Assalamualaikum, Bismillah, Ketibaan jemaah yang pertama? bukan, jemaah yang Rif uruskan kateringlah, Rif sebelum ni, x pernah lagi jaga katering di makkah, sebelum ni jaga unta, menjaga unta senang, sebab tidak melibatkan perasaan unta, paling tidak, jaga makan minum, jaga jemaah pun melibatkan makan dan minum, tetapi ada perbezaan disini, manusia mempunyai perasaan dan hati, jadi kena jaga bersungguh-sungguh, kalau hati telah disakiti, buat baik pun dh tak guna lagi, sebab itu, darjat nabi dengan rasul sangat-sangatlah berbeza, nabi tidak wajib menyampaikan tetapi rasul wajib menyampaikan kebenaran kepada umat manusia, sebab itu, susahnya menjaga manusia, mendidik manusia ini, mestilah berwatak rasul, Rif x lah sampai setaraf itu, sebab Rif hanya menjaga makan dan minum sahaja, bukan mendidik manusia, tetapi akhlak tetap menjadi keutamaan, kalau buat dari hati akan jatuh ke hati, kalau buat sekadar kerja semata-mata, orang akan merasa biasa-biasa sahaja. waktu jaga tu, x sempatlah Rif nak ambil gambar, nanti orang kata apa pulak, dia ni, nak jaga katering atau nak jadi kameraman? dibawah ini beberapa wajah dari jemaah pertama :-
Gambar-gambar ni, penerangan mengerjakan tawaf widaq.
Selalunya dorang makan disini
Ust syurabil sedang memberi taklimat.
Tengah menunggu bas, sebelum bertolak ke lapangan kapal terbang.
Macam ayah dan anak, tetapi dari keluarga yg berbeza.
Inilah wajah-wajah jemaah pertama, rasanya ada yg tertinggal, bagi yg x ada tu, mohon ampun dan maaf.
Tajuk ni simple je, tapi oleh kerana x berapa sihat, Rif menyiapkan terpaling lama, tengah menulis, pening, tengah menulis, sakit perut, memikirkan korang semua, Rif gagahi juga.
Walaupun Rif x lah melayan dengan sempurna, jemaah masih tetap mampu tersenyum, Rif rindukan mereka semua, dh rasa mcm keluarga, kena tegur, sembang-sembang, bagi ilmu, gelak ketawa, dapat banyak ayah, banyak mak, banyak abg, banyak kakak, dan banyak adik, seronok betul, teringat sampai sekarang, semoga berjumpa lagi di tahun hadapan, panjang umur, murah rezeki, makkahdihati. wassalam.
terima kasih... pjg umo kite jmpa lg... insyaALLAH.. =)
BalasPadamMenjaga tetamu Allah di rumahnya semoga abg rif dimudahkan
BalasPadam