Rabu, 20 Februari 2013

Makkah News And Work: Amway, Raudah Mawaddah Dan Chalet Nur Muhammad.



   Assalamualaikum, bismillah, Semalam, seperti biasa, rutin harian Rif pergi menjaga katering, semua jemaah umrah telah selesai makan pada tengahari itu, tiba-tiba Rif dapat panggilan mengejut dari Mr rizal, katanya ada show malam ni, jadi bergegaslah Rif mengemas peralatan katering, jadi malam tu, Rif x jaga katering, dorang usahakan penggantinya, kalau nak ganti pengacara Rif, mungkin kena ada sedikit latihan, kerana, teater Umrah yang kami lakukan, sudah tersusun orang-orangnya, 

   Rif minta dengan Tuhan, semoga, tidaklah merasakan, orang memerlukan Rif, tetapi, Rif perlukan kerja-kerja untuk membina hati, apabila Rif mempromosikan perkampungan Rasulullah bersama binatang-binatang kesayangan Baginda dan nabi kita itu sendiri, sekaligus untuk saham akhirat, amin.

   Naik bas sekali dengan jemaah, cuma jemaah bukanlah yang Rif jaga makanan mereka, seorang pun Rif tidak kenal, duduk belakang sekali, punyalah penat, duduk-duduk, terus terlelap, sedar-sedar dah sampai Chalet Al-Wahah Nur Muhammad ( rasa bersalah sebut tentang Chalet, sebab x promosi dlm blog lagi). 

   Rupa-rupanya, jemaah ini dari pengedar-pengedar Amway yang diuruskan oleh Raudah Mawaddah Travel sdn bhd. seperti biasa, mereka semua pergi melawat burung kasawari, unta, ayam, kambing, qibas, burung merpati dan kuda. kebanyakan binatang-binatang ini, pernah berjasa kepada nabi kita.

ada beberapa gambar yang nak Rif kongsikan :-


Group Umrah Amway bersama Raudah Mawaddah di Chalet Al-wahah Nur Muhammad.



Lepas sembahyang, kuliah.


 Kuliah disampai oleh Ust Muhammad Bin Abdullah. famous di TV9.


Alhamdulillah, ramai yang hadir.


 selepas kuliah, mengeratkan silatulrahim sesama pengedar Amway.


 Makan berjemaah didalam dulang, makanan arab.


Sambil makan, dihiburkan oleh kumpulan Generasi Harapan.


Nasyid, lakonan, tarian dan pengacara dalam teater Umrah, menghayati penderitaan dan kesusahan sejarah rasulullah.


Pak lah, orang kuat Amway, banyak memberi nasihat dan teguran.


Sebahagian jemaah lagi.


Rif cuba ambil kedudukan kamera terbaik, ok x?

Abang kita sorang ni, cuba pakai igal.


Walaupun sakit, masih sudi datang.


Penyampaian hadiah dari Amway untuk pengedar-pengedar Amway.


Pengedar Amway, merangkap Cameraman.


Hadiah, berbentuk sejadah yang dijahit, lambang Amway.


Hadiah disampai oleh Ust Muhammad Bin Abdullah.


KRU persembahan dan katering.


Rif bersama salah seorang jemaah yang berketurunan arab.


   Tengah makan sempat bergambar 


Naik bas, pulang ke hotel.


   Selesai, tapi malam tu, ada peristiwa yang Rif nak kongsikan, sebelum sampai ke hotel, kami bagi tahu orang bas, kami turun awal sikit, sebab hotel kami lebih dekat, jadi adik Rif, Ajwad bagi tahu driver tu suruh berhenti, Ajwad turun dahulu, Rif dalam keadaan nak turun bas, tiba-tiba bas memecut laju, Rif terjatuh, dalam beg tu dah la banyak gajet-gajet untuk buat blog, nasib baik satu pun x rosak, Alhamdulillah, Tuhan masih izinkan lagi tulis blog, tapi dalam masa yang sama, cemas dengan dosa-dosa yang sedang Tuhan hitungkan untuk dibalas, biarlah didunia sakit sedikit, jatuh bas, jangan di akhirat jatuh kedalam neraka Allah, nau'zubillah.

R/p : Saidina Ali, klau 3 hari tidak ditimpa kesusahan, hatinya cemas dan gelisah, takut-takut, Tuhan tidak memandangnya lagi. 


6 ulasan:

  1. Saidina Ali, klau 3 hari tidak ditimpa kesusahan, hatinya cemas dan gelisah, takut-takut, Tuhan tidak memandangnya lagi... tp kita kdg2 takut dtimpa ksusahan.... =(

    BalasPadam
  2. salam bro..hehehe,
    saya merangkap cameraman tu...adess ada pulak gmbr..mula nk carik nama chalet tu...seach2 dpt yg neh...alhamdulillah.
    apapn layanan terbaik dan terbaik....seronok dpt lawat perkampungan nabi muhammad s.w.a...
    lg satu lagu janji tuhan best....
    :) :)

    BalasPadam
  3. salam bro..hehehe,
    saya merangkap cameraman tu...adess ada pulak gmbr..mula nk carik nama chalet tu...seach2 dpt yg neh...alhamdulillah.
    apapn layanan terbaik dan terbaik....seronok dpt lawat perkampungan nabi muhammad s.a.w...
    lg satu lagu janji tuhan best....
    :) :)

    BalasPadam
  4. Salam
    It was a great experience having Umrah Trip lead by Raudhah Mawaddah with special dinner sponsored by Amway at your cosy place. I never thought there is such place in the middle of the dune sand rocky hills. By the way, I am the one with the Igal :-)

    BalasPadam
  5. same jer ker persembahan teater y nie dgn y sebelum niyh.. y ade yat hamzah tue....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...