Rabu, 13 Februari 2013

Makkah Story : Cerita Panjang Part 2



 "Cepat kesini" kata lelaki itu lagi, mereka ketakutan dan menurut sahaja apa yang dimahukan lelaki tersebut.

Lelaki : kamu rasa macam mana? elok x rosakkan harta benda awam?

sambil melihat kearah Syak.

Syak : x elok tuan.

Lelaki : kamu?

Ajwad : sama tuan.

Lelaki : kamu pulak?

Jun : x elok.

Lelaki : apa!!! saya x dengar! x elok, apa?

lelaki itu tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh jun, jun tidak menghormatinya kerana tidak memanggil dia "tuan". dalam waktu yang sama, rakan lelaki itu sentiasa memerhati mereka didalam kereta.



Jun : x elok tuan.

Lelaki : kau ketua dalam kumpulan ini, hah?

jun hanya mengangguk.

Lelaki : ini kumpulan apa? kumpulan budak-budak nakal?

mereka hanya diam membisu,

Lelaki : korang semua tinggal dikawasan ni?

Ajwad : saya tinggal di taman belakang.

Lelaki : kamu?

Jun : saya di taman depan.

Lelaki : kamu pulak?

Syak : saya tinggal di taman cahaya.

Lelaki : kamu tinggal dengan ibu kamu?

Syak : ye.

Lelaki : saya akan bercakap dengan ibu kamu, apa yg telah kamu lakukan.

lelaki itu pergi ke keretanya dan membuka pintu.

Lelaki : masuk!

sambil melihat kearah Syak, Syak ragu dan melihat kawan-kawannya.

Lelaki : cepat masuk kereta, bodoh!

Syak yang dalam ketakutan terus menuju kearah lelaki tersebut, dia melihat ke dalam kereta itu, penuh dengan sampah dan tidak kemas. Jun dan Ajwad memberanikan diri melihat kereta itu dari jarak yang dekat sedikit, mereka dapat melihat perkara yang sama. Syak teragak-agak untuk masuk kedalam kereta, lelaki itu dengan kasar telah memegang baju Syak dibahagian belakang dan menolak Syak ke dalam kereta, "masuk" kata lelaki itu sambil menutup pintu.

Lelaki :  kamu berdua, cakap dengan ayah dan ibu, apa yang telah kamu lakukan pada hari ini, kalau saya yang beritahu, lagi teruk kamu kena.

sementara itu, Syak di dalam kereta menggeletar ketakutan, rakan lelaki itu menoleh kearahnya dan mengukirkan senyuman jahat dan tangannya memegang bahagian kerusi kereta dengan jarinya terdapat sebentuk cincin yang berlambangkan ular.

Lelaki : jangan sampai saya melihat lagi kamu semua merosakkan jalan dikawasan saya ini, ingat!

lelaki itu menggertak, dia masuk ke dalam kereta dan memandu kereta, Syak melihat kawan-kawannya dibelakang, Jun dan Ajwad melihat Syak sehingga kereta itu membelok ke arah lain. bersambung.......

apakah yang akan berlaku kepada Syak? nak tahu? teruskan bersama http://makkahdihati.blogspot.com 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...