Assalamualaikum, bismillah, Setelah penat turun naik hotel, pengurusan tetap x dapat dijalankan, berbagai idea yang muncul tetapi tidak boleh digunakan, ni la masalah perangai bangla atau india disini, bukannya x tahu kita penat buat pengurusan, dia keluar masuk macam x perasan je kita ada, sedangkan kalau keluarkan barang dia tu awal-awal, dia pun x terganggu dengan kerja-kerja kita yang terpaksa dibuat sikit-sikit tu, perancangan dh ada, tapi x boleh nak buat apa-apa, kalau balik membazir masa macam tu je, jadi bincang dengan group katering, paling tidak kita pergi kedai barang-barang hiasan, duit x ade, nak kena ambil kt rumah, jadi planning dulu, ambil gambar barang yang nak beli dan simpan harga, boleh ejas, apa yang perlu dan apa yang tidak perlu, sedang khusyuk memilih barang-barang hiasan dan mengambil gambar, terpandang satu barang, specialnya barang ni, boleh dijadikan hiasan ni, konsep pulak hijau hutan di malaysia, kalau letak benda ni mesti menarik, lebih nampak suasana hidup di hijau hutan malaysia, tempat makan hotel mesti meriah, rupa-rupanya burung hidup, macam mana burung ni boleh tersesat kat sini? Inikan kedai menjual barang-barang perhiasan? kedai barangan mati? bukan hidup? saudi, saudi, suka-suka dia je nak buat apa, x lepas ISO langsung, ade gambar yg Rif selitkan sekali, pilihan barang-barang utk perhiasan ruang makan group umrah Travel Al-fajr, nak tahu? saksikan di bawah ini :-
Pilihan utk alas meja, tapi x jadi
Ini pun x terpilih
Alhamdulillah, anggur menjadi pilihan.
X ada kaitan, cuma klau letak kt bilik cantik ni.
Buah lain tidak terpilih.
Yg ini pilihan utama, kayu diulit daun, bersama dua driver yg aktif, Wan dan Tam.
Pokok yg menyerlahkan lagi suasana.
Jadikan tirai?
Inilah burung sesat itu...
Kesian dia, dah la kena kurung, member kt sebelah pun x ade...
Terletak dikawasan dapur, ish ish ish.
X adelah cerita istimewa sangat, cuma hairan saje, banyak pilihan barang-barang disini, lepas tu, malam tu juga Syeh Azam pergi lagi ke tempat ini, kerana mahu membeli barang tersebut, sebab kebesokan harinya, kami pun hiaslah tempat makan itu, nak tahu mcm mana jadinya tempat makan? nantikan di Makkahdihati... wassalam.....
R/p :- Bela burung ni, kalau bukan utk tujuan makan, hanya untuk perhiasan, lebih-lebih lagi burung yg x boleh makan, di akhirat nanti, kita akan di tanya oleh Allah satu persatu, walaupun kita tidak menyeksa dia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan