Khamis, 28 Februari 2013

Makkah Animal : Jumpa Ayam?



   Assalamualaikum, Bismillah, Selama setahun Rif kat sini, inilah diantara kejadian yang sangat susah nak berlaku di tengah-tengah kota makkah, kalau kita ke kawasan di belah utara saudi, mungkin biasa perkara begini berlaku kerana kawasan dan keadaan sekeliling, so nak tahu apa kejadianya? klau korang gi buat umrah pun x akan dapat lihat binatang ni, biasanya dh masuk peti ais, jomlah kita lihat :-


Ini didepan hotel ni, kotor betul, agaknya, sebab tu binatang ni boleh datang.

Selasa, 26 Februari 2013

Makkah News : Blogger Demam Akhirnya.



   Assalamualaikum, Bismillah, Tulis di facebook, sakit macam-macam, redho la sikit, (cakap dalam hati) time masa sehat, x istihar pun kt facebook, Rif belajar-belajar menekan nafsu yang inginkan perhatian, tapi x pernah, nak bersungguh-sungguh mencuri perhatian dari sang pencipta, bukankah Dia sebenarnya pemerhati yang terbaik, mengadulah dan memintalah kepada-Nya, Dia tidak pernah mengecewakan kita, kerana janji-Nya, selalu ditepati, itulah tuhan kita, yang mempunyai 99 nama yang maha agung, Allah.

   Masuk hari ni, dah 3 hari, sebelum tu batuk-batuk, bukan nak mencari simpati (dlm hati siapa tau), tapi nak beri khabar, takut orang-orang kat malaysia tu, tertanya-tanya, kenapa blogger ke sayangan kita dh x  aktif? ( cewah, kesayangan? ) kenapa blog dia dh x semakin menarik? ada kaitan dengan kesihatan ke? jadi, Rif cerita la sikit, supaya semua jelas. 


 Beli ubat di farmasi Nahdi Medical Company.

Isnin, 25 Februari 2013

Makkah People : Jemaah Pertama.

   

   Assalamualaikum, Bismillah, Ketibaan jemaah yang pertama? bukan, jemaah yang Rif uruskan kateringlah, Rif sebelum ni, x pernah lagi jaga katering di makkah, sebelum ni jaga unta, menjaga unta senang, sebab tidak melibatkan perasaan unta, paling tidak, jaga makan minum, jaga jemaah pun melibatkan makan dan minum, tetapi ada perbezaan disini, manusia mempunyai perasaan dan hati, jadi kena jaga bersungguh-sungguh, kalau hati telah disakiti, buat baik pun dh tak guna lagi, sebab itu, darjat nabi dengan rasul sangat-sangatlah berbeza, nabi tidak wajib menyampaikan tetapi rasul wajib menyampaikan kebenaran kepada umat manusia, sebab itu, susahnya menjaga manusia, mendidik manusia ini, mestilah berwatak rasul, Rif x lah sampai setaraf itu, sebab Rif hanya menjaga makan dan minum sahaja, bukan mendidik manusia, tetapi akhlak tetap menjadi keutamaan, kalau buat dari hati akan jatuh ke hati, kalau buat sekadar kerja semata-mata, orang akan merasa biasa-biasa sahaja. waktu jaga tu, x sempatlah Rif nak ambil gambar, nanti orang kata apa pulak, dia ni, nak jaga katering atau nak jadi kameraman? dibawah ini beberapa wajah dari jemaah pertama :-


                                     
Gambar-gambar ni, penerangan mengerjakan tawaf widaq.

Sabtu, 23 Februari 2013

Makkah Vehicle : Jentera Berat.



   Assalamualaikum, bismillah, hari tu Rif view sekeliling makkah, banyak perubahan yang kerajaan saudi buat, jadi bangunan-bangunan yang tidak mengikut plan, habis diruntuhkan, hari ni, Rif nak kongsikan bersama jentera berat yang bekerja berdekatan dengan hotel kami, jentera-jentera berat ini semuannya boleh tahan besarnya, semuanya terlibat untuk menaik taraf hotel-hotel disekeliling Masjidil Haram, jom la kita lihat dorang buat apa je, kalau Rif kena langgar ni, jawapnya keluar semua isi perut, ada 8 gambar ;-



Rif yg besar ni, kerdil dibuatnya.

Makkah News and Work : Persiapan Katering Part 2.



   Assalamualaikum, Bismillah, ada la dua, tiga orang bagi ulasan, suruh Rif masukkan cepat hasil kerja katering, bahagian perhiasan, malas Rif nak tulis panjang-panjang, nak tahu baca catatan lama, persiapan katering, sambungan, ada beberapa gambar yang Rif nak kongsi hasilnya, cantik atau tidak terpulang korang semua, selamat melihat :-


Sebelum dihias.

Jumaat, 22 Februari 2013

Makkah Story : Cerita Panjang Part 3.



Pak Mus : maksud kamu?

Pak Mat : siapa yang membawa syak?

Jun : orang tu, ada gari dipinggang, polis kot?

Pak Mat : kamu yakin dia polis?

Pak Mus : lelaki tu ada tunjuk identiti polis x?

Jun : x.

Pak Mus : dia pakai baju seragam polis?

Jun : tapi saya rasa dia polis.

Ajwad : dia membawa syak.

Pak Mat : korang buat ape je? sampai dia ambil syak?

Ajwad : kami menulis nama kami di simen yang belum kering.

Pak Mat : korang menulis nama disimen? itu saja dan dia mengambil syak?

Pak Mus : ada sesuatu yang tidak kena. x masuk akal, x kanlah menulis disimen kena tahan?

Jun : kenapa Pak Mus? ada apa2 yang tidak kena ke?...........


Rabu, 20 Februari 2013

Makkah Humor : gestes atau guest?



   Assalamualaikum, bismillah, Banyak dah hotel yang Rif masuk kt tanah haram ni, atas urusan kerja dan lain-lain, setiap kali masuk hotel, akan terbaca kata-kata dari pihak hotel, ada dibawah, kenapa dorang ni pakai perkhidmatan yang sama? x ada orang lain ke nak buat benda tu? dah sah x menilai kerja orang, sepatutnya, bukan sekadar siap, tetapi kualiti dan hasil kerja yang memuaskan mesti diambil kira, ejaan dari hotel ke hotel sama sahaja salahnya, nampak sangat syarikat yang buat tu sama, nak tahu apa yang salah? sila lihat di bawah ini :- 


Nak bagi tahu tetamu, agak-agak tetamu rasa macam mana?

Makkah News And Work: Amway, Raudah Mawaddah Dan Chalet Nur Muhammad.



   Assalamualaikum, bismillah, Semalam, seperti biasa, rutin harian Rif pergi menjaga katering, semua jemaah umrah telah selesai makan pada tengahari itu, tiba-tiba Rif dapat panggilan mengejut dari Mr rizal, katanya ada show malam ni, jadi bergegaslah Rif mengemas peralatan katering, jadi malam tu, Rif x jaga katering, dorang usahakan penggantinya, kalau nak ganti pengacara Rif, mungkin kena ada sedikit latihan, kerana, teater Umrah yang kami lakukan, sudah tersusun orang-orangnya, 

   Rif minta dengan Tuhan, semoga, tidaklah merasakan, orang memerlukan Rif, tetapi, Rif perlukan kerja-kerja untuk membina hati, apabila Rif mempromosikan perkampungan Rasulullah bersama binatang-binatang kesayangan Baginda dan nabi kita itu sendiri, sekaligus untuk saham akhirat, amin.

   Naik bas sekali dengan jemaah, cuma jemaah bukanlah yang Rif jaga makanan mereka, seorang pun Rif tidak kenal, duduk belakang sekali, punyalah penat, duduk-duduk, terus terlelap, sedar-sedar dah sampai Chalet Al-Wahah Nur Muhammad ( rasa bersalah sebut tentang Chalet, sebab x promosi dlm blog lagi). 

   Rupa-rupanya, jemaah ini dari pengedar-pengedar Amway yang diuruskan oleh Raudah Mawaddah Travel sdn bhd. seperti biasa, mereka semua pergi melawat burung kasawari, unta, ayam, kambing, qibas, burung merpati dan kuda. kebanyakan binatang-binatang ini, pernah berjasa kepada nabi kita.

ada beberapa gambar yang nak Rif kongsikan :-


Group Umrah Amway bersama Raudah Mawaddah di Chalet Al-wahah Nur Muhammad.


Isnin, 18 Februari 2013

Makkah News ; Terima Kasih Semua, 10,000 Pengunjung



   Assalamualaikum, bismillah, terima kasih semua kepada pengunjung blog makkahdihati.blogspot.com, kalau bukan kerana anda semua, mungkin Rif tidak semangat seperti hari ini, menulis bukan kerja yang mudah, tetapi, apabila ada orang mahu membacanya dan terus membaca, Rif rasakan seperti air hujan yang jatuh ke bumi (bukan main lagi berfalsafah, jangan berfalsampah sudah), maksudnya, tulis tu, ada je idea, walaupun kerja sekarang sangatlah padat, kena bekejar kesana-kesini, mengambil barang dan menyediakan keperluan manusia yang sangat penting, itulah dia makanan.

   10,000 pengunjung dalam masa sebulan, macam x percaya je, tetapi dah pun berlaku dan kena percaya, ada orang lain, dah tulis blog makan tahun, tetapi, baru je ratus-ratus orang yang melihatnya, jadi Rif bersyukur dengan Tuhan yang sangat baik, diatas semua ini. 

   Semoga banyak lagi perkara yang bermanfaat boleh Rif kongsikan, terutama sudah tentu berkaitan dengan bumi yang penuh berkat ini, tanah haram, kota makkah, anda semua teruslah menyokong blog ini, dengan berbagai cara, boleh komen, sama ada suka atau tidak, boleh promosikan dekat kawan-kawan, buat kumpulan untuk bercerita tentang blog, dan banyak lagi.

  Rif sebenarnya, nak sangat buat majlis, kecil-kecilan pun tidak mengapa, asalkan jadi, tetapi kita hanya boleh merancang, segalanya Tuhan yang tentukan. wassalam.

Terus berfikir, apa lagi untuk blog dan yang terbaik untuk korang semua.

Makkah People : Rajin X Kena Tempat.



   Assalamualaikum, bismillah, Ramai manusia yang datang ke Makkah, selain ingin beribadah, ada juga yang ingin berkerja, kebanyakan kita akan berurusan dengan manusia yang datang ingin bekerja, oleh kerana berurusan dengan mereka, sudah tentu banyak ragamnya, lagilah mereka ini dari negara-negara yang berbeza. kalau anda datang kesini dan membuat urusan, anda akan tahu sendiri, betapa siksanya, 

   Manusia-manusia beginikah yang banyak di sekeliling tanah haram? sedangkan, kita mahu beribadah dan inginkan khusyuk, sudah tentu melalui proses yang tenang bukan serabut perasaan, biasanya, kalau di sekeliling kita serabut, kita pun jadi serabut, mudah-mudahan Rif kekal sebagi Rif, tidak menjadi Nepal yang tengah jaga katering.

  Dah la urusan memeningkan kepala, ada pulak mamat ni boleh buat hal di depan Hotel, tengah orang sebok-sebok nak mengangkat barang-barang jemaah ke dalam hotel, nak tahu dia buat apa ? :-


Agak-agaknya, mamat ni tengah buat ape ye?

Ahad, 17 Februari 2013

Makkah Story : Rokok



   Tiga orang sahabat yg pergi mengembara, kom, sol dan rol, mereka dari kampung "cekodok ni mak kamu yang punya ke?", setelah sepurnama meninggalkan kampung, diwaktu tengahari, mereka melalui kawasan gurun yang amat sejuk, ( kenapa lak gurun sejuk? Bukan panas ke? Kata korang dlm hati, toksah nak memandai, cerita ni, Rif yg reka, klau korang nak buat panas, buat cerita sendiri, dengan selambenye Rif ckp cam tu, bagi yg terasa, mohon maaf ye) oleh kerana sejuk yang amat sangat, mereka menggigil ketakut (maksudnya nak bayangkan betapa menggigilnya mereka) dan berjalan ke arah timur sambil berpelukan, sepatutnya perjalanan memakan masa 3 bulan, tetapi dah 6 bulan, x sampai-sampai kerana mereka masih memeluk satu sama lain, kerana kaedah perjalanan mereka ini, menyebabkan mereka kesulitan dan hampir kehabisan makanan.

   Tujuan mereka ingin mencari kebahagiaan, lain pulak yang mereka dptkan, kesusahan yang muncul, tetapi didalam hati mereka, terus yakin, "setiap kesenangan, pasti bermula dengan kesusahan".

   Tengah mencari-cari sumber air, terlihatlah akan mereka 20 ekor zirafah yang sedang bermain polis and thief, (bagai manakah cara bermain? :- zirafah polis kena menggigit ekor zirafah thief, sekiranya dapat, zirafah polis hendaklah memastikan, paling tidak 3 helai ekor atau lebih zirafah thief dapat dicabut, jika berjaya, zirafah polis pulak kena jadi zirafah thief, zirafah thief hanya seekor, zirafah polis boleh sebanyak mungkin).


Sol : korang nampak x, apa yg aku nampak?

Rol and Kom : nampaklah sangat.

Kom : dah bersepah macam tu, zirafah-zirafah ni, x kan x nampak kot.

Sol : aku rasa, disekitar kawasan ni  ade air. kalau zirafah ni siap boleh main polis and thief lagi.

Rol : betul tu, setuju sangat. jom cari.

Khamis, 14 Februari 2013

Makkah work : Persiapan Katering

 Assalamualaikum, bismillah, hari tu Rif cerita tentang "burung sesat", ini kira sambungan dari situ, korang nak tahukan? ape je kerja yang Rif buat kt sini? eh, eh, mcm promosi diri je, mudah-mudahan x begitu, sebab penting juga nak bagi tahu, ape je yang orang melayu buat kat sini, kalau nak muatkan cerita orang lain, mcm susah je, nak kena ikut ke mana dia pergi, jenuh la, kita ade kerja kita, jadi paling mudah, cerita tentang diri sendiri, x yah jauh-jauh. selepas kami beli barang, Rif dan kawan2 bertungkus-lumus buat kerja-kerja membaik pulih dan menghiasi tempat dewan makan tersebut, jom kita tengok beberapa gambar :-



Kena jaga bahagian kerusi roda.

Rabu, 13 Februari 2013

Makkah Story : Cerita Panjang Part 2



 "Cepat kesini" kata lelaki itu lagi, mereka ketakutan dan menurut sahaja apa yang dimahukan lelaki tersebut.

Lelaki : kamu rasa macam mana? elok x rosakkan harta benda awam?

sambil melihat kearah Syak.

Syak : x elok tuan.

Lelaki : kamu?

Ajwad : sama tuan.

Lelaki : kamu pulak?

Jun : x elok.

Lelaki : apa!!! saya x dengar! x elok, apa?

lelaki itu tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh jun, jun tidak menghormatinya kerana tidak memanggil dia "tuan". dalam waktu yang sama, rakan lelaki itu sentiasa memerhati mereka didalam kereta.

Makkah Rescafe : Restoran Indonesia



   Assalamualaikum, bismillah, mari kita lupakan sengketa yang tidak pernah habis-habis diantara Malaysia dan Indonesia, korang tahu x? kenapa pergaduhan sering berlaku? sedangkan indonesia dan malaysia adalah satu rumpun dan yang paling penting, agama yang menjadi anutan kedua-dua negara adalah Islam, kenapa di atas nama agama Islam boleh bergaduh? diburukkan lagi dengan perlawanan bola sepak yang tidak pernah sudahnya, kenapa semua ini terjadi? emmm, yahudi tepuk tangan diatas semua ini, mereka merancang berbagai kaedah supaya umat islam tidak bersatu, diadakan perbatasan setiap negara-negara Islam dan diujudkan fahaman nasionalizem, jadi setiap negara mempertahankan kedaulatan negara masing-masing, kalau pun ada mempertahankan Islam, hanya sekadar nama, sebab kalau benarlah mereka semua mempertahankan Islam, Islam tidak akan seburuk seperti hari ini, Islam akan kuat, negara yahudi yang di keliling oleh negara-negara Islam, seperti tidak boleh buat apa-apa, hanya sekadar bantuan makanan dan perubatan yang boleh dibantu, atas perikemanusiaan, tapi apa-apa pun tahniah di ucapkan kepada mereka yang bersungguh-sungguh memberi bantuan, begitulah berlaku terhadap Malaysia dan Indonesia, fahaman Nasionalisme yg dipertahankan, kalau benar atas nama Agama Islam, sudah tentu tidak ada masalah perbatasan, Islam itu tidak ada sekatan perbatasan, Islam itu untuk semua, tidak untuk Malaysia sahaja atau tidak untuk Indonesia sahaja, Islam itu satu, kebenaran itu satu, tidak ada 2, 3 atau sebaliknya. uihh dh mcm kuliah, terima kasih sudi baca, jadi Rif disini ramailah kawan2 indonesia, tanah haram menyatukan kami, itulah bumi berkat, kalau dh rindu nak makan makanan Malaysia, pilihannya makan di Restoran Indonesia, sebab lebih kurang sama citarasa, tidak jauh beda, sedap pun sedap, enak bangat, ada beberapa gambar yg Rif nak kongsi :-


 Restoran Indonesia puncak bogor.

Makkah Humor : Ejaan kafeteria Terbaru Di Saudi?



   Assalamualaikum, bismillah, Rif selalu sangat lalu kawasan tu, sebab hotel yg menjadi tempat Rif dan kawan-kawan rehat memang berdekatan dengan kafeteria tu, selepas rehat Rif akan kembali ke hotel Rif, jaraknya lebih kurang 500 meter, setiap kali lalu, mesti terpandang, setiap kali lalu, rasa cam nak gigi batang hidung bangla tu, tapi bila fikir hidung bangla tu, terus x jadi, sungguh unic ejaan terbaru kafeteria, manalah dia dpt ejaan mcm tu? jomlah kita lihat, malas nak fikir dah, nanti rasa cam nak gigit telinga bangla tu pulak, tapi tak jadi, pasal terfikir telinga dia, ade beberapa gambar :-



Agaknya elok x, semua kedai kafeteria ikut ejaan ini? 

Selasa, 12 Februari 2013

Makkah Story : Kunci



   Tersebutlah kesah di saudi arabia, seorang panglima yang gagah berani dan hensem, setiap medan pertempuran yang di ketuai pasti menang, Panglima Syater namanya, dia mempunyai kawan yang setia, setiap pertempuran pasti dibantu oleh Panglima Mat Din, oleh itu peperangan demi peperangan yg mereka tempuhi itu, sentiasa mereka menguatkan satu sama lain, jika Panglima Syater cedera atau lemah semangat, Panglima Mat Din akan memapah dan menaikkan semangat, begitulah sebaliknya, jika berlaku pada Panglima Mat Din, Panglima Syater akan menyelesaikannya.

Pada suatu hari, Panglima Syater bertemu Panglima Mat Din, ada sesuatu yang ingin dia disampaikan.

Panglima Syater : Assalamualaikum.

Panglima Mat Din : waalaikumsalamwarohmatullahiwabarokatuhwamarhabanbikum,


Panglima Syater : Tuan hamba, amboi, panjang betul, mcm tuan hamba baru sahaja mengenali diri hamba ini.

Panglima Mat Din : Biasalah tuan hamba, hamba baru sahaja balik dari ceramah UAI.

Panglima Syater : Siapakah gerangan UAI yang tuan hamba katakan sebentar tadi?

Panglima Mat Din : ooooohhh, lupa hamba mahu kenalkan tuan hamba kepada Ust Azhar Idrus, yang sekarang cukup terkenal di youtube.com dan facebook. ada hajat apa tuan hamba datang kemari wahai Panglima Syater yg terkenal dengan masakan yg lazat.

Panglima Syater : Begini Panglima Mat Din, hamba disuruh oleh Sultan Suhail Alam Nyata untuk pergi ke negara Oman, Baginda mahu hamba pergi menyerang Oman untuk memperluaskan jajahan Empayar Saudi Arabia dan mengambil teknologi jahitan kopiah Oman yang terkenal di Masjidil Haram untuk kita jadikan hak milik kita, Baginda bertitah lagi, mahu kopiah Oman digantikan dengan igal, kerana sangat menyusahkan rakyat saudi utk memakainya dan tidak cantik berbanding kopiah Oman.

Isnin, 11 Februari 2013

Makkah Animal : Burung Sesat?




   Assalamualaikum, bismillah, Setelah penat turun naik hotel, pengurusan tetap x dapat dijalankan, berbagai idea yang muncul tetapi tidak boleh digunakan, ni la masalah perangai bangla atau india disini, bukannya x tahu kita penat buat pengurusan, dia keluar masuk macam x perasan je kita ada, sedangkan kalau keluarkan barang dia tu awal-awal, dia pun x terganggu dengan kerja-kerja kita yang terpaksa dibuat sikit-sikit tu, perancangan dh ada, tapi x boleh nak buat apa-apa, kalau balik membazir masa macam tu je, jadi bincang dengan group katering, paling tidak kita pergi kedai barang-barang hiasan, duit x ade, nak kena ambil kt rumah, jadi planning dulu, ambil gambar barang yang nak beli dan simpan harga, boleh ejas, apa yang perlu dan apa yang tidak perlu, sedang khusyuk memilih barang-barang hiasan dan mengambil gambar, terpandang satu barang, specialnya barang ni, boleh dijadikan hiasan ni, konsep pulak hijau hutan di malaysia, kalau letak benda ni mesti menarik, lebih nampak suasana hidup di hijau hutan malaysia, tempat makan hotel mesti meriah, rupa-rupanya burung hidup, macam mana burung ni boleh tersesat kat sini? Inikan kedai menjual barang-barang perhiasan? kedai barangan mati? bukan hidup? saudi, saudi, suka-suka dia je nak buat apa, x lepas ISO langsung, ade gambar yg Rif selitkan sekali, pilihan barang-barang utk perhiasan ruang makan group umrah Travel Al-fajr, nak tahu? saksikan di bawah ini :-




 Pilihan utk alas meja, tapi x jadi

Ahad, 10 Februari 2013

Makkah Vehicle : Kereta Comel?



   Assalamualaikum, bismillah, Bagi wanita, barang-barang peribadi sangatlah penting, terutama penjagaan wajah kulit dan anggota badan, dari hujung rambut hingga ke kuku, menjaga kebersihan katanya, "bagus". Itu memang sifat semula jadi wanita, mereka penyayang, bersih dan lemah lembut, (yang aslilah, ramai je yg kasar, terutama dgn suami) hehehe gurau, jgn ambil hati ye, kaum hawa, ramai juga yang solehah. tidak kurang juga, setelah penjagaan badan, penjagaan barang-barang lain amatlah penting, pakaian menutup aurat yg cantik, beg yg bersesuaian atau matching dengan pakaian yg dipakai, kasut yg berwarna-warni, mengikut selera dan bagi wanita yg bekerjaya atau mempunyai wang ringgit, kereta termasuk di dalam koleksi barang-barang peribadi yg amat penting, ramai wanita hari ini sudah pandai menjaga kereta, servis, hiasan dan warna, sebut tentang warna, ramai wanita suka pada warna merah jambu atau pink, betulkan? Kalau anda katakan salah, mungkin ade sedikit hormon kewanitaan anda sudah hilang atau di kebas janda mek semah anak 4 tu, hati-hati, adakah kaum hawa suka juga pada kereta pink milik rakyat saudi? Nak tahu suka atau tidak? saksikan di bawah ini :- 



Warna inikah menjadi kegilaan remaja perempuan Malaysia?


Sabtu, 9 Februari 2013

Makkah Story : Cerita Panjang part 1



   Suasana pagi yang indah di kawasan perumahan pangsa taman indah, kelihatan dua orang lama sedang bersembang di kaki lima, memecahkan keheningan di pagi itu, 

Pak Mat : jam berapa sekarang?

Pak Mus : pukul 7:30,

Pak Mat : tengok x malam ni?

Pak Mus : mestilah tengok, mana pernah miss, perlawanan penting tu, aku harap Ronaldo ade score paling tidak sebijik.

Pak Mat : aku tengok man u sekarang maintain berbanding real madrid, tapi x tahulah, dorang dah lama x jumpa dekat 10 tahun.

Pak Mus : betul, yang menentukan nanti ialah Allah, kita tengoklah malam ni, keputusannya....


   Sementara itu 3 orang budak sedang bermain bola dijalanraya, Jun, Syak dan Ajwad, mereka sangat rapat satu sama lain, oleh kerana jalan di kawasan taman indah itu tidak sebuk, permainan mereka tidak terganggu, Jun menjadi goalkeeper, Syak dan Ajwad bertarung sesama sendiri untuk mencetak gol kearah gawang, ajwad telah menguasai bola, lalu dengan skill yang tinggi, dia telah menggelecek syak dan melakukan tendangan tipu helah untuk mengelirukan jun, tetapi nasib tidak menyebelahi Ajwad, Jun dapat membaca tendangan itu, lalu dikuis pakai kaki, mengakibat bola melambung jauh keluar dari kawasan jalan dan menuju ke longkang besar, tergamam melihat semua itu, bola sudah pun masuk ke dalam longkang dan dihanyutkan oleh air, mereka mampu melihatnya saje tanpa melakukan apa-apa, hilanglah bola itu dari pandangan mata mereka, 

Makkah News : Ingat Hilang



   Assalamualaikum, bismillah, semalam kerana makanan lewat sampai, kena pulak hari jumaat, jadi kereta yg hantar makanan x boleh masuk di kawasan berdekatan masjidil haram, kena pulak hotel Rif, hotel yang terakhir dorang hantar makanan, jadi terpaksalah menggunakan troly dari hotel pertama hinggalah hotel yang Rif jaga, sebelum ni, dorang syurkan menggunakan wheelchair, awal-awal lagi Rif tolak, takut hilang, sebab di tingkat bawah tu tidak ade lif, jenuhlah kalau lalu menggunakan tangga, terpaksalah tinggalkan wheelchair tu, oleh kerana hari jumaat tu dh terdesak terpaksalah gunakan kereta tolak tu, tinggal sekejap di atas, turun bawah, naik balik tengok-tengok kereta tolak dh hilang, pening, pening, pening ( sebenarnya x peningpun pasal dh biasa), bila fikir balik kesian nanti bahagian hotel yg lain, sebab mereka memang selalu gunakan kereta tolak tu, Rif x lah pakai sangat, kesian dorang, carilah Rif merata tempat di hotel tu, cari punya cari, tanya pekerja hotel, dorang kata x tahu, kat mana ni? Cari di luar lagi x mungkin, dh susah sangat, buatlah kerja lain dulu, (kata Rif dalam hati) kalau tumpu kt kereta tolak je, kerja lain terbengkalai, siapkanlah makanan jemaah umrah dulu, layan semampu yg boleh, bersih meja, tuang nasi, mop lantai, buat air, siapkan air basuh tangan, sembang-sembang dengan mereka dan yang paling penting ialah "senyuman", jemaah dh penat mengerjakan umrah, pergi jalan-jalan di sekitar kaabah atau pergi membeli-belah, kalau jumpa kita dalam keadaan bermasam muka dan di tambah lagi dengan bau badan yg macam cuka, siaplah, nanti ade je

Jumaat, 8 Februari 2013

Makkah Story : Nenek Pengsan



Nafib pergi ke rumah neneknya, semenjak kebelakangan ini, neneknya selalu menghubungi nafib melalui BB, sudah 64 kali neneknya menghantar "ping!" Nafib bukan tidak mahu menjawab, tetapi kalau dijawap, neneknya pasti pengsan, sudah 2 tahun seperti itu, semenjak neneknya mendapat tamparan hebat, cucu lelaki pertamanya menjadi maknyah, "nenek, nenek, nenek" keluh nafib, kalau ditanya nenek pengsan, kalau tidak ditanya tidak tahu apa masalah nenek, nafib mengambil alih tanggungjawap abangnya Syak,


Nafib : Assalamualaikum nenek.

Nenek : waalaikumsalam, haaaa fib, sini, sini.

Nafib : Kenapa nek? Kenapa "ping!" Saya sampai 69 kali?

Nenek : nafib, nafib, bukan 69 kali tapi 64 kali.

Sudah tua begitu neneknya masih ingat,

Nafib : yelah, yelah nek, kenapa?

Khamis, 7 Februari 2013

Makkah News : Minta Maaf



   Assalamualaikum, bismillah, kawan-kawan, sorry sesangat, semalam x dpt nak pos catatan terbaru, sudah masuk musim sebuk, jemaah umrah dh datang, ade lebih kurang 5 hotel yg kena kami uruskan, mutawwif, tolak org buat umrah, katering dan masakan, ziarah, dan lain, ade yg sampai x sempat mandi 3 hari (tapi bukan rif hehehehe), x sempat nak gosok gigi, dan terpaksa pakai baju yg sama selama 3 hari berturut-turut (juga bukan rif hehehehe) yg mujahadah tu, rif dapat tempat yg bahagian makanannya banjir, sepatutnya pihak hotel dh boleh uruskan dgn cepat, sebab dh 3 hari, x sempat nak masuk gambar nanti saje ye, semuga korang semua masih setia,

Isnin, 4 Februari 2013

Makkah News : Kecurian Pertama

Assalamualaikum, bismillah, Kejadian yang tidak sepatutnya berlaku di Makkah, baru-baru ini, Rif dan Syeh Inam ade membeli barang untuk kegunaan Hotel, kebesokan harinya, kami meletakkan barang tersebut beserta dengan barang-barang kami yang lain di hotel berkenaan, selang beberapa hari, Rif mahu menggunakan barang tersebut, tanya pada tim kami yang menjaga hotel berkenaan, katanya barang sudah tiada, sudah kena curi, mungkin silap kita juga, letak di kawasan terbuka tapi alhamdulillah x lah pulak nak marah, mungkin inilah kelebihan duduk di haramain ini, Rif pergi ke kedai dan beli lagi, oleh kerana pencuri tu curi dengan beg plastik sekali, terpaksalah Rif jadikan rantai leher, nak tahu apa :- 



Apakah yang di curi di leher Rif?

Makkah Rescafe : Matam Laziz Laish



   Assalamualaikum, bismillah, korang nak tahu x? restoran yang kalau kenakan jemaah umrah memang best? eh, eh, kenapa lak nak kenakan jemaah umrah? mesti korang cakap mcm tu punya, pasal sayang dengan jemaah umrah tu, terutama janda-janda kaya, ye lah, dh la datang nak makan, lapar pulak tu, tup, tup, kena dengan Mutawwif (ketua pemandu jemaah), jemaah umrah nak lakukan ibadah mestilah berkasih sayang, emmm...... jangan marah dulu, buat-buat bertenang jang oiiiiii....., Mutawwif bawa ke satu restoran yang bernama Matam Laziz Laith (Restoran kenapa lazat?) kepada jemaah, wow bukan main lagi nama, kenapa lazat, mesti lazat ni, kata jemaah sambil berbisik-bisik, seolah-olah sedang mengumpat sesuatu, x pun sedang makan kuih lompat tikam, begitulah kedengaranya, bila bibir bergesek-gesek dengan kuih lompat tikam tersebut, hehehe.... Mutawwif order la berbagai lauk-pauk sebab jemaah bukannya reti pilih pun dan x pandai makan makanan arab, Mutawwif pun dengan ayat-ayat manisnya, mempromosikanlah satu-persatu makanan  yang kebanyakan dari negara yaman, india, cina, pakistan, bukan main lagi jemaah, merasakan betapa sedapnya makanan itu. kata-kata jemaah.

Jemaah : ust, sedap ye makanan tadi..

Mutawwif : itulah makanan arab, 

Jemaah : pandai ye, dorang masak telur tu, rasa dia memang ada kelainan.

Mutawwif : korang nak tahu ke dia pakai telur apa?

Jemaah : mestilah nak tahu, telur apa ust?

Ahad, 3 Februari 2013

Makkah View : Pembesaran Masjidil Haram




   Assalamualaikum, Bismillah, Cerita sana, cerita sini, sampai terlupa nak cerita balik tempat yang suci, masjidil haram, korang mesti nak tahu serba sedikit perkembangan terbaru rumah Allah ini, apa yang telah kerajaan saudi lakukan, korang mesti sayang dengan rumah Allah ini dan rindu nak datang kepadanya, jadi Rif nak kongsi gambar-gambar yang sempat Rif ambil, pembesaran Masjidil Haram, nak tengok untuk melepas rindu, ada 9 gambar :-


Anda boleh saksikan, dibahagian kanan yang penuh dengan kren, itu bahagian safa dan marwa.

Makkah People : Dr Mahathir Mohamad



   Assalamualaikum, bismillah, Minggu ni ada berita yang Rif terlupa nak kongsikan dengan kawan-kawan, selepas progrem tahalil dengan orang-orang malaysia di Aziziah, Rif turun dari hotel dan terkejutlah Rif apabila ternampak Dr Mahathir Mohamad di hotel tersebut, Dr Mahathir x bagi tahu rakyat Malaysia ke nak datang Makkah ni? lepas tu, kenapa pilih hotel 3 bintang ni? bukan ke banyak hotel-hotel 5 bintang yang dekat dengan Kaabah tu? lepas tu, hotel ni bukan hotel yang orang melayu duduk tetapi rakyat Oman yang banyak sewa di hotel ini? timbul berbagai persoalan di kepala Rif, terhadap pemimpin yang sangat di cintai oleh rakyat Malaysia dan terkenal diseluruh dunia tu. nak tahu? : -


 Dr Mahathir?


Makkah News : Kena Ragut



   Assalamualaikum, bismillah, Seorang rakyat malaysia di Saudi diragut oleh mat rempit saudi, walaupun kejadianya sudah lama berlaku, tetaplah Rif  mahu kongsikan di blog ini, supaya ramai dikalangan rakyat malaysia berhati-hati dan berjaga-jaga didalam mengerjakan ibadah haji atau pun umrah, sebelum ini Rif pernah memaparkan melalui Youtube.com aksi mat rempit di Saudi untuk kesedaran masyarakat, kali ini Rif akan menunjukkan satu video, di mana seorang remaja saudi yang meragut BB jemaah umrah Malaysia, tetapi hanya ade adegan remaja tersebut sudah ditangkap dan jemaah yang cedera diragut, saksikan :-


Sabtu, 2 Februari 2013

Makkah Humor : Beg-beg Mengandung



   Assalamualaikum, bismillah, Akibat terlalu menjadikan Google sebagai guru, Makkah sebuah bandar yang cukup di kenali di seluruh dunia, kerana tumpuan umat manusia untuk melakukan ibadah, sudah tentu sebagai sebuah bandar yang cukup di kenali, Kota Makkah sepatutnya perlu memiliki ISO bahasa, untuk memudahkan orang ramai terutama bangsa asing yang menziarahinya, mari kita lihat gambar yang diambil oleh Rif, waktu Rif menghantar barang-barang catering di hotel berkenaan :-


 Apakah yang anda fikirkan di sebalik contingan ini

Jumaat, 1 Februari 2013

Makkah Story : Harapan Nenek



  Pagi itu haikal berjalan di sekitar taman, akalnya masih terfikir-fikir, apa yang patut dia isi waktu cuti sekolah, biasanya waktu-waktu seperti ini dia bersama kawan-kawannya, pergi ke satu tempat untuk menghiburkan hatinya yang kosong. musab, kamil, shak dan jun, nama-nama itulah yang menghiburkan hatinya, kalau tidak ada mereka, haikal merasakan bagaikan kehilangan sesuatu, peristiwa bulan lepas terus bermain difikirannya.


Haikal : ko tiru siapa ne?

Shak : tiru? Sorry ye, aku bab tiru meniru ni x mainlah.

Haikal : habis, kenapa sama dengan iyah.

Shak : iyah yang tiru aku.

Haikal : aik, iyah pulak tiru kau. Setahu aku, iyah bukan watak macam tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...