Selasa, 12 Februari 2013

Makkah Story : Kunci



   Tersebutlah kesah di saudi arabia, seorang panglima yang gagah berani dan hensem, setiap medan pertempuran yang di ketuai pasti menang, Panglima Syater namanya, dia mempunyai kawan yang setia, setiap pertempuran pasti dibantu oleh Panglima Mat Din, oleh itu peperangan demi peperangan yg mereka tempuhi itu, sentiasa mereka menguatkan satu sama lain, jika Panglima Syater cedera atau lemah semangat, Panglima Mat Din akan memapah dan menaikkan semangat, begitulah sebaliknya, jika berlaku pada Panglima Mat Din, Panglima Syater akan menyelesaikannya.

Pada suatu hari, Panglima Syater bertemu Panglima Mat Din, ada sesuatu yang ingin dia disampaikan.

Panglima Syater : Assalamualaikum.

Panglima Mat Din : waalaikumsalamwarohmatullahiwabarokatuhwamarhabanbikum,


Panglima Syater : Tuan hamba, amboi, panjang betul, mcm tuan hamba baru sahaja mengenali diri hamba ini.

Panglima Mat Din : Biasalah tuan hamba, hamba baru sahaja balik dari ceramah UAI.

Panglima Syater : Siapakah gerangan UAI yang tuan hamba katakan sebentar tadi?

Panglima Mat Din : ooooohhh, lupa hamba mahu kenalkan tuan hamba kepada Ust Azhar Idrus, yang sekarang cukup terkenal di youtube.com dan facebook. ada hajat apa tuan hamba datang kemari wahai Panglima Syater yg terkenal dengan masakan yg lazat.

Panglima Syater : Begini Panglima Mat Din, hamba disuruh oleh Sultan Suhail Alam Nyata untuk pergi ke negara Oman, Baginda mahu hamba pergi menyerang Oman untuk memperluaskan jajahan Empayar Saudi Arabia dan mengambil teknologi jahitan kopiah Oman yang terkenal di Masjidil Haram untuk kita jadikan hak milik kita, Baginda bertitah lagi, mahu kopiah Oman digantikan dengan igal, kerana sangat menyusahkan rakyat saudi utk memakainya dan tidak cantik berbanding kopiah Oman.



Panglima Mat Din : jadi tuan hamba mahu mengajak hamba ikut sekali ke negara Oman?

Panglima Syater : bukan begitu tuan hamba, yang hamba mahukan tuan hamba tetaplah di negara ini cuma......

Panglima Syater kelihatan resah mahu mengucapkan kata-katanya, dia terhenti seketika. lalu terus di potong oleh panglima Mat Din.

Panglima Mat Din : cuma, cuma apa? wahai sahabatku Panglima Syater.

Panglima Syater : hati hamba bagaikan rasa tidak kena, seperti ada sesuatu yang akan berlaku kepada hamba.

Panglima Mat Din : tuan hamba tidak usahlah berfikir yang bukan-bukan.

Panglima Syater : beginilah Panglima Mat Din, sepemergian hamba di negara Oman itu nanti, hamba ingin tuan hamba tengok-tengokkan isteri hamba Bunga Semalu Kembang-Kembang Layu itu. sekiranya hamba tidak kembali kerana nyawa hamba tidak dibumi lagi, tuan hamba selamatkanlah dia, tetapi tuan hamba kenalah jaga makan minumnya dahulu kerana hamba telah menguncinya di rumah hamba, kuncinya tidak boleh sesiapa yg membukanya, kecuali kunci ini.

Panglima Syater menyerahkan kunci yg semenjak tadi ada didalam genggaman tangannya dan menyambung perbualan.

Panglima Syater : tuan hamba janganlah membuka kunci rumah itu, berjanjilah pada hamba, kecuali khabar yang datang, hamba sudah meninggal dunia, tuan hamba bolehlah menjadikan Bunga Semalu Kembang-Kembang Layu sebagai isteri, makan dan minum, tuan hamba boleh hulurkan pada tingkap sebelah kanan rumah hamba.

Panglima Mat Din : baik tuan hamba.

Bunga Semalu Kembang-Kembang Layu sewaktu remajanya, sangat tidak disukai oleh remaja lelaki di saudi, kerana wajahnya yg gelap, tetapi semenjak dia menggunakan SK II, wajahnya jadi putih dan berseri, tetapi remaja-remaja lelaki saudi tidak pernah melihat wajahnya yang baharu itu, hanya mendengar khabar yang wajahnya sudah berubah dan cantik.

kebesokan harinya Panglima Syater pun berangkat bersama tenteranya ke negara Oman, setelah berjalan selama 1 hari satu malam, tiba-tiba dari belakang rombong itu kelihatan debu-debu beterbangan. rupa-rupanya Panglima Mat Din. terdengarlah jeritan yang kuat.

Panglima Mat Din : kuncinya sssssssssiiiiiiiiiillllllllllllllllaaaaaaaaaaaaaapppppppppppppppppppp !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!...................

rupa-rupanya Panglima Mat Din tidak sabar-sabar lagi mahu menjadikan Bunga Semalu Kembang-Kembang Layu sebagai isteri, dia cuba membuka pintu rumah itu, tetapi tidak berjaya. sekian.

R/p : susahnye nak cari sahabat sejati seperti zaman Rasulullah dulu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...