Sabtu, 9 Februari 2013

Makkah Story : Cerita Panjang part 1



   Suasana pagi yang indah di kawasan perumahan pangsa taman indah, kelihatan dua orang lama sedang bersembang di kaki lima, memecahkan keheningan di pagi itu, 

Pak Mat : jam berapa sekarang?

Pak Mus : pukul 7:30,

Pak Mat : tengok x malam ni?

Pak Mus : mestilah tengok, mana pernah miss, perlawanan penting tu, aku harap Ronaldo ade score paling tidak sebijik.

Pak Mat : aku tengok man u sekarang maintain berbanding real madrid, tapi x tahulah, dorang dah lama x jumpa dekat 10 tahun.

Pak Mus : betul, yang menentukan nanti ialah Allah, kita tengoklah malam ni, keputusannya....


   Sementara itu 3 orang budak sedang bermain bola dijalanraya, Jun, Syak dan Ajwad, mereka sangat rapat satu sama lain, oleh kerana jalan di kawasan taman indah itu tidak sebuk, permainan mereka tidak terganggu, Jun menjadi goalkeeper, Syak dan Ajwad bertarung sesama sendiri untuk mencetak gol kearah gawang, ajwad telah menguasai bola, lalu dengan skill yang tinggi, dia telah menggelecek syak dan melakukan tendangan tipu helah untuk mengelirukan jun, tetapi nasib tidak menyebelahi Ajwad, Jun dapat membaca tendangan itu, lalu dikuis pakai kaki, mengakibat bola melambung jauh keluar dari kawasan jalan dan menuju ke longkang besar, tergamam melihat semua itu, bola sudah pun masuk ke dalam longkang dan dihanyutkan oleh air, mereka mampu melihatnya saje tanpa melakukan apa-apa, hilanglah bola itu dari pandangan mata mereka, 



Jun : minta maaf, x sangka bola tu boleh pergi sejauh tu.

Ajwad : tak apa, aku pun silap tendang terlalu kuat.

Syak : ish korang ni, dah berapa biji dh masuk longkang, bengang betul.


suasana sedikit tenang, kerana apabila berlaku begini mereka jadi termenung, Jun mula berbicara.

Jun : korang tahu x, apa yang paling best nak buat sekarang?

Syak dan Ajwad : buat apa?

Jun : naik motor.

Ajwad : nak naik motor siapa?

Syak : aku x berani, bapak aku tahu, mampus.

Jun : motor ayah akulah, dia biasanya tinggalkan kunci di belakang pintu je, alah, kita sekeliling taman ni je.

jun mengajak kawan-kawannya secara ajak-ajak ayam, Jun bangun dan melintasi jalan, menuju kawasan yang ditanda "kerja-kerja sedang diselenggarakan"

Jun : jom kita tulis nama di simen ni!

Jun menunjuk kearah simen yang belum kering hasil dari pekerja binaan. "jun" itulah perkataan yang ditulis oleh Jun, tangannya memberikan ranting kayu kepada Ajwad dan Ajwad pun menulis namanya, terus disambung oleh Syak, "sy" baru menulis 2 huruf.. vvvvrrrrroooommmmmm tiba-tiba sebuah kereta lama berhenti di tepi mereka, keluarlah seorang lelaki dengan berpakaian hitam, menyelak jaketnya menampakkan sebuah gari tangan besi, seolah-olah memperkenalkan diri sebagai polis. mereka bertiga terpaku dan ketakutan, lalu lelaki tersebut bersuara.

Lelaki : hei, budak-budak, korang ingat, sesuka hati boleh merosakkan harta benda awam? kemari! kemari!

apakah yang akan terjadi kepada syak, jun dan ajwad? .....bersambung....... nantikan di blog makkahdihati.blogspot.com. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...