Isnin, 18 Februari 2013

Makkah News ; Terima Kasih Semua, 10,000 Pengunjung



   Assalamualaikum, bismillah, terima kasih semua kepada pengunjung blog makkahdihati.blogspot.com, kalau bukan kerana anda semua, mungkin Rif tidak semangat seperti hari ini, menulis bukan kerja yang mudah, tetapi, apabila ada orang mahu membacanya dan terus membaca, Rif rasakan seperti air hujan yang jatuh ke bumi (bukan main lagi berfalsafah, jangan berfalsampah sudah), maksudnya, tulis tu, ada je idea, walaupun kerja sekarang sangatlah padat, kena bekejar kesana-kesini, mengambil barang dan menyediakan keperluan manusia yang sangat penting, itulah dia makanan.

   10,000 pengunjung dalam masa sebulan, macam x percaya je, tetapi dah pun berlaku dan kena percaya, ada orang lain, dah tulis blog makan tahun, tetapi, baru je ratus-ratus orang yang melihatnya, jadi Rif bersyukur dengan Tuhan yang sangat baik, diatas semua ini. 

   Semoga banyak lagi perkara yang bermanfaat boleh Rif kongsikan, terutama sudah tentu berkaitan dengan bumi yang penuh berkat ini, tanah haram, kota makkah, anda semua teruslah menyokong blog ini, dengan berbagai cara, boleh komen, sama ada suka atau tidak, boleh promosikan dekat kawan-kawan, buat kumpulan untuk bercerita tentang blog, dan banyak lagi.

  Rif sebenarnya, nak sangat buat majlis, kecil-kecilan pun tidak mengapa, asalkan jadi, tetapi kita hanya boleh merancang, segalanya Tuhan yang tentukan. wassalam.

Terus berfikir, apa lagi untuk blog dan yang terbaik untuk korang semua.

6 ulasan:

  1. Tahniah c.rif..semoga blog ni bertambah meriah..begitu hebatnya islam!!!1 bulan,10 000 ribu...masyaAllah...luar biasa...mzb

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum BRO, ini kunjungan PERTAMA saya dan komen yg pertama saya juga,

    ULASAN:Bro, tahniah bro atas wujudnya blog yg sebegini.. bro tau tak... berjuta-juta blog di dunia maya ni cuma berapa kerat je blog yg berlandaskah dahwah, keislaman, jihad, serta Ilmu Agama? tahniah bro..blog macam ni saya cukup-cukup suka.. kagum dgn kewujudan blog yg berladaskan ILMU, berita, pengetahuan,lebih2 lagi berbentuk kerohania walaupun mengisahkan peribadi atau umum... thanks bro and keep blogging..

    BalasPadam
  3. agak2nya sy pgunjung yg kbrpa?

    BalasPadam
  4. kamu orang yg ke 10,001, syabas, hanya rekaan semata-mata.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...