Jumaat, 22 Februari 2013

Makkah Story : Cerita Panjang Part 3.



Pak Mus : maksud kamu?

Pak Mat : siapa yang membawa syak?

Jun : orang tu, ada gari dipinggang, polis kot?

Pak Mat : kamu yakin dia polis?

Pak Mus : lelaki tu ada tunjuk identiti polis x?

Jun : x.

Pak Mus : dia pakai baju seragam polis?

Jun : tapi saya rasa dia polis.

Ajwad : dia membawa syak.

Pak Mat : korang buat ape je? sampai dia ambil syak?

Ajwad : kami menulis nama kami di simen yang belum kering.

Pak Mat : korang menulis nama disimen? itu saja dan dia mengambil syak?

Pak Mus : ada sesuatu yang tidak kena. x masuk akal, x kanlah menulis disimen kena tahan?

Jun : kenapa Pak Mus? ada apa2 yang tidak kena ke?...........




   Syak tidak dapat melihat apa-apa, dia dikurung disatu tempat yang dia tidak kenali, yang dia ingat, ialah rumah yang sudah lama di tinggalkan dan dia dikurung, di ruang bawah tanah, dia cuba mencari cahaya tetapi gagal, tap, tap, tap, bunyi seakan-akan tapak kasut yang sedang menuruni anak tangga, tiba-tiba matanya silau, cahaya yang melalui celah-celah pintu itu, tepat kearah matanya, matanya berkelip-kelip, dia cuba untuk melihat, tetapi samar-samar, kelihatan seorang lelaki tepat dihadapanya, wajahnya tidak kelihatan.


Syak : saya mohon tuan, lepaskan saya, lepaskan saya, lepaskan saya!!!

Lelaki : heh hehe he, kamu ingat, senang-senang je nak lepaskan kamu? saya dapat apa, kalau lepaskan kamu?

Syak : saya mana ada apa-apa tuan, keluarga saya pun bukan kaya.

Lelaki : kamu ingat, saya mahu sangat duit kamu? saya dh tahu kamu memang x ada duit, mak kamu pun x kaya.

Syak : habis, tuan nak apa dari saya?

Lelaki : kamu nak tahu? kamu nak tahu? kalau saya bagi tahu, bodoh la saya.


   Syak terpinga-pinga, dia tidak tahu sebenarnya, apa yang dimahukan lelaki tersebut terhadap dirinya, dia memang dari keluarga susah, maknya hanya makan duit pencen ayahnya, ayahnya pernah satu ketika dahulu bekerja sebagai askar dan meninggal dunia sewaktu bertugas di bosnia heszegovina, dia pelik, kalau orang ini menculik Ajwad atau Jun, sudah tentu berbaloi, kerana serba sedikit mereka dari keluarga yang mempunyai duit, mungkin orang ini mahu mengambil organ-organ di dalam badan aku dan memilih budak-budak yang tidak dipedulikan oleh masyarakat seperti aku, kalau aku yang diculik, tidak ada sesiapa yang perasan, 

   Dalam masa yang sama, dia terus berfikir, bagai mana dia mahu keluar dari tempat ini, jangan sampai lelaki-lelaki tersebut tahu dan perasan.


Dapatkah Syak melarikan diri dari lelaki-lelaki tersebut? nak tahu, teruskan bersama blog makkahdihati.blogspot.com 



2 ulasan:

  1. Balasan
    1. Cerita panjang part 4 kena cari catatan di bulan mac, insyallah jumpa.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...