Sabtu, 2 Februari 2013

Makkah Humor : Beg-beg Mengandung



   Assalamualaikum, bismillah, Akibat terlalu menjadikan Google sebagai guru, Makkah sebuah bandar yang cukup di kenali di seluruh dunia, kerana tumpuan umat manusia untuk melakukan ibadah, sudah tentu sebagai sebuah bandar yang cukup di kenali, Kota Makkah sepatutnya perlu memiliki ISO bahasa, untuk memudahkan orang ramai terutama bangsa asing yang menziarahinya, mari kita lihat gambar yang diambil oleh Rif, waktu Rif menghantar barang-barang catering di hotel berkenaan :-


 Apakah yang anda fikirkan di sebalik contingan ini


Bahasa arab hamil  al-aqoib, maksudnya pregnant bags?

     beg boleh mengandung? ramailah nanti kita lihat anak-anak beg berkeliaran seperti burung merpati yang sangat banyak di Makkah ni, ade yang kena tembak, ade yang menjadikannya binatang peliharaan, ada yang buat nasi goreng special beg berempah dan lain-lain, seperti yang kita faham di dalam bahasa melayu, sepatutnya terjemahannya ialah angkat beg-beg, tempat untuk kita menyuruh orang-orang hotel membawa beg kita,  wanita hamil, erti katanya ialah wanita yang sedang mengangkat di dalam bahasa arab, jadi di melayukan jadi wanita mengandung (wanita yang mengangkat baby di dalam perut), hahahahahaha, sekian.


R/p :- bila terlalu banyak pekerja asing yang tidak bertauliah bekerja di institusi perhotelan, inilah akibatnya, ubah segera, untuk memertabatkan Kota Makkah sebagai kota yang di cintai oleh seluruh umat Islam. 

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...