Jumaat, 15 Mac 2013

Makkah People : Model Indonesia.

Assalamualaikum, 

Bismillah.....


   Alhamdulillah minggu ni Rif boleh relax sikit, jemaah umrah x berapa ramai, cuma ada class vip, duduk hotel 5 bintang, yg kena jaga katering tu, kena buat betul-betul, supaya nama baik syarikat dijaga, tapi bukanlah maksud yg x vip dilayan mcm tu je, tetapla kena buat terbaik, cuma bila dh sebut "vip" biasanya mereka sanggup bayar mahal untuk mendapat keselesaan, terutama mestilah tempat tinggal dan makan minum, supaya ibadah mereka serba sedikit tidak diganggu dengan berlakunya masalah-masalah tempat tinggl dan makan minum, mereka dapat keselesaan, boleh datang ke Masjidil Haram lebih kerap kerana kedudukan hotel yang sangat berhampiran dengan Masjidil Haram, ok, habis cerita bab vip.



 Siapakah diantara mereka model? 1,2,3 atau 4 (adakah Rif sendiri)


   Entah keberapa dah group jemaah yg Rif jaga? termasuklah group jemaah indonesia yg seramai 10 org ini? Rif pun x ingat dah, walaupun x lah ramai jumlah group, tapi jumlah jemaah yg dtg ramai jadi lupa group yg ke berapa? tapi x apa-apa yg penting mereka semua tersenyum dan x lapar bila Rif yg jaga, walapun x tahu hati mereka semua, secara lahirnya Rif seronok menjaga makan minum mereka semua dan Rif nampak mereka terharu dan ada yg mahu menitiskan air mata bila berpisah, ok,ok, supaya x lari tajuk, diantara jemaah yg Rif uruskan makan minum mereka, ada diantara mereka model majalah indonesia, nak tahu siapa? jom lihat dibawah:-





   No 3 adalah model majalah.


   Ramai dikalangan artis-artis yg dh mula dpt kesedaran terutama dari negara Malaysia dan Indonesia, Kaabah memanggil mereka sehingga hati mereka dipanggil-panggil untuk datang ke rumah Allah yg Maha Agung, begitulah yg berlaku pada Irvy Ristanty dan keluarg, bapaknya lagi enggak sihat, (ckp indonesia pulak) jadi gambarnya tidak ada, sedang rehat dibilik, mudah-mudahan kita doakan ramai lagi dikalangan artis yg berubah dan dtg ke Kaabah, lagi satu yg Rif harap sangat, apabila mereka semua balik dari tanah suci, mereka semua mampu untuk mengekalkan sifat-sifat mahmudah sewaktu mereka di tanah suci ,  begitu juga dengan jemaah-jemaah yg lain, jemaah dari Malaysia dan Indonesia "terbaik" wassalam....


*
No 1 : Neni Sumarti (kakak ipar)
No 2 : ibu (mak Irvy) 
No 3 : Irvy Ristanty
No 4 : lupa nama ( bekas pengarah drama yg sudah berhenti dan menjadi ketua rombongan)
No 5 : blogger yg sedang meningkat naik (x tahu nak letak nama samaran apa)

R/p :- minta maaf, Rif x bawa buku kecil untuk catat perkara-perkara penting dan nama, biasanya gambar yg menyebabkan Rif teringat, tapi tetapla tidak membantu keseluruhan. lemahnya manusia, bila dh ingat diri lemah pasti ada yg Maha Gagah, itulah Allah, Tuhan kita yg Maha Gagah. (bila ye Rif  nak rajin bawa buku kecil dan pen)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...