Isnin, 4 Februari 2013

Makkah Rescafe : Matam Laziz Laish



   Assalamualaikum, bismillah, korang nak tahu x? restoran yang kalau kenakan jemaah umrah memang best? eh, eh, kenapa lak nak kenakan jemaah umrah? mesti korang cakap mcm tu punya, pasal sayang dengan jemaah umrah tu, terutama janda-janda kaya, ye lah, dh la datang nak makan, lapar pulak tu, tup, tup, kena dengan Mutawwif (ketua pemandu jemaah), jemaah umrah nak lakukan ibadah mestilah berkasih sayang, emmm...... jangan marah dulu, buat-buat bertenang jang oiiiiii....., Mutawwif bawa ke satu restoran yang bernama Matam Laziz Laith (Restoran kenapa lazat?) kepada jemaah, wow bukan main lagi nama, kenapa lazat, mesti lazat ni, kata jemaah sambil berbisik-bisik, seolah-olah sedang mengumpat sesuatu, x pun sedang makan kuih lompat tikam, begitulah kedengaranya, bila bibir bergesek-gesek dengan kuih lompat tikam tersebut, hehehe.... Mutawwif order la berbagai lauk-pauk sebab jemaah bukannya reti pilih pun dan x pandai makan makanan arab, Mutawwif pun dengan ayat-ayat manisnya, mempromosikanlah satu-persatu makanan  yang kebanyakan dari negara yaman, india, cina, pakistan, bukan main lagi jemaah, merasakan betapa sedapnya makanan itu. kata-kata jemaah.

Jemaah : ust, sedap ye makanan tadi..

Mutawwif : itulah makanan arab, 

Jemaah : pandai ye, dorang masak telur tu, rasa dia memang ada kelainan.

Mutawwif : korang nak tahu ke dia pakai telur apa?

Jemaah : mestilah nak tahu, telur apa ust?

Mutawwif : telur yang dimasak dengan otak kambing, hahahah

jemaah pun ape lagi, nak cuba muntahlah, tetapi pasal dah lama makan, x terasa loya, rasa sedap masih teringat-ingat lagi, cuma terfikir-fikirkan otak kambing tersebut..

 Jemaah : lepas ni, x percaya dh kalau ust bawa ke mana-mana restoran, nak kena selidik dulu..

Mutawwif : inilah masalah orang melayu, gelilah, sedangkan dah mengakui kesedapan makanan dan makan sehingga licin, tapi bila di beri tahu sesuatu yang menggelikan, terus nak muntah, sedangkan halal, geli pun kena pada tempatnya, benda-benda kotor ke? najis ke? dan kena geletek, saya gurau je, heheehee, jadi buang-buanglah perangai geli pada makanan arab ni, Rasul pun dari bangsa arab. Rif nak kongsi gambar dari Matam Laziz Laith :-



 Signboard Restoran Laziz Laish


 Mutawwif sedang meminta order.


 Sambil menunggu makanan, Rif sempat menjelajah restoran tersebut, ada 4 pintu kedai yg disewa, ini bahagian dapur dan frozen.


 Bahagian bakar-bakar.

Tunduk malu bersama blogger berpengalaman "anjang muor" dibahagian tengah, terpaksa pandang rendah, dikeranakan Rif lebih tinggi susuk badan.


 Ruang makan bahagian dalam yg luas dan selesa.


 Ruang makan di bahagian luar yang terletak di bahagian belakang restoran.


 Dua orang tukang masak dari bangladesh.


 Dikawasan yang sama juga terdapat ruang pejabat.


 Kawasan dapur untuk roti canai dan sewaktu dengannya.


 Mertabak arab, memang sedap.


Inilah dia telur yang dimasak bersama otak kambing, makan dengan capati.


Sedapnyeeeee...... rugi bagi siapa yang tidak pandai makan otak kambing ni, kalau musim haji, dinaikkan harga, setakat ini, restoran yang Rif dah pergi, inikah satu-satunya restoran ada menjual Capati, enak bangat, kata orang indonesia, ada satu lagi bahagian yang tidak masuk gambar, ialah bahagian Family, di saudi, tidak boleh mengambil gambar dikawasan yang ada wanita.. nanti Rif nak ambil gambar wanita-wanita malaysia  yang pakai telekung, sebagai gantinya, telekung-telekung, pilihan jemaah, agaknya tajuknya begitu kut....wassalam.


R/p : Orang kata, kalau nak menjadi empayar, mula-mula empayarkan mulut dulu....hehehehe

5 ulasan:

  1. Rif, org mana yg kata empayarkan mulut dulu tu?

    BalasPadam
  2. Kene ulas n....Ђεђεђε Ơ̴̴̴̴̴̴͡.̮Ơ̴͡ ђεђεђε. ...

    BalasPadam
  3. Anjangmour, hanya gurau sahaja,

    Jgn rasa terpaksa, buatlah untuk meriahkan blog,

    Best apa? Otaknya ke?

    BalasPadam
  4. nnt klu lyh krimkanlah ke malay.. huhuhuhuhu.....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...