Selasa, 26 Februari 2013

Makkah News : Blogger Demam Akhirnya.



   Assalamualaikum, Bismillah, Tulis di facebook, sakit macam-macam, redho la sikit, (cakap dalam hati) time masa sehat, x istihar pun kt facebook, Rif belajar-belajar menekan nafsu yang inginkan perhatian, tapi x pernah, nak bersungguh-sungguh mencuri perhatian dari sang pencipta, bukankah Dia sebenarnya pemerhati yang terbaik, mengadulah dan memintalah kepada-Nya, Dia tidak pernah mengecewakan kita, kerana janji-Nya, selalu ditepati, itulah tuhan kita, yang mempunyai 99 nama yang maha agung, Allah.

   Masuk hari ni, dah 3 hari, sebelum tu batuk-batuk, bukan nak mencari simpati (dlm hati siapa tau), tapi nak beri khabar, takut orang-orang kat malaysia tu, tertanya-tanya, kenapa blogger ke sayangan kita dh x  aktif? ( cewah, kesayangan? ) kenapa blog dia dh x semakin menarik? ada kaitan dengan kesihatan ke? jadi, Rif cerita la sikit, supaya semua jelas. 


 Beli ubat di farmasi Nahdi Medical Company.



Inilah ubat batuk yang Rif minum sehari sekali, kenapa x beli ubat demam? sebab demam, x teruk sangat, yang teruk batuk.


   Sebelum ni, memang Rif dh batuk-batuk sikit, mungkin disebabkan asap rokok atau cuaca dah mula berubah, Rif bukanlah perokok, tetapi di sekeliling kota makkah memang banyak lagi perokok-perokok tegar, jadi memang x boleh nak elak, mesti bertemu, lepas tu, dalam keadaan badan yang x berapa sehat tu, mlm tu ada jemaah ingin khidmat menolak kerusi roda, asalnya, dia nak suruh anak perempuan dan suaminya yang tolak, tetapi mutawwif tidak benarkan, kerana dalam keadaan jemaah yang sangat ramai di kawasan bawah dan keluarga ini, baru pertama kali datang ke makkah, macam-macam boleh berlaku, untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

   Jam menunjukkan 3.30, Rif di kejutkan dengan panggilan, " abg faah, abg faah, x ada orang nak tolak seorang jemaah ni!" Rif terbangun dan berkata " Abg faah x berapa sihatlah, cuba kejut Ajwad, mana tahu dia boleh tolong!" baru nak tidur balik " Ajwad penat, dia jaga katering 300 orang" Rif baru jaga katering 100 orang, Ajwad 300, hebat betul adik aku sorang ni, tenaga, perasaan dan hati, mantap, nampaknya Rif kena mengalah, bangun, siapkan kerusi roda, menuju jemaah, Rif sampai terakhir dari kalangan penolak-penolak lain, biasanya, dorang dh bagi-bagi dulu, memang betul, Rif dapat yang paling sesuai dengan badan Rif yang besar ni, dorang bagi Rif seorang mak cik yang badannya agak berat berbanding yang lain, selesai taklimat, Rif terus menolak dengan lajunya menuju terowong yang ke arah masjidil haram, meninggalkan semua jemaah yang lain, bukan apa, sebab klau lambat tolak, masuk subuh, dh susah nak tawaf dan katering yang Rif jaga, kena siapkan sebelum subuh, jadi bekejarlah Rif dengan masa.

   Alhamdulillah, sempat sebelum subuh dh selesai, sembahyang berdekatan dengan kawasan terowong, supaya mudah nak balik, selesai sembahyang, tolak mak cik tu ke hotel, walaupun hampir keliru, sempat menyiapkan keperluan jemaah untuk makan dan minum, walaupun siapkan semua tu selepas sembahyang, jemaah belum hadir lagi, terima kasih tuhan, selepas tu, terus jatuh sakit, agaknya kerahkan tenaga melebihi had yang di benarkan. itulah kisahnya, panjangnya, walaupun satu malam, sorry, klau korang bosan, wassalam.

R/p :- tenaga habis dikorbankan? belum tentu ada nilaian disisi Tuhan, cemas-cemaskanlah dengan dosa, klau terbuat, terus ada catatan disisi-Nya.

8 ulasan:

  1. Terharunya mendengar kisah2 para pejuang disana,sggh active utk mmperjuangkan allah dan rasul,insyaallah pasti ade nilaiannya,moga cepat sembuh,lama2 dmm peminat risau

    BalasPadam
  2. Abg rif .....terbaik

    BalasPadam
  3. terima kasih semua, Rif rasa, kita dah buat yg terbaik, tapi masih jauh macam langit dan bumi dengan para sahabat yang berjuang waktu zaman Rasulullah dulu, ini usaha yang sangat sedikit, cuma diharap, usaha yg kecil ini tuhan pandang dan besar disisi-Nya.

    BalasPadam
  4. kenapa tu? marah ke? xkanlah blogger demam pun nak marah?

    BalasPadam
  5. Bagusnya pejuang2 seperti ini ..trsentuh hati ini ..

    BalasPadam
  6. Mg pengorbann ade nilaian dr Allah...seronok dgr pengalamn2 dr kamu..smg brtmbh kuat jiwa..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...