Rabu, 13 Mac 2013

Makkah Item : Jual Atas Pickup.

Assalamualaikum,

Bismillah....


   Suasana di sekitar Masjidil Haram terusla sebok dengan jutaan manusia, kebesaran Allah dapat dilihat dimana-mana, bukti yang sangat jelas bila kita dapat melihat dengan mata kepala kita sendiri, jadi dikesempatan ini Rif nak ajak kepada semua pembaca-pembaca blog ini, marilah kita sama-sama tanamkan di hati kita, tujuan utama kita hidup didunia ini adalah kerana Allah, jadi bumi Makkah ini menjadi cita-cita kita bersama untuk datang ke sini.

   Rif nak tunjukkan dekat korang semua apa je yang ada disini, bila dah ramai manusia disini, ramai la yang mengambil kesempatan untuk berniaga disini, jadi tidak hairanlah berbagai kaedah diguna pakai untuk berniaga disini, jom, Rif ada beberapa gambar nak tunjuk kt korang semua, gambar orang jual barang atas pickup :- 


 Mengambil kesempatan selepas jemaah habis menunaikan solat.

Sabtu, 23 Februari 2013

Makkah Vehicle : Jentera Berat.



   Assalamualaikum, bismillah, hari tu Rif view sekeliling makkah, banyak perubahan yang kerajaan saudi buat, jadi bangunan-bangunan yang tidak mengikut plan, habis diruntuhkan, hari ni, Rif nak kongsikan bersama jentera berat yang bekerja berdekatan dengan hotel kami, jentera-jentera berat ini semuannya boleh tahan besarnya, semuanya terlibat untuk menaik taraf hotel-hotel disekeliling Masjidil Haram, jom la kita lihat dorang buat apa je, kalau Rif kena langgar ni, jawapnya keluar semua isi perut, ada 8 gambar ;-



Rif yg besar ni, kerdil dibuatnya.

Isnin, 18 Februari 2013

Makkah People : Rajin X Kena Tempat.



   Assalamualaikum, bismillah, Ramai manusia yang datang ke Makkah, selain ingin beribadah, ada juga yang ingin berkerja, kebanyakan kita akan berurusan dengan manusia yang datang ingin bekerja, oleh kerana berurusan dengan mereka, sudah tentu banyak ragamnya, lagilah mereka ini dari negara-negara yang berbeza. kalau anda datang kesini dan membuat urusan, anda akan tahu sendiri, betapa siksanya, 

   Manusia-manusia beginikah yang banyak di sekeliling tanah haram? sedangkan, kita mahu beribadah dan inginkan khusyuk, sudah tentu melalui proses yang tenang bukan serabut perasaan, biasanya, kalau di sekeliling kita serabut, kita pun jadi serabut, mudah-mudahan Rif kekal sebagi Rif, tidak menjadi Nepal yang tengah jaga katering.

  Dah la urusan memeningkan kepala, ada pulak mamat ni boleh buat hal di depan Hotel, tengah orang sebok-sebok nak mengangkat barang-barang jemaah ke dalam hotel, nak tahu dia buat apa ? :-


Agak-agaknya, mamat ni tengah buat ape ye?

Ahad, 10 Februari 2013

Makkah Vehicle : Kereta Comel?



   Assalamualaikum, bismillah, Bagi wanita, barang-barang peribadi sangatlah penting, terutama penjagaan wajah kulit dan anggota badan, dari hujung rambut hingga ke kuku, menjaga kebersihan katanya, "bagus". Itu memang sifat semula jadi wanita, mereka penyayang, bersih dan lemah lembut, (yang aslilah, ramai je yg kasar, terutama dgn suami) hehehe gurau, jgn ambil hati ye, kaum hawa, ramai juga yang solehah. tidak kurang juga, setelah penjagaan badan, penjagaan barang-barang lain amatlah penting, pakaian menutup aurat yg cantik, beg yg bersesuaian atau matching dengan pakaian yg dipakai, kasut yg berwarna-warni, mengikut selera dan bagi wanita yg bekerjaya atau mempunyai wang ringgit, kereta termasuk di dalam koleksi barang-barang peribadi yg amat penting, ramai wanita hari ini sudah pandai menjaga kereta, servis, hiasan dan warna, sebut tentang warna, ramai wanita suka pada warna merah jambu atau pink, betulkan? Kalau anda katakan salah, mungkin ade sedikit hormon kewanitaan anda sudah hilang atau di kebas janda mek semah anak 4 tu, hati-hati, adakah kaum hawa suka juga pada kereta pink milik rakyat saudi? Nak tahu suka atau tidak? saksikan di bawah ini :- 



Warna inikah menjadi kegilaan remaja perempuan Malaysia?


Jumaat, 25 Januari 2013

Makkah Vehicle: Mat Rempit Saudi




   Assalamualaikum, bismillah, salah satu masalah jalan raya di malaysia ialah samseng jalanan atau mat rempit, bukan sahaja mereka ini mengganggu jalan raya dengan aksi wilee, wikang dan lumba haram tetapi banyak kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kemalangan dan yang paling merbahaya ialah "ragut", kejadian ragut ini, bukan sahaja menyebabkan ramai wanita-wanita yang cedera parah, yang paling menyayat hati ialah kematian, gadis-gadis, makcik-makcik dan nenek-nenek, semuanya tidak terkecuali yang penting ada bag ditangan, tidak berhati perutnya mereka ini, sampai sanggup meragut wanita yang sedang hamil, banyak berita-berita yang kita baca, menyebabkan bayi yang didalam kandungan keguguran dan ibunya meninggal ditempat kejadian, manusia apabila tidak dididik dengan menanam cinta dan takutkan Tuhan, akan lahirlah berbagai gejala negatif didalam hidup, makin ramai cerdik pandai memikirkan jalan penyelesaian, makin banyak pula gejala negatif yang bertambah-tambah dan tidak ada jalan keluar dari masalah ini, janganlah kita berfikir main logik akal lagi, kembalilah pada Tuhan, Dialah tempat kita bergantung dan mengadu nasib, Dialah sumber segala penyelesai masalah kita.

    Di saudi sudah mula ada masalah yang sama, mat rempit, setakat ini yang Rif nampak dan diceritakan oleh orang Malaysia yang duduk di saudi, gangguan jalanraya dan ragut sudah mula terjadi, ada gambar dan video  yang Rif nak kongsikan:-


Beraninya mereka wilee didepan polis saudi


Khamis, 24 Januari 2013

Makkah Vehicle: Angkut Parabola




assalamualaikum, bismillah, kalau di malaysia, banyak masalah yang berlaku, pengguna kenderaan bila kereta kena tarik dengan bank atau jual beli kereta, pengurusan tukar nama hak milik kereta, selalu tidak dititik beratkan, bila beli kereta katanya "nantilah buat urusan JPJ, banyak masa lagi", al hasil sampai dah 3,4 tahun x sempat tukar nama, bagi pemilik lama, tetiba banyak surat yang dihantar ke rumah "banyaknye peminat aku dalam 3,4 tahun ni, nak kata tulis blog, x lah pulak? nak kata buat vlog x juga? nak kata anggota baru mawaddah, mawaddah dah x ambil anggota baru dah, pasal semua dah jadi makwadah" bila belek-belek surat, rupanya surat saman dari kereta lama yang telah dijual, x pasal-pasal, dapat pahala free, pertama tolong bayar saman, ke-2 dapat pahala sabar, malu rasanya Rif, ade kereta di Malaysia, dah lama dah beli, cari-cari, dapat kat mudah.com.my, murah, angkutlah x sampai rm5000, proton iswara, guna waktu kat malaysia, tub tub tetiba dh di haramain, tinggallah kereta tu suruh orang jaga, waktu di malaysia x nak uruskan tukar nama, sekarang dah menyusahkan orang yang jaga tu, tapi dia dapat kemudahan guna kereta, ahem ahem, macam bekap diri sendiri je, tapi dia boleh tolong tukar nama, x masalah lagi, tetapi yang menjadi masalahnya Aaaaaaaa rahsia, terpaksa rahsia, sebab takut orang ambil kesempatan, itu di malaysia, di saudi pulak, masalahnya memang banyak, sama ada menyusahkan diri atau orang sini menyusahkan kita, yang nak cerita tu, soal undang-undang yang perlu diringankan di beratkan, soal benda yang perlu diberatkan diringankan, macam di malaysia yang kita tahu, kereta dari negeri-negeri lain xlah menjadi masalah, sekiranya  kita bawa di KL atau di tempat lain, tetapi di saudi klau kita duduk di Makkah bawa kereta madinah, akan menjadi masalah, sebab polis tidak begitu senang dengan flat nomber madinah, begitulah di tempat lain, klau di malaysia, pengangkutan barang mestilah menggunakan kenderaan yang sesuai, kalau tidak, anda boleh dikenakan saman atau berlaku kejadian yang tidak diingini, di makkah...... anda saksikan sendiri, ade 2 gambar :-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...