Jumaat, 1 Mac 2013

Makkah Story : "cekodok ni mak kamu yang punya ke?"



   Sebelum terciptanya sebuah nama kampung "cekodok ni mak kamu yang punya ke?", kawasan itu hanyalah sebuah hutan belantara yang penghuninya adalah binatang buas. Harimau, babi hutan, ular sawa, buaya, naga, (eh mcm x kena je naga tu, time ni mana ada orang cina lagi) dan banyak lagi, memang kawasan itu belum diterokai oleh sesiapa.

   Tersebutlah kisah, sepasang suami dan isteri yang bernama Pak Amm dan Cik Amm, kehidupan mereka berdua sangatlah bahagia, mereka tinggal di kampung "jangan biarkan mak penat", dengan mengusahakan berbagai jenis cekodok, Pak Amm dan Cik Amm sangatlah berjaya mengusahakan prodak cekodok mereka, sehingga cekodok mereka dapat tempahan dari beberapa buah kampung yang lain, cekodok yang paling banyak menerima tempahan di kenali sebagai cekodok tari-menari, ke-2 cekodok love dan banyak lagi cekodok-cekodok yang mendapat tempat dihati peminat-peminat, ada yang siap minta tanda tangan di kotak bungkusan, punyalah terkenal cekodok Pak Amm dan Cik Amm, sehingga menjadi kegemaran Sultan waktu itu.

   Satu hari, Pak Amm didatangi oleh Cik Amm, bersembanglah mereka berdua.

Cik Amm : abang oh abang.

Pak Amm : ish anje ni, abang dekat sebelah cekodok ni pun anje x nampak.

Cik Amm : manalah nampak? cekodok ni dh la paling besar kt dunia. (sambil memegang tugu cekodok yang mereka bina utk memudahkan pelanggan mengenali perusahaan mereka), klau gajah main nyorok-nyorok kt situ pun x nampak.

Pak Amm : pandai ye anje buat kelakar, tapi kenapa abang x gelak. hehehe, tergelak pulak.

Cik Amm : ish abang ni, saje je nak usik anje.

Pak Amm : anje, anje, xkanlah abang nak gi usik jande mude yg tengah meletup di bahagian uli tu? cukupla usik yang halal, anje la orangnya. nanti klau jande tu dh abang halalkan, abang usik-mengusik la korang berdua hehehe.

Cik Amm : terpulang abanglah, janji kena kawin dulu. (Cik Amm sudah kenal sangat perangai suaminya yang suka bergurau, dalam masa yang sama suaminya seorang yang tegas) anje nak bagi tahu abang ni, yang anje dah berbadan dua.



  Mendengar berita yang sangat menggembirakan hatinya itu, Pak Amm telah menghiburkan pelanggan-pelanggannya dengan memberikan cekodok secara percuma pada hari itu dan Pak Amm tidak mahu dia dan pelanggan-pelanggannya terlalu gembira sehingga lalai, dia dan Cik Amm telah menyanyikan lagu hari kiamat dan lagu kematian secara berduet, maka suasana pun kembali tenang dan sayu.

   Di pendekkan cerita, lahirlah anak mereka itu dan diberi nama MAA (mcm nama syarikat insuran pulak, itu nama singkatlh, nama betul, Muhammad Abu Aliah) Maa sangatlah istimewa bagi keluarga itu, dijaga dan diasuh bagaikan "menatang minyak yang penuh", mungkin kerana anak pertama, setelah seminggu, Pak Amm  ingin sekali membawa anaknya keluar berjalan-jalan di sekitar kampung "jangan biarkan mak penat", pertama dia membawa anak itu ke tempat membuat cekodok, ramailah pekerja-pekerja disitu ingin melihat Maa, berkerumunlah mereka disekeliling Pak Amm, "comelnye" "putihnye kulit dia" keluarlah suara keriangan dari mulut pekerja disitu, tiba-tiba, "boom te keboom boom buut" (bunyikan dengan menarik didalam hati anda) bunyi yang pelik telah keluar dari anaknya, rupa-rupanya anak Pak Amm telah kentut dan menyebabkan Pak Amm dan pekerja-pekerjanya pengsan selama 3 hari, 3 malam.

  Heboh la cerita di seluruh kampung, yang mengatakan Pak Amm telah mencederekan pekerja-pekerjanya,  bukan sekali, tapi banyak kali, kerana Maa sering kentut, siapa sahaja yang terdengar kentut Maa yang kuat itu, pasti akan pengsan selama 3 hari 3 malam, maka ketua kampung telah membuat satu pertemuan tergempar dengan penduduk, membincangkan tentang Pak Amm, isteri dan anaknya.

Ketua Kampung : assalamualaikum, beginilah, saya x nak perpanjangkan kata, kita dah tahu, semenjak kebelakangan ini kita sering diserang dengan bom pengsan oleh keluarga Pak Amm, jadi saya nak semua penduduk kampung memberi pendapat, apa yang perlu kita lakukan kepada keluarga Pak Amm.

Usop Whelchair : kita bako, kita bako, kita bako dia punya tempat cekodok!!!!!

Ketua Kampung : ish kamu ni usop, x habis-habis "kita bako" cukup la dengan kak limah punya rumah kita nak bako, ini pun kita nak bako jugak ke? Pak Amm bukan bunuh orang, dia cuma menyusahkan penduduk disini saje.


Apakah yang berlaku kepada Pak Amm dan keluarga? nantikan part 2, hanya di makkahdihati. bersambung...............

   

15 ulasan:

  1. hahahaha lawak ja sampai pengsan 3 hari. tak sabar baca part 2 ^^

    BalasPadam
  2. Mari slmtkan janda! Н̣̣̣̝̇̇̇є̲̣̣̣̥"̮н̲̣̣̣̥є̲̣̥ "̮ :D "̮ н̣̣̣̝̇̇̇є̲̣̣̣̥"̮н̲̣̣̣̥є̲̣̥.,

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. renyahnye tu pasal bersambung ke? hehehe sabar ye...

      Padam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. dahsyatnye cerita2 kat blog ni..

    BalasPadam
  6. Sekadar hiburan ringan, apa yg dasyatnye khalilah?

    BalasPadam
  7. Rif,Kisah ckodok smpy part bpe?riang ria cekodok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. x tahulah, mungkin panjang kot, ikuti je, insyallah menarik

      Padam
  8. .....nama2 kampung,jalan cerita,n lawaknye dahsyat "kot"....terhibur la jugak..teruskan..mzb

    BalasPadam
  9. Kita bako, kita bako.....hehe, lucu dan pelik kisah mistik ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe, mistik sungguh, blogger pun sampai terpinga2

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...