Assalamualaikum, bismillah, hari tu Rif view sekeliling makkah, banyak perubahan yang kerajaan saudi buat, jadi bangunan-bangunan yang tidak mengikut plan, habis diruntuhkan, hari ni, Rif nak kongsikan bersama jentera berat yang bekerja berdekatan dengan hotel kami, jentera-jentera berat ini semuannya boleh tahan besarnya, semuanya terlibat untuk menaik taraf hotel-hotel disekeliling Masjidil Haram, jom la kita lihat dorang buat apa je, kalau Rif kena langgar ni, jawapnya keluar semua isi perut, ada 8 gambar ;-
Rif yg besar ni, kerdil dibuatnya.
Rif dah tanya nama dia, tapi lemahnya diri ini, selalu terlupa, bersama pemandu jentera.
Jenis beroda.
Kawasan yang ditarah akan disimbah oleh lori air, supaya tidak berdebu, lori air warna hijau.
Waktu ini mereka sedang rehat, jadi Rif ambil kesempatan bergambar.
Menara jam dibelakang, tanda berhampiran dengan kaabah, hotel yang Rif hias hari tu, dua dari kiri.
Lebih kurang 3 depa Rif.
Kembali sebok dengan tugasan masing-masing.
Tuhan bagi akal yang cerdik kepada manusia, manusia pun buat perubahan demi perubahan, dalam masa yang sama, akal yang sama juga, Tuhan suruh kita fikirkan perubahan sikap kita, kenal baik dan buruk, supaya kita boleh memilih dengan baik, tetapi manusia hari ini, hanya banyak membuat perubahan lahir, menara jam, gedung pencakar langit, pembesaran masjidil haram dan lain-lain, sampai terlupa mahu membuat perubahan diri, sebab itu, kemajuan lahir setinggi-tingginya, akhlak manusia, serendah-rendahnya, tetapi membangun kemajuan lahir tidaklah salah, yang salah, sikap manusia itu sendiri, marilah kita renungkan. wassalam.
Hanya tamadun lahiriah yg mmbangun begitu maju,tamadun rohaniah diabaikan,agak2 gembira ke nabi kita?
BalasPadam