Bismillah.......
Tanah haram bumi barokah, bumi bertuah dan bumi yg dijanjikan, tempat para rasul dan org-org soleh, segalanya disini penuh dengan 1001 perkara yang boleh wujudkan kebaikan, berusahalah kita untuk menjaga segalanya, supaya kita menjadi orang yang bertaqwa, segala kebaikan yang boleh di usahakan dengan berbagai kaedah, pertama mestilah menjaga hati, hubungan dengan Allah dan juga manusia mestilah diambil berat, tidak kira kita siapa, kita raja, perdana menteri, menteri, pembangkang, vip, pencadang, suri rumah dato', datin, cucu, anak buah, supir, artis, mekap artis, lelaki, perempuan, tua, muda dan semuanya, kalau hanya jaga hubungan dengan Allah tapi hubungan dengan manusia kita tidak peduli, kita sebenarnya gagal melaksanakan perintah Allah, menjaga hubungan dengan manusia sangatlah diperintahkan oleh Allah, jadi tidak timbullah ditanah haram hanya focus ibadah atau perhubungan dengan Allah semata-mata.
Semalam Rif baru tolong jemaah umrah yg sesat, kami ambil mak cik tu di hotel yg tidak ada kaitan pun dgn mak cik tu, nasib baiklah x hilang lama, lepas tu mak cik tu masuk kereta, kami hantar kt hotel yg sebenar di duduk, dlm perjalanan tu Rif tanya la makcik tu :-
Rif : macam mana boleh sesat cik?
Mak cik : tadi mak cik pergi sorg ke masjidil haram, pergi tu jumpa masjid, balik x jumpa hotel. acik lalu silap jalan.
Rif : kenapa mak cik pergi sorang2, mana yg lain?
Mak cik : dorang ada je di hotel tu, mak cik ajak yang lain tapi dorang semua x nak, dorang penat rasanye, jadi mak cik pergi sorang la.
Rif : mak cik, mak cik, lepas ni jgn pergi sorang2, bahaya, lagilah mak cik perempuan, mcm2 boleh jadi kt sini, mak cik nak pergi ibadah, tapi mak cik lupa yg mak cik jalan sorang tu dh kira langgar syariat, walaupun tujuannya baik, tapi kaedahnya x tepat x boleh mak cik, mak cik perempuan, perlukan teman atau muhrim, tapi x apalah, nasib baik x jadi bende2 yg bukan2 kt mak cik, risau kami, (bersama mutawwif ust syurahbil) yg berlalu tu ok lah, disini semuanya boleh kita ambil sebagai pengajaran.
Rif ni, org hilang tengah susah hati, dia pergi syarah pulak kt mak cik tu, rasa bersalah la juga, cuma kena bagi peringatan, sebab ramai jemaah sambil lewa saje bab kecil2 ni, x serius, klau jadi perkara yg boleh memudaratkan, lagi la haram klau kita pergi begitu saja, jadi nasihat itu perlu. untuk pengajaran dan peringatan.
Cerita bab jemaah hilang ni bukan sekali dua, banyak berlaku, yg x biasa dtg, yg biasa dtg, ada je yg sesat, jadi ada satu cerita yg menarik Rif nak kongsikan pada pembaca semua.
Peristiwa ini berlaku lebih kurang seminggu yang lalu, seorang jemaah yang berasal dari malaysia, umurnya lingkungan 40an, hasyim (bukan nama sebenar) datang ke Makkah untuk menunaikan umrah, seperti biasa, hasyim mengikuti jemaah-jemaah yang lain, bila sampai ke jeddah, mereka semua mengikuti proses seperti biasa, begitu juga hasyim, turun kapal terbang, mengisi borang, cop passport, menaiki bas, sehinggalah menuju kawasan tanah dan cek inn di hotel, selesai semuanya, jemaah umrah akan terus pergi ke Masjidil haram untuk menunaikan umrah, biasanya semua diuruskan oleh Mutawwif, dari mula sehinggalah jemaah akan kembali ke hotel untuk rehat.
Sebelum menunaikan ibadah umrah, Mutawwif akan memberi penerangan, bagaimana mahu membuat umrah yang memenuhi semuanya, sah batalnya dijaga betul-betul, selesai penerangan, Mutawwif memberi tahu semua jemaah supaya mengikuti dibelakangnya, menunaikan umrah hingga selesai, supaya kejadian jemaah sesat tidak berlaku, tiba-tiba Hasyim bersuara, " saya x perlu ikut Mutawwif" "saya dah buat umrah ni dah 3 kali". mendengar Hasyim bersuara seperti itu, Mutawwif hanya mendiamkan diri dan terus membawa jemaah yang lain menuju Kaabah.
Hasyim membawa diri entah kemana, jemaah lain terus taat sehinggalah selesai umrah mereka, jemaah balik ke hotel dan berehat, selang beberapa jam kemudian, terdengar dari jemaah yang mengatakan Hasyim tidak balik lagi, perasaan jemaah lain mula risau, Mutawwif bergegah ke Masjidil Haram untuk mencari Hasyim, biasanya jemaah akan balik terus ke hotel, kerana penat mengerjakan umrah, tidak la mahu membeli-belah atau membuat kerja-kerja lain, jemaah tunggu kepulangan Mutawwif membawa khabar gembira, tetapi apabila Mutawwif balik ke hotel, katanya tidak jumpa hasyim.
24 jam sudah berlalu, Hasyim masih tidak muncul lagi, Mutawwif sudah buat berbagai kaedah untuk mencari Hasyim, semuanya gagal, semuanya hanya mampu berdoa, semoga Allah mempertemukan Hasyim dengan segera, bagaimana makan dan minum? rehat dan tidur dimana? Mutawwif mestilah risau, kerana segala tanggungjawap dipikul bagaikan tidak sungguh-sungguh, sedangkan dia sudah buat yang terbaik untuk jemaah.
Hari kedua semua orang digemparkan dengan kemunculan Hasyim di depan pintu hotel dalam keadaan tidak bermaya dan tidak terurus, semua menyambut kepulangan Hasyim dengan gembira, Hasyim terus menuju bilik dan berehat.
Besok harinya Hasyim terus berjumpa Mutawwif, meminta maaf dan menceritakan segala yang dia alami, "saya dah buat dah umrah semua selesai" "bila balik tu, saya jalanlah kearah hotel kita, tapi sesat, x jumpa2, cari ikut jalan ni x jumpa, cari ikut jalan tu x jumpa, habis saya cari, saya pun penat, rehatlah sekejap, lepas tu timbul idea nak gunakan taksi, bagi alamat yang telah diberikan, teksi tu bawalah saya di depan hotel yang berkenaan, tapi saya cakap dengan orang taksi tu, mana hotel? dia kata disini, gunakan bahasa campur2 lah sebab bukan reti bahasa arab, saya kata mana ada? dia tetap kata disini, saya turun, manalah tahu betul cakap dia disekitar sini, cari2 jumpa lah kot? dalam fikiran saya, tapi ust, saya cari di sekitar sini x jumpa juga hotel, dah x ada pilihan, saya tidur je bawah jembatan depan hotel ni, masuk je hari kedua saya duduk bawah jembatan tu, saya bangun terus nampak hotel ni, eh saya pelik, sebelum ni saya lalu je kawasan ni, kenapa x nampak hotel?"
Itulah dia, apabila kita tidak menjaga hati kita dan sombong dengan manusia, sudah tentu sombong dengan Allah kerana kita mahu masuk kedalam rumah Allah, sudah tentu Tuhan tidak menerima hati manusia begini, ambillah pengajaran secukupnya, bagi yang kena, blogger dan pembaca, semua kena mengambil iktimar dari cerita di atas, Allah itu Maha Pengampun, tetapi kemurkaannya amatlah dasyat terhadap mereka-mereka yang tidak mahu mengambil pelajaran
Smoga mjadi iktibar bt kita smua.....
BalasPadam#terima ksih ats pkogsian#
MasyaAllah...:'(
BalasPadamSebab tu dinamakan tanah haram,kerana setiap apa y kita lakukan maksudnya benda y tak baik Allah pasti memberi teguran ketika itu juga.
BalasPadamBanyak iktibar dan pengajaran yang kita semua boleh dapat di mekkah, semuanya adalah kebesaran dan keagunganNya......
BalasPadamTerima ksih,moga tanah haram disucikan lahir dan batinnya
BalasPadamAmpunkan km Tuhan..
BalasPadamAssalam...BloGgerRif, saya cadangkan bloGger gunakan bahasa melayu tinggi. Maksudnya yang mudah Google nak terjemah. InsyaAllah, nanti bolehlah orang di Amerika dan Eropah faham cerita dalam blog ini. Encik Google selalu pening mahu menterjemah bahasa bangsa lain... Kuang38x
BalasPadamPengajaran buat kita semua..
BalasPadam