Ahad, 24 Mac 2013

Makkah News : Banjir Di Dalam Hotel.

Assalamualaikum,

bismillah....


   Catatan ni sebenarnya sambungan dari  Makkah People : Jemaah Pertama ni link dia, http://makkahdihati.blogspot.com/2013/02/makkah-people-jemaah-pertama.html, dah lama nak masukkan tapi banyak halangan, terutama mendahulukan catatan yang lebih utama, rasanya sekarang dah boleh nak poskan, kenapa ye minggu-minggu ni rasa macam nak berpantun je, korang layan je lah perangai blogger yang tengah rajin nak berpantun ni.

dalam serunding ada lemper,
lemper dibuat dari pulut,
terima kasih sudi mampir,
jangan sampai blogger melutut.

   Kalau ada yang berminat nak balas tu, silakan balas di komen, dalam banyak-banyak jemaah yang Rif jaga buat masa ni, jemaah pertama paling susah dan teruk, bukan kerana perangai atau ragam jemaah yang menjadi masalah, tetapi keadaan sekeliling yang tidak membantu, kedudukan hotel yang paling jauh dari bahagian yang menjaga katering di hotel-hotel lain, hotel nampak cantik di luar, tetapi bila masuk bahagian restoran, emmm malas nak cerita sebenarnya, sebab sepatutnya hotel begini masalah-masalah ini segera diatasi, kerana sudah tentu jemaah umrah akan datang, masalah yang boleh diselesaikan dengan cepat, selesaikan, jangan ditunda-tunda.

    Sudah la restoran paling bawah, panas, aircond pulak dibahagian Rif jaga rosak, kalau orang nak hubungi phone, x ada line di kawasan tu, nak basuh pinggan x ada air, buang sampah nak kena naik tangga, ambil air nak kena ambil dibahagian atas, x ada lif dan ditambah pulak banjir, memang teruji, tapi alhamdulillah jemaah semuanya ok, sporting, ada la sikit-sikit merungut, biasalah tu.

   Rif hanya berkongsi pengalaman, tidak la berniat selain itu, pengalaman kita amatlah berharga, supaya kita lebih sabar dan pada satu hari nanti kita turut mendapat kemanisan didalam kehidupan kita, terutama kalau kita memiliki sifat redho. jom gi tengok tempat banjir, bukan senang nak tengok banjir-banjir ni di makkah, negara yang hanya setahun sekali sahaja hujan :-


Dhaif sungguh tempat katering ni.

Jumaat, 22 Mac 2013

Makkah View : Tempat Miqot Taneem.

Assalamualaikum,

Bismillah.....


  Tuhan maha agung lagi maha bijak sana, perancangan Tuhan kita tidak boleh duga, setiap yang Tuhan kehendaki pasti berlaku, kita semua termasuk didalam percaturanTuhan.

   Rif jaga katering jemaah yang duduk di Hotel Abbas Gold, keseluruhan mereka semua lebih kurang 117 orang, diawalnya A.Rizal yang jaga hotel tu, tetapi oleh kerana jemaahnya ramai, perlukan bantuan sedikit, jadi blogger is coming, mcm superhero lak, mcm pembela org2 baik, "sufiman" ok, pas tu jaga mcm biasalah, sebelum subuh, lepas zohor dan lepas isyak, menyediakan makanan, duduk di kawasan matam tu, katering Rif lah satu2nya dari Malaysia, yang lain semua dari Indonesia, lebih kurang 5 katering, jadi ramailah kawan-kawan dari Indonesia, kadang-kadang Rif x berapa selera dengan katering yang Rif jaga, bukan x sedap, sedaplah sangat, tapi kalau dah setiap hari menghadap menu yang sama boring juga, sesekali nak ubah selera, sedap juga layan makanan Indonesia ni (org pernah belajar sana memang cakap cam tu). 

   Dah ramai kawan-kawan Indonesia tu, semua pulak jaga katering, apa lagi, minta la sikit, bukan habis pun jemaah Indonesia makan. cerita tentang kawan-kawan Indo ni, ada sorang tu namanya Mas Abbas (sama mcm nama hotel) kalau dia x jaga katering dia akan buat jualan, kalau masa lapang sikit dia tolak wheelchair orang yang nak buat umrah tapi x larat.

   so satu hari tu dia nak gi tolak orang (kami sebut kat sini tolak wheellchair tu, tolak orang), perlukan dua orang, dia memang ada kawannya yang boleh tolak juga, cuma kalau sorang dh tolak, sorang lagi kena tunggu jaga katering, jadi dia bagi dua tugas, sorang ambil bahagian tawaf dan sorang lagi bahagian saie, jadi duit bagi dua , yang sorang lagi tu, sebok suruh Rif tolak juga, Rif kata x mahu, dia pujuk rayu, ish ish ish dia ni kenapa? orang x mahu, jangan dipaksa, Rif bukan x nak tolak, nak je tolong jemaah, lagipun boleh dapat rezeki sikit, tapi memikirkan katering 3 kali sehari, emmm, kalau jaga katering x lah penat, tapi menolak orang tu penat, jadi bila bergabung dan memikirkan soal masa, banyak masa akan digunakan, waktu rehat akan terkorban, nanti nak masuk katering lagi.

   Rif gagahi juga kerana x sanggup nak tengok jemaah umrah x dapat tunaikan umrah, pagi tu kami bertolak ke Taneem, tempat Miqot terpaling dekat, hanya 7 KM, dari Masjidil Haram. rupa-rupanya Tuhan ada percaturannya, bila dah sampai sini, Rif boleh la ambil gambar, masuk blog, nak tunjukkan dekat korang semua, jom tengok :- 



 
Naik van, seorang 10 rial, pergi dan balik, Rif naik free pasal jemaah tolong bayarkan, waktu ni x lah tolak lagi, wheellchair dinaikkan atas van, yg didepan pemandu van, di atas Mas Abbas.

Khamis, 21 Mac 2013

Makkah Story : Cerita Panjang part 5.


   Mini market I LOVE UO,  tempat Jun bekerja disitu, terletak di hujung Taman Cahaya, Jun membangunkan tempat itu dengan usahanya sendiri, walaupun hanya mini market, tetapi tempat itu menjadi pilihan penduduk Taman Cahaya, tempat yang stratigi harga yang berpatutan, di pintu utama tertulis "rokok tidak dijual disini" dan dibawah tulisan itu tertera tulisan "waktu sembahyang kami tutup".

Zakwan : Jun, jun.

  Jun memikirkan sesuatu, dia x sedar Zakwan memanggilnya. tep tep tep, Zakwan memetik jari, ingin perhatian dari jun.

Zakwan : pelanggan mahukan barang.

Jun : wan, kamu nak apa?

Zakwan : dorang nak jumlah yg banyak, kita kena call hj Sakdun, suruh dia hantar barang lagi. dlm stor dah tinggal sikit.

Jun : apa je barang yg dah habis?

Zakwan : kicap, sos cili, sos tomato dan ada beberapa barang lagi, cuma....

Jun : teruskan!

Zakwan : cuma keuntungan x berapa banyak, kalau banyak dah tentu dapat naik gaji. hehehe.

Jun : jadi kenapa x oder lebih? ( tersenyum)

Zakwan : ok, saya oder lebih, tapi kalau dokter bedah call, jangan salahkan saya.


Rabu, 20 Mac 2013

Makkah Rescafe : Restoran Yang Tinggi Darjatnya?

Assalamualaikum, 

Bismillah....

  
   Semenjak aktif dengan katering ni, Rif x sempat dh nak pergi restoran ni, selalunya bila banyak masa terluang, Syeh Inam mesti ajak pergi makan kt restoran ni, bukan saje restorannya dekat tetapi menunya memang best dan sedap, sehingga menjilat ibu jari

  Rif nak kongsi satu ilmu, diantara sunnah Rasullullah itu adalah makan sehingga licin dan menjilat dan menghisap jari-jari yang digunakan sewaktu makan tadi, kenapa makan sehingga licin? ramai masyarakat di malaysia mengatakan semua ini kolot dan nampak mcm lapar sangat, tahukan anda di dalam sebuah pinggan yang ada nasi disitu ada rahmat Tuhan, kita tidak tahu dimanakah rahmat Tuhan itu berada di dalam ribuan butir-butir nasi tersebut, kalau kita meninggalkan sebutir pun dan disitulah sebenarnya ada rahmat tuhan, kita sebenarnya menolak rahmat Tuhan, jadi jaga-jagalah, makan biarlah licin.

   Kenapa Restoran yang tinggi darjatnya? haaaaa, istimewa sungguh nama tu, bahasa arabnya disebut Matam Al-ula lilruz Al-bukhori, bukanlah restorannya yg tinggi darjat, cuma nasi bukhorinya yg tinggi darjat, itulah bahasa arab tinggi bahasanya dan tinggi pulak maknanya, penuh dengan kata-kata hiasan yg meruntun jiwa. jom la tengok, cakap banyak pulak Rif ni, ada 12 gambar :-



Signboard Matam Al-Ula Lilruz Al-Bukhori.

Isnin, 18 Mac 2013

Makkah TrueStory : X Nampak Hotel.

Assalamualaikum, 

Bismillah.......



   Tanah haram bumi barokah, bumi bertuah dan bumi yg dijanjikan, tempat para rasul dan org-org soleh, segalanya disini penuh dengan 1001 perkara yang boleh wujudkan kebaikan, berusahalah kita untuk menjaga segalanya, supaya kita menjadi orang yang bertaqwa, segala kebaikan yang boleh di usahakan dengan berbagai kaedah, pertama mestilah menjaga hati, hubungan dengan Allah dan juga manusia mestilah diambil berat, tidak kira kita siapa, kita raja, perdana menteri, menteri, pembangkang, vip, pencadang, suri rumah dato', datin, cucu, anak buah, supir, artis, mekap artis, lelaki, perempuan, tua, muda dan semuanya, kalau hanya jaga hubungan dengan Allah tapi hubungan dengan manusia kita tidak peduli, kita sebenarnya gagal melaksanakan perintah Allah, menjaga hubungan dengan manusia sangatlah diperintahkan oleh Allah, jadi tidak timbullah ditanah haram hanya focus ibadah atau perhubungan dengan Allah semata-mata.

   Semalam Rif baru tolong jemaah umrah yg sesat, kami ambil mak cik tu di hotel yg tidak ada kaitan pun dgn mak cik tu, nasib baiklah x hilang lama, lepas tu mak cik tu masuk kereta, kami hantar kt hotel yg sebenar di duduk, dlm perjalanan tu Rif tanya la makcik tu :-


Rif : macam mana boleh sesat cik?

Mak cik : tadi mak cik pergi sorg ke masjidil haram, pergi tu jumpa masjid, balik x jumpa hotel. acik lalu silap jalan.

Rif : kenapa mak cik pergi sorang2, mana yg lain?

Mak cik : dorang ada je di hotel tu, mak cik ajak yang lain tapi dorang semua x nak, dorang penat rasanye, jadi mak cik pergi sorang la.

Rif : mak cik, mak cik, lepas ni jgn pergi sorang2, bahaya, lagilah mak cik perempuan, mcm2 boleh jadi kt sini, mak cik nak pergi ibadah, tapi mak cik lupa yg mak cik jalan sorang tu dh kira langgar syariat, walaupun tujuannya baik, tapi kaedahnya x tepat x boleh mak cik, mak cik perempuan, perlukan teman atau muhrim, tapi x apalah, nasib baik x jadi bende2 yg bukan2 kt mak cik, risau kami, (bersama mutawwif ust syurahbil) yg berlalu tu ok lah, disini semuanya boleh kita ambil sebagai pengajaran.

   Rif ni, org hilang tengah susah hati, dia pergi syarah pulak kt mak cik tu, rasa bersalah la juga, cuma kena bagi peringatan, sebab ramai jemaah sambil lewa saje bab kecil2 ni, x serius, klau jadi perkara yg boleh memudaratkan, lagi la haram klau kita pergi begitu saja, jadi nasihat itu perlu. untuk pengajaran dan peringatan.

   Cerita bab jemaah hilang ni bukan sekali dua, banyak berlaku, yg x biasa dtg, yg biasa dtg, ada je yg sesat, jadi ada satu cerita yg menarik Rif nak kongsikan pada pembaca semua.

Sabtu, 16 Mac 2013

Makkah Blog : Hiburkan Blogger Dengan Komen Anda.

Assalamualaikum,

Bismillah......


   "Hiburkan Blogger Dengan Komen Anda" kenapa Rif bagi tajuk cam ni? sebelum ni Rif dah bincangkan dengan kawan-kawan di facebook, korang semua komen la kat blog ni, so kali ni Rif nak siapa sahaja yg baca pos terbaru ni, kena komen sikit tentang blog ni, x kira apa jenis komen, klau tak reti sangat nak komen, tulis je "tangan saya kaku", "saya tengah fikir", "saya x reti komen", "malas nak komen", "saya x basuh tangan lagi, takut kipet penuh sambal", "habis dah kipet saya dh kena sambal, pasal tulis tadi", "kenapa susah sangat nak menaip" dan lain-lain.

   Karang blogger tulis semua jenis komen, habis terus x ada idea dh korang semua, boleh juga komen secara ringkas seperti menyebut nama tajuk-tajuk yg di minati, contoh, "saya minat Makkah ........sebab banyak memberi ilmu dan pengajaran", saya suka Makkah........... sebab lucu dan mencuit hati".

   ok, Rif nak pantun sikit, (manalah tahu, klau ada yg nak balas komen dengan menggunakan pantun) :-

Jumaat, 15 Mac 2013

Makkah People : Model Indonesia.

Assalamualaikum, 

Bismillah.....


   Alhamdulillah minggu ni Rif boleh relax sikit, jemaah umrah x berapa ramai, cuma ada class vip, duduk hotel 5 bintang, yg kena jaga katering tu, kena buat betul-betul, supaya nama baik syarikat dijaga, tapi bukanlah maksud yg x vip dilayan mcm tu je, tetapla kena buat terbaik, cuma bila dh sebut "vip" biasanya mereka sanggup bayar mahal untuk mendapat keselesaan, terutama mestilah tempat tinggal dan makan minum, supaya ibadah mereka serba sedikit tidak diganggu dengan berlakunya masalah-masalah tempat tinggl dan makan minum, mereka dapat keselesaan, boleh datang ke Masjidil Haram lebih kerap kerana kedudukan hotel yang sangat berhampiran dengan Masjidil Haram, ok, habis cerita bab vip.



 Siapakah diantara mereka model? 1,2,3 atau 4 (adakah Rif sendiri)


   Entah keberapa dah group jemaah yg Rif jaga? termasuklah group jemaah indonesia yg seramai 10 org ini? Rif pun x ingat dah, walaupun x lah ramai jumlah group, tapi jumlah jemaah yg dtg ramai jadi lupa group yg ke berapa? tapi x apa-apa yg penting mereka semua tersenyum dan x lapar bila Rif yg jaga, walapun x tahu hati mereka semua, secara lahirnya Rif seronok menjaga makan minum mereka semua dan Rif nampak mereka terharu dan ada yg mahu menitiskan air mata bila berpisah, ok,ok, supaya x lari tajuk, diantara jemaah yg Rif uruskan makan minum mereka, ada diantara mereka model majalah indonesia, nak tahu siapa? jom lihat dibawah:-


Khamis, 14 Mac 2013

Makkah Humor : Apa Yg Silap?

Assalamualaikum,

Bismillah....



 Apa yang silap ye?


   Masuk lif emmm, mcm ada yg x kena je, apa ye? lif canggih, siap corak-corak lagi, x kan la boleh buat silap mcm ni kot? entah la Rif pun dh mula fikir, syarikat-syarikat besar sini ikut kaedah sini ke? x kanlah kot, dorang mesti jaga nama syarikat di mata dunia, boleh jadi lif ni pernah rosak dan time baiki, org yg baiki tu x pandai mengira, korang fikir agaknya kenapa ye? klau nak tahu lihat dibawah :-

Rabu, 13 Mac 2013

Makkah Item : Jual Atas Pickup.

Assalamualaikum,

Bismillah....


   Suasana di sekitar Masjidil Haram terusla sebok dengan jutaan manusia, kebesaran Allah dapat dilihat dimana-mana, bukti yang sangat jelas bila kita dapat melihat dengan mata kepala kita sendiri, jadi dikesempatan ini Rif nak ajak kepada semua pembaca-pembaca blog ini, marilah kita sama-sama tanamkan di hati kita, tujuan utama kita hidup didunia ini adalah kerana Allah, jadi bumi Makkah ini menjadi cita-cita kita bersama untuk datang ke sini.

   Rif nak tunjukkan dekat korang semua apa je yang ada disini, bila dah ramai manusia disini, ramai la yang mengambil kesempatan untuk berniaga disini, jadi tidak hairanlah berbagai kaedah diguna pakai untuk berniaga disini, jom, Rif ada beberapa gambar nak tunjuk kt korang semua, gambar orang jual barang atas pickup :- 


 Mengambil kesempatan selepas jemaah habis menunaikan solat.

Selasa, 12 Mac 2013

Makkah Story : "cekodok ni mak kamu yang punya ke?" part 2



   Penduduk kampung "jangan biarkan mak penat" diam seribu bahasa, kata-kata yang keluar dari mulut ketua kampung Haji Seman ada benarnya juga, keadaan didalam dewan JKK itu senyap sunyi, setelah itu pandang-memandang pun berlaku sesama mereka, masing-masing mengharapkan ada seorang manusia yang muncul dan memberi idea yang terbaik, perasaan sayang mereka pada Pak Amm dan Cik Amm masih ada, banyak jasa yang dicurahkan kepada penduduk kampung "jangan biarkan mak penat" tidak terhitung banyaknya, diantara yang besar ialah menaik taraf hidup penduduk kampung, membela fakir miskin dan janda-janda, tetapi oleh kerana peristiwa itu, semuanya jadi terganggu, perniagaan jadi terbengkalai, penduduk susah nak cari rezeki, bantuan untuk fakir miskin, janda-janda tersekat, dan yang paling teruk, penduduk terpaksa mencari duit untuk perubatan masing-masing kerana sekiranya terdengar kentut itu, setelah pengsan 3 hari 3 malam, mereka akan terkena efek sampingannya, apabila mereka kentut atau terkentut, mereka akan mudah pengsan.


Haji Seman : Beginilah, oleh kerana tidak ada sesiapa yang berani mahu memberi cadangan, apa kata kalau kita keluarkan Pak Amm dan keluarga dari kampung ini, dia boleh mulakan hidup baru ditempat lain yang dia suka, itu sahaja jalan terbaik yang saya nampak, macam mana? semua setuju x?


   Penduduk kampung hanya berbisik-bisik, untuk memastikan dari kawan masing-masing, adakah ini jalan terbaik? atau ada kaedah lain?


Haji Seman : ok, siapa yang setuju angkat tangan?


   Nampaknya tidak ada pilihan lain, penduduk hanya menerimanya sahaja, boleh dikatakan hampir semua mengangkat tangan tanda setuju,


Haji Seman : oleh kerana kita sudah mempunyai keputusan, jadi siapakah pulak yang berani menghampiri rumah Pak Amm untuk menyampaikan keputusan penduduk kampung?


   "Saya" kata seorang pemuda misteri, mata penduduk kampung semuanya terarah kepada pemuda tersebut, "siapakah gerangan pemuda ini?" kata hati penduduk kampung, pemuda tersebut terus menuju kehadapan lalu memperkenalkan diri.

Isnin, 11 Mac 2013

Makkah Cartoon : Pengenalan Pelukis.

Assalamualaikum,

Bismillah....



   Ok, catatan kali ni rif nak ajak korang semua mengenali lebih rapat seorang rakan blog yg turut sama meriahkan blog ini, dah lama Rif nak buat labels Makkah Cartoon, dari awal blog ini dicipta, idea untuk menggunakan cartoon untuk menghiburkan semua orang dan menggunakan cartoon sebagai medan dakwah dan hiburan,

    Sebenarnya Rif dah cakap dengan dia dan dia setuju untuk meriahkan blog ni, bakat yang terpendam tu sayang kalau tidak digunakan, dia memang ada bakat melukis, cuma idea x berapa ada, mungkin lukis tu hanya hobi kecil-kecilan waktu lapang, jadi Rif cakap dengan dia, kalau dia x ada idea, Rif dan dia kita sama-sama  kongsi idea dan fikir sama-sama apa yang perlu dilakukan, alhamdulillah dia setuju, tapi bukan senang, dia dh lama x melukis dengan kerap, jadi macam-macam alasan dia berikan, boleh kata setiap hari kalau Rif jumpa dia, Rif akan cakap pasal cartoon, sampai dia bosan, tapi Rif tahu, dia jenis x simpan.

   Malas la nak tulis banyak-banyak, sebab label ni pun bab cartoon, jadi jom kita berkenalan dengan pelukis kita asal Sarawak ni, tapi duduk lama di langkawi :-



                                               
Tengan melukis, watak-watak.

Sabtu, 9 Mac 2013

Makkah News : Amah Jadi Jutawan.

Assalamualaikum,

Bismillah...


   Tuhan maha kaya, Dia mahu kayakan seseorang, Dia akan kayakan, kalau Dia mahu miskinkan sekelip mata Dia boleh miskinkan, inilah kuasa Tuhan, tidak ada satu pun terlepas dari pada kuasa-Nya. dua orang wanita yang berasal dari indonesia, bekerja sebagai pembantu rumah di Arab Saudi, kini mereka bergelar jutawan, macam mana boleh terjadi semua ini? semestinya kuasa Tuhan, cuma Tuhan mesti adakan sebab-sebabnya.

   Tuhan ada kaedahnya, sebelum ini, 2 orang amah ini dibawa oleh majikan masing-masing ke Arab Saudi untuk bekerja tetapi akhirnya menjadikan mereka sebagai isteri, kemudian suami mereka meninggal dunia dan mereka mewarisi kekayaan jutaan ringgit dari suami mereka.

   Salah seorang dari wanita tersebut yang tinggal di Riyadh menerima warisan berupa wang ringgit sebanyak 5 juta riyal bersamaan lebih kurang RM 4.4 juta, sementara seorang lagi, menerima lebih banyak kerana suaminya yang meninggal itu merupakan Bos syarikat besar di Saudi, sehingga dia menerima warisan sebanyak 20 juta riyal (RM 15 juta kot, agak2 Rif). pembayaran dilakukan segera, setelah pihak mahkamah memutuskan kepada ahli yang mewarisi harta dari suami masing-masing.

   "kerana peraturan yang ketat dari syariah islam kerajaan saudi, 2 orang wanita yang berasal dari indonesia itu menerima bahagian yang telah diwariskan kepadanya" kata jurucakap kedutaan indonesia di Arab Saudi, Shabda Thian, seperti dikutip dari Arab News, khamis (7/3/2013.


 TKI (Tenaga Kerja Indonesia)
   

Khamis, 7 Mac 2013

Makkah View : Tempat Penyembelihan.

Assalamualaikum,

Bismillah....


   Satu tempat yang tidak kurang pentingnya di Kota Makkah ialah tempat penyembelihan kambing, terletak di Halagah, tempat dimana kawasan orang-orang Kota Makkah mencari keperluan barang makanan seharian, tetapi Rif bukan nak cerita hal yang lain-lain, tapi Rif nak cerita bab penyembelihan kambing, lembu dan unta, serba sedikit kita tahu diantara peristiwa yang berkait rapat dengan umat islam ialah peristiwa pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Ismail, sampai sekaranglah kita melakukan korban apabila masuk musim haji, tidak kurang juga tempat ini berfungsi, apabila jemaah umrah atau haji yang melakukan kesalahan-kesalahan, mereka akan dikenakan denda atau dam, mereka dikehendaki menyembelih kambing, tetapi sekiranya kesalahan itu terlalu besar, unta lah yang akan di sembelih, Rif x mahu cerita panjang lebar di blog ini, klau anda mahukan maklumat lebih lanjut boleh la layari http://inam-attamimi.blogspot.com/2011/10/fadhilat-qurban-dan-aqiqah.html atau http://ustaznaim.blogspot.com/2011/10/hukum-berkaitan-bayaran-dam-haji-dan.html?m=0 anda akan dapat maklumat lebih tepat dan terperinci. jom kita tengok tempat penyembelihan tu. ada 7 gambar :-



Ditengah-tengah bandar ada orang bela kambing, jadi macam nilah, klau tidak diurus betul-betul.

Rabu, 6 Mac 2013

Makkah People : Ust Muhammad bin Abdullah

Assalamualaikum.

Bismillah...



   Hari tu Rif ada kongsi dengan korang tentang progrem di Chalet Al-Wahah Nur Muhammad bersama Amway dan Raudah Mawaddah, kalau belum baca sila klik, http://makkahdihati.blogspot.com/2013/02/makkah-news-and-work-amway-raudah.html, lepas tu Rif naklah bergambar dengan Ust kita sorang tu, Ust Muhammad bin Abdullah, tapi x sempat sebab dia terlalu sebok dengan jemaah dan Rif sebok nak ambil gambar progrem tu berjalan, orang kata kalau ada rezeki x kemana, tengah jalan-jalan disekitar tanah haram, tiba-tiba disebelah Rif ada seorang manusia yang berjalan seiring kearah yang sama, dunia ni kecil rupanya, dapat juga jumpa kembali Ust Muhammad bin Abdullah ni, Ust ni macam artis juga, pasal biasa masuk TV, terutama ada slot di TV9, jadi Rif x lepaskanlah peluang bergambar dengan beliau. jom kita tengok.



Betul ke Rif jumpa Ust muhammad?

Makkah Story : Cerita Panjang Part 4



   Syak berlari sekuat hatinya, meredah hutan belantara, dia sendiri tidak tahu kemana hala tuju, yang penting dia boleh lari dari 2 lelaki tersebut, selama 4 hari berada didalam rumah buruk tersebut, Syak merasakan bagai 4 tahun lamanya, selama itulah dia memerhati gerak-geri 2 lelaki tersebut, walaupun Syak tidak nampak, dia boleh agak gerakan lelaki tersebut dengan mendengar setiap bunyi pintu, Syak beruntung kerana lelaki tersebut tidak mengikatnya, dia hanya dikurung, petang itu, seperti biasa, 2 orang lelaki tersebut akan keluar dari rumah buruk itu, "ini peluang aku" kata Syak dalam hati, pintu yang menutup ruangan itu, Syak cuba memecahkannya, serpihan kayu-kayu yang ada didalam bilik itu turut membantu untuk Syak keluar dari rumah itu, setelah dia menerajang pintu itu, Syak akan cuba memukul menggunakan kayu, begitulah setiap petang yang dia lakukan, hasilnya hari ke-4, pintu itu terkopak, lubang itu besarnya cukup-cukup untuk tangan Syak memasukinya, Syak cuba untuk menggapai tombol dibahagian luar, alhamdulillah, dia berjaya membuka pintu itu. Selepas itu, dia tidak menoleh ke belakang lagi, kakinya bagaikan ada tenaga baru, berlari tidak berhenti, sehingga dia bertemu jalan besar.


   Heboh satu Taman Cahaya, khabar Syak pulang, menjadi buah mulut orang ramai, rumahnya menjadi tempat manusia berhimpun, polis dan wartawan turut mengambil bahagian dengan menjalankan tugas masing-masing, Jun dan Ajwad hanya mampu melihat dari jauh suasana itu, kelihatan Syak ditanya oleh pegawai polis, Syak ada ditingkat 2 rumah itu, melihat ke bawah, nampak Jun dan Ajwad sedang melihatnya, Syak bagaikan tidak memberi respon apa-apa dan dia terus menutup langsir di tingkap itu, Jun dan Ajwad diam seribu bahasa, tidak ada kata-kata yang mahu diluahkan.


Isnin, 4 Mac 2013

Makkah Humor : Apakah itu sute?

Assalamualaikum,

Bismillah.....


   Macam biasa, Rif bongkar dan Rif selongkar, hotel 4 bintang eja macam ni, so x yah jadi hotel 4 bintang, cukuplah buat 1 bintang, kalau eja pun pakai tangkap muat je, kalau eja pakai tangkap buat x apa lagi, layanan pun tangkap muat, ish, ish, ish, memang nak kena ubah, kalau terus cam ni, makin buruk pemandangan disekitar Masjidil Haram, jom tengok :- 



 Adakah ini gadis sute? saje gurau

Ahad, 3 Mac 2013

Makkah TrueStory : Telanjang Di Masjidil Haram

Assalamualaikum.

Bismillah......



   Banyak cerita sebelum ini yang Rif kongsikan pada korang semua, adalah cerita ringan-ringan yang Rif reka cipta, supaya blog ni x lah berat sangat, sebab Rif pun faham, kebanyakan pembaca-pembaca blog adalah remaja trang tang tang, perlukan sedikit hiburan.

   kali ni Rif nak kongsikan pengalaman kisah-kisah benar yang berlaku di sekitar kota makkah dan madinah, semoga cerita-cerita ini untuk pengajaran kita bersama.

   Umur masih remaja sudah di rezekikan ke tanah haram untuk menunaikan ibadah haji, masih belajar di mesir, sudah tentu mahu jadi seorang ustaz, ada x kena rasanya kepada remaja sorang ni, Miqdam (bukan nama sebenar) cerita-cerita sebelum nak ke tanah haram, dia memang x mahu menunaikan ibadah haji, tapi oleh kerana maknya yang suruh menemani, Miqdam dengan berat hati ikut serta, hatinya tidak bersedia untuk menunaikan haji, walaupun banyak manusia yang ingin menunaikan haji, bagi Miqdam, belum masanya, umur masih muda, boleh buat benda lain, banyak yang perlu dia selesaikan, di alam remajanya.

   Bisnes internet yang boleh dikatakan berjalan lancar, beli satu alat dan alat itu akan curi WIFI internet orang lain, sekali beli, x perlu dah fikir banyak kali, sebab internet yang di curi, boleh didapatkan dimana-mana, yang penting kawasan itu ada orang yang menggunakan internet.

Sabtu, 2 Mac 2013

Makkah Blog : Terima kasih Juma


Assalamualaikum.

Bismillah....


   khusus catatan kali ini untuk Rif nak ucapkan terima kasih kepada member blog makkahdihati, yaitu saudari Juma Ismail, kerana sudah banyak membantu di dalam apa sahaja permasalahan yang Rif alami, bukan sahaja menyelesaikan masalah, yg terbaru juma telah membantu untuk menaik taraf blog makkahdihati, dari tiada banner kepada adanya banner, jadi lepas ini blog ini boleh berkongsi link dengan blog orang lain, 

   Sebagai ucapan terima kasih, Rif akan letak banner blog juma http://cukupsyarat.blogspot.com/ kedalam blog makkahdihat, terima kasih juma, siapa yang nak lihat hasil kerja juma untuk blog ini  sila klik disini http://cukupsyarat.blogspot.com/2013/03/cara-letak-banner-dalam-blog.html


http://cukupsyarat.blogspot.com/
Inilah banner blog juma

Jumaat, 1 Mac 2013

Makkah Story : "cekodok ni mak kamu yang punya ke?"



   Sebelum terciptanya sebuah nama kampung "cekodok ni mak kamu yang punya ke?", kawasan itu hanyalah sebuah hutan belantara yang penghuninya adalah binatang buas. Harimau, babi hutan, ular sawa, buaya, naga, (eh mcm x kena je naga tu, time ni mana ada orang cina lagi) dan banyak lagi, memang kawasan itu belum diterokai oleh sesiapa.

   Tersebutlah kisah, sepasang suami dan isteri yang bernama Pak Amm dan Cik Amm, kehidupan mereka berdua sangatlah bahagia, mereka tinggal di kampung "jangan biarkan mak penat", dengan mengusahakan berbagai jenis cekodok, Pak Amm dan Cik Amm sangatlah berjaya mengusahakan prodak cekodok mereka, sehingga cekodok mereka dapat tempahan dari beberapa buah kampung yang lain, cekodok yang paling banyak menerima tempahan di kenali sebagai cekodok tari-menari, ke-2 cekodok love dan banyak lagi cekodok-cekodok yang mendapat tempat dihati peminat-peminat, ada yang siap minta tanda tangan di kotak bungkusan, punyalah terkenal cekodok Pak Amm dan Cik Amm, sehingga menjadi kegemaran Sultan waktu itu.

   Satu hari, Pak Amm didatangi oleh Cik Amm, bersembanglah mereka berdua.

Cik Amm : abang oh abang.

Pak Amm : ish anje ni, abang dekat sebelah cekodok ni pun anje x nampak.

Cik Amm : manalah nampak? cekodok ni dh la paling besar kt dunia. (sambil memegang tugu cekodok yang mereka bina utk memudahkan pelanggan mengenali perusahaan mereka), klau gajah main nyorok-nyorok kt situ pun x nampak.

Pak Amm : pandai ye anje buat kelakar, tapi kenapa abang x gelak. hehehe, tergelak pulak.

Cik Amm : ish abang ni, saje je nak usik anje.

Pak Amm : anje, anje, xkanlah abang nak gi usik jande mude yg tengah meletup di bahagian uli tu? cukupla usik yang halal, anje la orangnya. nanti klau jande tu dh abang halalkan, abang usik-mengusik la korang berdua hehehe.

Cik Amm : terpulang abanglah, janji kena kawin dulu. (Cik Amm sudah kenal sangat perangai suaminya yang suka bergurau, dalam masa yang sama suaminya seorang yang tegas) anje nak bagi tahu abang ni, yang anje dah berbadan dua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...