Assalamualaikum, bismillah, Seorang rakyat malaysia di Saudi diragut oleh mat rempit saudi, walaupun kejadianya sudah lama berlaku, tetaplah Rif mahu kongsikan di blog ini, supaya ramai dikalangan rakyat malaysia berhati-hati dan berjaga-jaga didalam mengerjakan ibadah haji atau pun umrah, sebelum ini Rif pernah memaparkan melalui Youtube.com aksi mat rempit di Saudi untuk kesedaran masyarakat, kali ini Rif akan menunjukkan satu video, di mana seorang remaja saudi yang meragut BB jemaah umrah Malaysia, tetapi hanya ade adegan remaja tersebut sudah ditangkap dan jemaah yang cedera diragut, saksikan :-
pemilik BB tersebut sempat menangkap motor peragut tersebut, berlakulah adegan matrix secara laju, jemaah kerumun dan sempat memukul remaja saudi tersebut, tetapi malangnya, apabila aduan telah dibuat di pejabat polis dan menunjukkan video ini, bukti tidak kukuh, dikeranakan BB yang di pegang oleh peragut di dalam video tersebut adalah BB miliknya, jemaah telah mengambil awal BB yang diragut, tidak sempat masuk video, dikeranakan ramai yang tergamam. Saksi-saksi didepan mata tidak boleh memberi keterangan, dikeranakan masa, jemaah perlu balik ke negara malaysia dengan tarikh yang ditetapkan, sedangkan proses membawa peragut kemuka pengadilan perlukan semua itu.... wassalam.
R/p : Di Makkah masih ade peristiwa seperti ini? jadi di tempat lain sudah tentu lebih teruk, mari kita doa, semoga disini kembali seperti zaman kegemilangan Islam kali pertama dibawah ke pimpinan Rasulullah, begitu juga kegemilangan yang dijanjikan di akhir zaman, kebangkitan Islam kali ke 2, akan pimpinan oleh Baginda Rasul itu juga..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan