Khamis, 21 Mac 2013

Makkah Story : Cerita Panjang part 5.


   Mini market I LOVE UO,  tempat Jun bekerja disitu, terletak di hujung Taman Cahaya, Jun membangunkan tempat itu dengan usahanya sendiri, walaupun hanya mini market, tetapi tempat itu menjadi pilihan penduduk Taman Cahaya, tempat yang stratigi harga yang berpatutan, di pintu utama tertulis "rokok tidak dijual disini" dan dibawah tulisan itu tertera tulisan "waktu sembahyang kami tutup".

Zakwan : Jun, jun.

  Jun memikirkan sesuatu, dia x sedar Zakwan memanggilnya. tep tep tep, Zakwan memetik jari, ingin perhatian dari jun.

Zakwan : pelanggan mahukan barang.

Jun : wan, kamu nak apa?

Zakwan : dorang nak jumlah yg banyak, kita kena call hj Sakdun, suruh dia hantar barang lagi. dlm stor dah tinggal sikit.

Jun : apa je barang yg dah habis?

Zakwan : kicap, sos cili, sos tomato dan ada beberapa barang lagi, cuma....

Jun : teruskan!

Zakwan : cuma keuntungan x berapa banyak, kalau banyak dah tentu dapat naik gaji. hehehe.

Jun : jadi kenapa x oder lebih? ( tersenyum)

Zakwan : ok, saya oder lebih, tapi kalau dokter bedah call, jangan salahkan saya.




   Zakwan terus keluar dari pejabat itu, dia sangat faham dengan watak Jun, Jun seorang yang gigih, tetapi sering mengabaikan kesihatan dirinya, Jun lebih suka tumpu pada pekerjaannya, kadang-kadang sampai lupa untuk makan ubat, Zakwan adalah kawan jun yang paling rapat, waktu jun mula-mula membangunkan kedai itu, Zakwan banyak membantu, dalam pembinaan, kos wang ringgit, masukkan barang dan banyak lagi, pertemuan mereka sewaktu Zakwan masih muda lagi, perbezaan umur mereka sangat ketara, lebih kurang 10 tahun , menjadi Zakwan lebih banyak belajar dari Jun dan seorang yang taat dan menganggap jun seperti abangnya sendiri, selepas itu khalilah masuk ingin bertemu ayahnya. kebetulan Jun masih sibuk dengan akaunnya, khalilah datang dan terus mencium pipi ayahnya, Khalilah sangat manja dengan ayahnya, lebih dari ibunya. Khalilah memeluk ayahnya.


Khalilah : ayah, saya nak keluar dengan Eppie lalosca dan Nadia Durrah pukul 2 petang.

Jun : ingat! jangan balik lewat sangat, nak rehat awal, besok kita nak sambut harijadi adik kamu Adia Yusri

   Jun menatap muka Khalilah, lalu tersenyum,

Khalilah : kenapa ayah ni? pandang mcm tu?

Jun : anak ayah sorang ni dah boleh kawin.

Khalilah : ayah ni! orang masih mudalah, nak tumpu belajar.

Jun : betul ke nak tumpu belajar, ayah tengok kamu asyik mengadap facebook je.

Khalilah : facebook, facebook juga, pelajaran mana pernah miss, ayah tu yang nak kawin sangat, ayah jelah kawin, saya x nak lagi, umur baru 19, oklah ayah, nak pergi dulu. assalamualaikum.

Jun : ok, anak ayah, waalaikumsalam, jangan lupa ye, besok!!!!!


   Khalilah menatap wajah ayahnya, wajahnya kelihatan seperti mahu mengucapkan sesuatu, tetapi hanya perasaannya saja, Jun turut melihat wajah anak kesayangannya, dia tersenyum melihat gelagat anaknya. Khalilah terus keluar dari Mini Market I Love UO, menuju kereta kancilnya, dia masuk dan menutup pintu, satu tangan terus memegang bahunya, dia terkejut dan menjerit "aaaaahhhhhh", khalilah pandang kebelakang.
Khalilah : kamu ni ep terkejut akak di buatnya, macam mana boleh masuk dlm keta ni?

Eppie Lalosca : akak memang macam tu, dah tau kereta ni x automatik, kena rajinlah kunci belah belakang.

Khalilah : akak lupalah, kadang-kadang nak cepat, tak sempat nak fikir dah.

Eppie Lalosca : akak ni, kenalah berhati-hati kita ni kan perempuan, boleh jadi macam-macam, kalau ada orang lelaki yang masuk macam mana?

Khalilah : yelah, yelah, nanti akak cuba ingat selalu, jomlah kita pergi ambil Nadia!

Eppie Lalosca : jom, dah lama kita x keluar macam ni.


   Sementara itu di lorong yang sama, berhadapan dengan Mini Market I Love UO, sepasang mata sedang memerhati gelagat Khalilah dan Eppie, dari keluar mini market sehinggalah mereka pergi, terutama matanya banyak tertumpu pada Khalilah, Khalilah bukanlah nama asing di dalam Taman cahaya itu, wajahnya yang cantik, putih dan sopan santun, menyebabkan ramai lelaki yang mencuri-curi untuk melihatnya, tetapi wataknya yang tegas dan bersyariat, menyebabkan ramai lelaki hanya mampu gigit jari, pernah seorang pemuda memberanikan diri untuk mengoratnya, Khalilah dengan tegas berkata "kamu x malu ke jumpa saya, kita ni masih budak-budak, fardu ain pun x lepas, ada hati nak bercintan-cintun, syariat pun kamu abaikan, kalau benar ingin kawin dengan saya, tu pergi jumpa ayah saya, cakap saya nak meminang anak encik, buat apa jumpa saya, yang memutuskan jadi atau tidak ayah saya, lebih bersyariat kalau bercinta waktu dah kawin".

   Semenjak peristiwa itu heboh la satu Sekolah Menengah Taman Cahaya, yang Khalilah telah menolak cinta lelaki tersebut dan selepas itu tidak ada lagi lelaki yang berani menghampiri Khalilah, surat-surat cinta sahaja yang sampai kepadanya, tetapi dia membakar semua itu, ramailah pelajar lelaki yang kecewa, terutama yang jenis watak "playboy" dan perasan macho.


   Siapakah lelaki yang melihat Khalilah? kenapa Jun tidak berkawan rapat lagi dengan Syak? kemana pulak Ajwad? adakah dia mempunyai anak juga? Khalilah, Eppie Lalosca dan Nadia Durrah mahu kemana? semuanya menjadi soalan anda, nak tahu jawapannya tunggu part 6, bersambung lagi mcm biasa, hehehe............


R/p : bagi yg ketinggalan ini link-linknya :-

part 1 : http://makkahdihati.blogspot.com/2013/02/makkah-story-cerita-panjang.html
part 2 : http://makkahdihati.blogspot.com/2013/02/makkah-story-cerita-panjang-part-2.html
part 3 : http://makkahdihati.blogspot.com/2013/02/makkah-story-cerita-panjang-part-3.html
part 4 : http://makkahdihati.blogspot.com/2013/03/makkah-story-cerita-panjang-part-4.html

selamat membaca. wassalam......

5 ulasan:

  1. Wahh !ade nme bdak facebook ,, agak2nya smpai part ke bpe cter nie ,,

    BalasPadam
  2. Eppie lalosca seedapnye name....

    BalasPadam
  3. Mantappp abizzzz
    Ditunggu part selanjutnya...he3

    BalasPadam
  4. _
    . I ) terbaik! ( I
    / I I. \
    /__',_ ,'___\
    /( __ _)\ /(_ __ )\
    I ( __ _ )) ((__ __ )I
    I ( __ _) ) ( (_ __ _)I
    \(___ _)/ \(___ _)/
    \ :D /

    _/ \_.. Punye ... Ter0skn lg.....

    BalasPadam
  5. bile pulakla saye ni jd adk khalilah..tk tau la pulak ade ayah name jun...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...